RAKYAT MELUAT
Lester
Thurow dalam bukunya, “ HEAD to HEAD’
ada mengatakan, “ In the spring of 1991 British prime minister Margaret
Thatcher lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that
she would. She lost her job because she insisted on palying the old
twentieth-century economic game. She simply would not recognize that the world
had changed and that she would have to change with it. She would not play the
twenty-first century’s economic game”
Itu
kata Lester Thurow. Jikalau mengikut fahaman aku pula ialaha Margaret Thatcher
kalah dalam pilihanraya di Great Britain kerana dia tak ikut zaman. Ketinggalan
zaman. Berfikir cara lama, sedangkan dunia sudah berubah. Orang lain dah mula
berfikir cara Kurun ke 21, sedangkan dia masih merangkak cara berfikir Kurun ke
20.
Sekiranya
kalah BN dalam pilihanraya akan datang maka sebab kekalahannya adalah lebih
kurang sama dengan apa yang dialami oleh Margaret Thatcher itu. Berfikir cara
lama. Kalaupun DS Mohd Najib sudah mula berfikir mengikut rentak baru – rentak
Kurun ke 21 – tetapi masih ramai pengikutnya masih mengikut cara lama. Selesa
denga cara lama. Syok sendiri!
Bayangkanlah
masih ada terdapat wakil rakyat Barisan Nasional, khususnya UMNO yang tidak tahu menggunakan komputer. Tidak
tahu bagaimana nak akses ke internet. Tak tahu apa dia E-mail. Tak tahu
Facebook. Twitter. Nak memetik keybord pun terketar-ketar tangannya. Bagaimana
boleh mereka berkomunikasi dalam dunia maya yang sedang berkembang dengan amat
pantas ini.
Rakyat
tidak boleh memaafkan sekiranya ada wakil rakyat mereka yang buta komputer.
Mintalah simpati sebanyak manapun dengan kata-kata “ aku dari generasi lama…tak
tahu menggunakan komputer’ rakyat tidak akan dapat memberikan simpati. Mereka
seharusnya belajar menggunakannya. Era
komputer di Malaysia mula dikenali pada tahun-tahun 1980an. Ini bermakna
negara ini adalah antara negara terawal
di dunia yang sudah mula berjinak dengan teknologi komputer. Sudah 30 tahun.
Tetapi malangnya rakyatnya yang memiliki ‘ Third World mentality” masih berada
di takuk lama. Tidak mahu belajar cara baru. Terutama pemimpinnya. Bukanlah
semua……
Masih
ramai yang menganggap bahawa rakyat di negara ini masih bodoh, tongong, tengin
( loghat Perak). Mereka masih mengatakan bahawa orang kampung adalah golongan
yang boleh ditipu, boleh ‘digula-gula’. Mereka silap. Sebenarnya mereka yang
bodoh, silap, tongong. Mereka sebenarnya yang tidak mengikuti perkembangan.
Macam Margaret Thatcher juga!. Sebenarnya orang kampung sudah pandai, peka
dengan keaadaan sekeliling. Bukan lagi tengin seperti mana pada zaman
tahun-tahun 50an dulu. Aku tahu perkara ini sebab aku selalu berhubung dengan kawan-kawan
lama di kampung. Melalui E-mail, Twitter, Facebook……….. Jangan main !
Yang
kelakar pada fikiran aku ialah masih ada pemimpin yang bercakap dengan orang di
kampung sepertimana pemimpin zaman Tunku Abdul Rahman bercakap dengan orang
kampung.
·
Cuba tengok disekeliling kita. Ada jalan
raya. Dulu takda. Tengok…berapa buah sekolah dah kita bina. Ada sekolah
menengah, sekolah teknik, sekolah pertanian. Lepas itu kita bina klinik. Tak
susah lagi nak panggil Wan Gebor ( bidan kampung) untuk sesiapa yang nak
bersalin. Ada bidan kerajaan.
·
Bayangkan begitu banyak jasa dan sumbangan
kerajaan pada kawasan ini. Kerajaan BN
lah yang dapat melakukan semua perkara ini.
Pemimpin
yang tengin ini merasakan bahawa kenyataan sedemikian dapat meyakinkan rakyat.
Dia lupa bahawa rakyat sudah pandai berfikir bahawa jikalau kerajaan manapun
yang memerintah, kerajaan berkenaan akan melakukannya. Rakyat tahu bahawa yang
membina segala infrastruktur bukanlah wang UMNO atau BN. Wang kerajaan. Hasil
kutipan cukai dari rakyat. Orang kampung sudah tahu. Mereka sudah cerdik. Bukan
lagi bangang atau tengin.
Malah
mereka tahu bahawa ramai wakil rakyat mereka yang rasuah. Bukanlah semua.
Mereka tahu bahawa harga sebuah masjid di kampung mereka itu bukan berharga 1.2
juta. Mungkin dalam lingkungan RM 400 ribu sahaja.Mereka tahu jalanraya
dikampung mereka tidak dibina mengikut spesifikasi. Mereka lihat bagaimana
pemimpin-pemimpin kecil di kampung mereka mampu memiliki sebuah kereta import
dan bebrapa buah kereta Proton. Dan entah berapa buah biji motosikal yang
dimiliki oleh anak-anaknya. Mereka lihat. Mereka bukan bodoh atau tengin.
Mereka
tahu. Mereka dengar pula berbagai cerita
rasuah dan penyelewengan yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin besar di
peringkat nasional.
·
Mereka diberitahu oleh anak-anak mereka dan
berbagai-bagai sumber lain tentang kisah rasuah dan komission yang melibatkan pemimpin-pemimpin besar.
·
Mereka tahu sebab-sebab mengapa mereka
terpaksa membayar harga letrik yang mahal.
·
Mereka hairan mengapa harga minyak tidak
boleh diturunkan sedangkan negara Malaysia adalah pengeluar minyak.
·
Mereka hairan mengapa harga barang terus
menerus naik dari sehari ke sehari.
Kerajaan
terus menerus menjelaskan keadaan kepada rakyat menerusi TV saluran kerajaan.
Malangnya rakyat sudah tidak berminat untuk menonton TV saluran kerajaan.
Mereka memilih saluran swasta yang sarat dengan hiburan. Mereka lebih suka
melihat Drama swasta. Mereka tidak ada selera untuk mengikuti berita yang
disiarkan oleh saluran kerajaan. Mereka tahu bahawa berita yang disiarkan itu
diputarbelitkan. Berita yang betul dan sahih tidak dipaparkan dengan secara
betul dan tepat.
Orang
kampung sudah bosan menonton berita yang berkaitan dengan seks. Orang kampung
mempunyai nilai dan akal budi yang
tinggi yang melihat paparan sebegini sebagai merendahkan martabat mereka
yang menontonnya. Lantas mereka menghindarkan dari menonton perkara-perkara
sedemikian.
Cuma
kesimpulan yang dapat aku katakan ialah “ rakyat dah meluat’
Abuhassanadam
31
Mac 2013
Salam.saya sgt suka membaca artikel2 pak cik.mind pak cik seiringan dengan org2 muda.tak terlalu jumud dan taksub dengan perkataan "terima kasi" dan "bersyukur" pd parti pemerintah.jd gian plak saya nk baca tulisan2 pak cik.trima kasih.ada fb tak?
ReplyDelete