‘PERANG’ DI LAHAD DATU
Walaupun
bukan seperti Perang Dunia Pertama atau Perang Dunia Kedua, namun pada
hakikatnya peperangan telah berlaku di Lahad Datu, Sabah. Tak terfikir pula aku
akan sebegini jadinya nasib orang di kawasan ini, Lahad Datu, Semporna dan
beberapa kampung lain di kawasan itu. Pastinya mereka ( orang kampung yang
miskin) dalam kesusahan disebabkan peprangan berlaku di kampung mereka.
Disamping memikirkan tentang bagaimana nak mencari sesuap pagi dan sesuap
petang, yang paling penting ialah bagaimana mereka nak memelihara nyawa mereka,
anak-anak mereka.
‘Perang’
di Lahad Datu tidak akan tamat dalam masa terdekat. Itu pandangan aku yang
tidak pernah pergi berperang dan tidak tahu langsung tentang selok belok
peperangan. Tidak lah pula aku nak mengulas tentang beberapa faktor yang
membolehkan perang ini berpanjangan. Itu pun aku tak pandai juga.
Aku rasa
perang di Lahad datu ni berpanjangan berasaskan beberapa kenyatan yang dibuat
oleh pembesar negara kita. Mengikut akhbar The Star bertarikh 5 Mac 2013, DS Najib
ada dipetik sebagai berkata,
“……the
government has taken the necessary action to defend honour and sovereignty of
the country as demanded by the rakyat.Najib said Malaysia was an Islamic
country that loved peace and that sought to always to resolve conflict through
diplomacy.But our effort to avoid bloodshed has failed,''.
Maknanya
DS Najib tak akan undur. Akan terus mempertahankan negara sampai ke titisan
darah yang terakhir. ‘ To defend honour and sovereignity of the country’.
Maknanya akan mengerahkan seluruh tenaga tentera memerangi pengganas dari Sulu
yang datang menceroboh negara kita. Maknanya perang le. Apa lagi….
Sebagai
Perdana Menteri Malaysia sepatutnya DS Najib bertegas begitu. Sabah adalah
kepunyaan kita. Hak kita. Kita punya. Walaupun ada yang mengatakan yang Sabah
tu dema ( mereka) punya, itu kita tak peduli sebab Sabah menjadi sebahagian
daripada Malaysia adalah berdasarkan keputusan yang dibuat oleh badan dunia.
Bukan kita ambil begitu juga. Bukan kita rampas dari tangan dema ( mereka).
Terpaksa
juga le aku ulang cerita macam mana Sabah jadi sebahagian dari Malaysia.
Ringkasnya begini,
· Memang betul Sabah tu
dulu adalah kepunyaan Sultan Sulu. Sultan Brunei yang beri pada dia kerana dia
menolong Sultan Brunei menyelesaikan satu kebangkitan di Borneo. Sebagai
mengenang jasa Sultan Sulu menolong baginda Sultan Brunei, Sabah diserahkan
kepada Sultan Sulu.
· Apabila timbul ura-ura
tentang penubuhan Malaysia pada awal 1960an, Sabah dan Sarawak akan diberikan
kemerdekaan sekiranya menyertai Malaysia. Maknanya kemerdekaan melalui
Malaysia, seperti juga Singapura yang mendapat kemerdekaan dengan menyertai
Malaysia.
· Tentu ada yang
menyoal. Orang Sabah setuju ke?. Untuk mengetahui pandangan orang Sabah dan
Sarawak, kerajaan British menghantar satu rombongan peninjau pendapat rakyat
dikawasan ini, Suruhanjaya Cobbold. Didapati sememangnya rakyat Sabah bersetuju
menyertai Malaysia. Tak puas lagi dengan keputusan itu, Bangsa-Bangsa Bersatu
juga menghantar rombongan peninjau pendapat ke Sabah. Begitu juga hasilnya.
Orang Sabah bersetuju menyertai Malaysia.
