MENYULUH BELALANG
Menyuluh
belalang tu maknanya menangkap belalang. Belalang tu untuk dimakan. Dibuat
rendang. Macam rendang ayam tu. Sedap. Mungkin ramai orang sekarang tak pernah
merasa masakan rendang belalang. Apatah lagi orang bandar. Orang kampung macam
aku saja yang biasa makan rendang belalang.
Kini
orang kampung aku tak ‘menyuluh belalang’ lagi. Sebab?. Jangankan belalang,
menerung pun dah tidak ada. Antara ‘belalang’ dan ‘menerung’ adalah kait
mengait. Saling bergantungan. Bagi anak-anak bandar seperti anak-anak aku
mereka tidak tahu apa dia belalang. Kesihan! Tapi apa nak dikatakan. Mereka ‘celik-celik’ (
lahir ) saja dah berada di Kuala Lumpur. Mereka hanya dapat melihat gambar
belalang atau melihat belalang melalui saluran “National Geography’.
Anak-anak
aku dan anak-anak orang lain juga ( yang tinggal di bandar) tidak tahu yang
belalang itu sejenis serangga yang amat sedap untuk dimakan. Samada dibakar
atau dibuat rendang seperti merendang ayam atau daging. Dimakan dengan nasi
sebagai lauk pauk atau pun diratah begitu sahaja.
Belalang
memerlukan menerung. Menerung adalah sejenis tanaman yang tumbuh di sawah-sawah
padi atau dalam paya yang berair. Menerung akan menggantikan tanaman padi
setelah pokok padi dimusnahkan selepas musim menuai.
Pada zaman
dahulu, di kampung aku mereka menanam padi hanya setahun sekali. Maknanya enam
bulan ‘bersawah’, dan enam bulan kawasan bendang tiada tanaman apa-apa. “Idle’
cakap orang putihnya. Jadi pada masa itulah tumbuh pokok Menerung menggantikan
tanaman padi. Dan pada pokok menerung itu jugalah sang belalang selalu berpaut.
Pada
waktu inilah kami di kampung selalu berlaukkan rending belalang. Sekurangnya
sekali dalam seminggu akan berlaukkan rending belalang. Sedap. Mungkin ramai
yang tidak pernah merasai makanan rendang belalang yang enak itu. Untuk memasak
rendang belalang, aku rasa tak banyak bezanya dengan memasak rendang ayam atau
rendang daging.
Menyluh
belalang adalah satu kegiatan menangkap belalang. Biasanya pada waktu malam.
Pada siang hari belalang amat sukar dtangkap. Liar. Tetapi pada waktu malam,
sang belalang sentiasa ‘menyerah diri’ apabila ditangkap. Belalang ditangkap
dengan hanya menggunakan jari biasa. Tiada peralatan lain yang diperlukan untuk
menangkap belalang.
Persiapan
untuk menangkap belalang, tidak memerlukan persiapan yang canggih. Hanyalah
sebiji botol ( bekas botol kicap atau cuka) yang ditutup dengan kain pada mulut
botol berkenaan. Kain diikat dengan getah pada mulut botol. Kain ditebuk supaya
senang dimasukkan belalalng yang ditangkap melalui lubang yang ditebuk.
Disamping itu diperlukan juga ‘ pelita dahi’ ia itu sejenis pelita yang boleh
diikat pada kepala digunakan untuk menyuluh belalang.
Pada
malam menyuluh belalang adalah seperti satu pesta. Di bendang yang terbentang
luas, dari kampung Ekor Dusun sehinggalah ke kampung Seberang sampai ke Kampung
Tanjung akan kelihatan kelipan pelita pada malam yang gelita itu. Kawasan Menerung
yang luas itu cukup untuk menampung belalang untuk keperluan orang kampung Teman. Tidak perlu
bergaduh untuk mencari kawasan menyuluh belalang. Memang telah tersedia
kawasan-kawasan itu. Hanya menunggu masa untuk ditangkap.
Menyuluh
belalang biasanya dilakukan beramai-ramai. Takut juga sekiranya pergi seorang
atau berdua. Paya atau sawah tempat Menerung tumbuh adalah tempat yang amat
sesuai sebagai tempat ular sawa. Namun
begitu tidak pula terdengar kisah orang kampung aku yang dimakan atau dibelit oleh ular sawa! Tak
pernah…
Apakah belalang itu tidak terbang
melarikan diri apabila dirapati?
Jawabnya
tidak. Belalang sentiasa berpaut pada pokok Menerung pada waktu malam seperti
mana gelagat sang beruk berpaut pada pokok kelapa. Mungkin dia sedang tidur.
Hampir setiap pokok menerung sekurangnya ada seekor belalang yang berpaut di
situ. Kadang-kadang mungkin terdapat dua atau tiga ekor yang berpaut pada
sebatang pokok menerung. Tugas kita ialah menangkap belalang yang tidak
bergerak itu dan dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.
Dalam
masa satu jam akan penuhlah bekas diisi dengan belalang. Cukup untuk ‘dinner’
dan ‘ lunch’ pada keesokan harinya.
Abuhassanadam
18 Mac
2013
No comments:
Post a Comment