MESTI BERANI BUAT PERUBAHAN
Ada aku dengar pemimpin kata jangan buat perubahan.
Membuat perubahan itu bahaya, kata mereka. Jangan buat percubaan. Itu juga
bahaya. Habis jikalau semuanya bahaya lebih baik kita duduk diam je. Goyang
kaki. Menguap. Hisap rokok daun dan duduk atas ‘jemuran’. Hayun kaki sambil
berjuntai. Tak perlu fikir apa-apa. Biarkan orang Melayu jadi bodoh, tolol
seperti mana datuk nenek kita dulu. Bukanlah semunya begitu….
Aku merasa sedih ( marah pun ada ) apabila semakin
ramai pemimpin ( kononya macam pemimpin le) yang mengatakan kita tidak harus
membuat perubahan. Jangan lakukan perubahan. Sedangkan para pemimpin dunia,
pemimpin korporat, para pemikir bertaraf dunia terpekik dan terlolong menyeru
agar kita mesti melakukan perubahan. Jikalau kita tidak bergerak ke arah itu
maka kita akan ketinggalan dalam segala lapangan terutamanya apabial berada
dalam Kurun ke 21.
Denis Waitley dalam bukunya, “Empires of the Mind”
ada mengatakan, “ …..the only empire that will survive in the 21st
century will be the empire you build within your own mind”
Bukankan perubahan namanya tu. Pemikir bertaraf dunia
seolah sepakat mengatakan bahawa kita mesti melakukan perubahan. Aku setuju
kalau dikatakan bahawa bukan semua perubahan itu membawa kebaikan. Betul. Ada
perubahan yang akhirnya mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Namun begitu
biasanya setiap perubahan yang dilakukan itu akan membawa kepada kebaikan.
Mengapa? Kita akan terpaksa membuat perubahan
sekiranya keadaan yang ada memaksa kita terpaksa membuat perubahan. Misalnya
kesempitan hidup yang kita alami sudah bertahun-tahun lamanya. Tentulah kita
berhasrat hendak membuat perubahan dalam kehidupan sehari-hari kita. Jikalau
dahulu kita hanya mengharapkan kepada hasil menoreh getah semata-mata, tentulah
kita ingin menambah pendapatan kita dengan membela ayam atau kambing atau
mengusahakan tanah di belakang dengan menanam sayur-sayuran.
Itu perubahan dari segi rumah tangga. Bagaimana pula
dengan perubahan berkerajaan dan pemerintahan. Sejarah telah menunjukkan bahawa
Revolusi Perancis 1789 merupakan ‘watershed’ dalam sejarah berfikir manusia.
Maknanya cerita manusia yang berani membuat perubahan le tu. Sebelum berlakunya
Revolusi Perancis belum ada lagi manusia di dunia yang berani menentang
pemerintahan raja. Seluruh kawasan dan tempat di dunia diperintah oleh raja
atau golongan bangsawan. Samada di Eropah, Asia, Afrika kesemuanya diperintah
oleh raja.
Di Eropah terdapat entah berapa ribu negeri-negeri
kecil yang diperintah oleh raja. Dan Perancis mendahui negeri-negeri lain
menukar cara pemerintahan. Mereka terpaksa membuat perubahan kerana
pemerintahan yang dijalankan oleh Raja
Louis XVI begitu teruk sekali. Apatah lagi kerenah isterinya Marie Antoinette
yang langsung tidak mempedulikan penderitaan rakyat Perancis. Sedangkan rakyat
dalam kebuluran, Marie Antoinette bersuka ria dalam istana dengan memakan
makanan yang enak-enak, menghiaskan diri dengan pakaian yang mahal-mahal
sedangkan rakyat menderita kelaparan.
Keadaan sedemikianlah yang membuatkan rakyat bangun
memberontak menentang pemerintahan Raja Louis XVI. Ringkasnya rakyat Perancis
mahukan perubahan. Dan mereka menentang secara habis-habisan sehinggakan Louis
XVI dan isterinya Marie Antoinette dibunuh. Kepala kedua-duanya dipenggal
melalui Guillotine.
Rakyat Filipina juga pernah membuat perubahan yang
drastik apabila mereka menentang pemerintahan Presiden Marcos yang berbentuk
Diktator. Rakyat bangun menentang. Mereka sudah tidak tahan dengan kerenah
pembaziran yang dilakukan oleh isteri presiden, ia itu Imelda Marcos. Mereka
sudah tidak mempedulikan kesan baik buruknya. Yang penting ialah mereka
terpaksa menjatuhkan Presiden Marcos dan menggantikan dengan yang baru, yang boleh diharap untuk memimpin
negara.
Thailand, sebuah lagi negara Asia begitu berani
membuat perubahan apabila berlaku Revolusi Perlembagaan 1932. Rakyat Thai
merasakan raja mereka tidak memerintah dengan adil dan lantas mereka
‘menggulingkan’ pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sistem raja
berperlembagaan. Bukankah itu perubahan juga namanya.
Jepun hampir setiap waktu membuat perubahan. Bukan
sahaja perubahan dari segi politik dan pemerintahan tetapi juga dalam
bidang-bidang lain yang menguntungkan kehidupan mereka. Keberanian membuat perubahan itulah yang
menyebabkan negara Jepun dan Korea sentiasa dapat bersaing dengan negara-negara
maju yang lain seperti Eropah dan Amerika.
Tahun-tahun 60an, kereta buatan Jepun sentiasa
dicemuh dan perlekehkan ketika berada di jalan raya. Tidak ramai yang berminat
untuk memeiliki kereta buatan Jepun pada tahun-tahun 60an, ketika Jepun baru
saja menceburkan diri dalam perniagaan membuat kereta. Mereka tidak putus asa.
Mereka sentiasa membuat percubaan dan perubahan. Lihat kesannya sekarang.
Kereta buatan Jepun sudah menguasai pasaran dunia mengalahkan produk-produk
dari Eropah dan Amerika.
Aku nak soal semula. Apakah waras pemikiran manusia
yang mengatakan, “ jangan buat perubahan itu…”
Sekali lagi aku petik Denis Waitley dalam bukunya,”
Empires of the Mind,
“ The culture of the American corporation is changing
dramatically. Companies that cling to the old ways and attitudes are doomed to
extinction”
Dan disatu perenggan yang lain beliau pula berkata,
“ The new global leaders will be people who can
transmit knowledge and power to each member of an organization. They will be
those who can accept the challenge and responsibility of using this new
empowerment to build empires in their minds….”
Oleh itu aku rasa le, jikalau ada yang nak jadi calon
dalam PRU 13 yang akan diadakan tak lama lagi, elok le renung dan ‘ bedek’ (
pandang ) diri tu dulu. Jikalau rasa tak ‘tergamak’ ( tak layak ) nak jadi wakil rakyat yang berkesan dalam
kurun ke 21 ini, tak usahlah nak mengada-ngada dan ‘gate’ ( gatal ) nak
bertanding.
Abuhassanadam
17 Mac 2013
No comments:
Post a Comment