Dengan
sebab itulah DS Najib bertegas mengatakan Sabah mesti dipertahankan. Aku setuju
benar. Yang aku kurang setuju ialah apabila DS Najib mengatakan perlu
dipertahankan dengan kekerasan. Dia kata, “Malaysia was an Islamic country that
loved peace and that sought to always to resolve conflict through diplomacy.But
our effort to avoid bloodshed has failed,''.
Aku
cadangkan ( kadang-kadang aku terfikir juga siapalah aku nak buat cadangan ! )
kepada Perdana Menteri agar pintu
rundingan jangan tutup. Walaupun penceroboh ini musuh kita ( dari segi politik
) tetapi mereka masih lagi ‘adik-beradik’ kita. Cubit peha kanan, peha kiri
terasa sakitnya. Bagi aku perbalahan yang berlaku di Lahad Datu ini adalah
merupakan perbalahan ‘ carik-carik bulu ayam’. Yang sudah tu sudahlah. Mari
kita cari jalan penyelesaian.
Tentu
ramai yang tidak sependapat dengan aku. Tak apa. Aku bimbang kalau-kalau
konflik ini tidak akan jumpa tarikh tamatnya. Masing-masing tidak mahu
mengalah. Memang betulah Malaysia di pihak yang benar. Sah dari segi
undang-undang. Tetapi bagi rakyat Sulu yang dalam kemarahan, mereka tidak
peduli ke sah atau tak sah. Yang penting mereka rasa, mereka berjuang untuk
bangsa dan negara dan agama.
BBC News bertarikh April 6 2005, melaporkan bahawa
pernah berlaku kekacauan di wilayah
Mindanao-Sulu yang mengambil masa
tiga dekad dan mengorbankan seramai 120,000 orang. Isu yang mereka
perjuangkan ialah berhubung kait dengan soal kemerdekaan dan agama. Pada suatu
ketika dulu, kawasan Mindanao-Sulu sememangnya mempunyai otonomi yang
tersendiri ( merdeka) dan hanya pada
tahun 1940 diletakkan dibawah pentadbiran Filipina.
Penubuhan The Moro Nationalist Movement adalah ekoran
daripada beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun enam puluhan. Pada
tahun 1968, 14 orang Islam telah ditembak kerana keengganan mereka untuk
menyertai satu misi tentera (Jabida Massacre). Kesannya ialah satu demonstrasi
besar-besaran oleh penganut Islam. Sebagai tindak balasnya pula, puak Kristian
melancarkan serangan terhadap orang Muslim yang menyebabkan 17 orang Islam
terbunuh dalam sebuah masjid.
Pendek kata orang Moro adalah orang perjuangan yang
sentiasa tidak takut berjuang demi bangsa dan negara. Mereka begitu yakin
dengan perjuangan mereka. Ini belum lagi disorot perjuangan mereka sebagai anak
cucu ‘Orang Laut ‘ yang mengawal perairan dirantau ini.
Satu lagi faktor yang membolehkan perang di Lahad
Datu berlarutan ialah adanya bekalan senjata yang mencukupi dan memadai. Lumpe dalam
bukunya, Encyclopedia of Modern WorldwideExtremists and Extremist Groups “ 1999
ada mengtakan bahawa Filipina adalah antara kerajaan yang
banyak menerima bekalan senjata dari jabatan pertahanan Amerika pada
tahun-tahun 1950an. MNLF pula mendapat bekalan senjata dari Libya. Kegiatan
MNLF inilah yang telah banyak menimbulkan kekacaun menentang kerajaan Filipina
yang akhirnya menyebabkan Marcos mengisytiharkan undang-undang tentera terhadap
tentera MNLF.
Jikalau begitulah keadaannya, aku rasa kekerasan dan
ketenteraan bukan jawabnya. Mungkin untuk sementara waktu. Tetapi aku yakin
pintu rundingan tidak tertutup rapat, apatah lagi apabila ramai pemimpin negara
kita mengenali dengan rapat pemimpin-pemimpin dari Sulu.
Abuhassanadam
9 Mac 2013
No comments:
Post a Comment