PAS DITAHAP KEYAKINAN YANG AMAT TINGGI
Ucapan
dan kenyataan YM Raja Dr. Nazri Shah
mengenai PAS disuatu majlis tempoh hari sangat menarik perhatian aku.
Aku yakin dia membuat ucapan demikian bukan kerana dia menyokong kuat parti
PAS. Mana boleh dia menyebelahi
mana-mana parti politik. Tetapi sebagai seorang intelek ( dari Harvard pulak tu
) dia bebas melahirkan pandangan dan fikirannya mengenai sesuatu perkara.
Aku ‘respect’.
Bukan disebabkan baginda Raja Muda dari negeri Perak ( negeri kesayanganku ) tetapi
kerana pandangan dan fikirannya berkaitan dengan PAS yang disampaikan secara
jujur dan ikhlas. Aku ikuti ucapannya beberapa kali dalam You Tube. Ikhlas buah
fikiran yang disampaikannya. Ada pulak puak-puak tertentu yang mengatakan agar ucapan baginda itu jangan dipolitikkkan.
Takkanlah semua isu mesti ditutup dengan ayat ‘ jangan dipolitikkan”
YM
Raja Dr. Nazrin bercakap perkara yang berkait dengan fakta. Itu hakikat yang
sebenarnya. Bukan direka-rekanya. Itu bukan isu politik walaupun yang diperkatakannya
adalah mengenai parti politik. Dia bercakap mengenai parti PAS, tetapi bukan
bermakna dia menyokong parti PAS. Begitu jugalah jikalau dia memperkatakan
tentang UMNO tidak semestinya dia menyokong parti UMNO.
Aku
nak tumpang ‘semangkuk’ memperkatakan mengenai perjuangan PAS. Jikalau Raja Dr.
Nazrin memperkatakan PAS melalui kajian dan research yang dijalankannya tetapi
aku akan memperkatakan PAS dari segi pengalaman. YM Raja Dr. Nazrin mungkin
belum lahir semasa PAS ditubuhkan tetapi aku dah berada di sekolah rendah.
Darjah 1.
PAS
ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 di negeri Perak.
Presiden yang pertama ialah Tuan Haji Ahmad Fuad ( 1951-1953). Beliau
kemudiannya meletakkan jawatan pada 26 September 1953 untuk bersama-sama dengan
Dato’ Onn Jaafar ( UMNO). Dan antara tokoh yang mengasaskan parti PAS dan
sememangnya aku kenal dan tahu ialah Ustaz Abdul Samad Noh ( Pengetua Sekolah Al-Yahyawiyah Padang
Rengas), Ustazah Datin Sakinah ( rakan sekolah
emak aku di Sekolah Arab Kampung Lalang, Padang Rengas ) isteri Dato Isteri
Haji Muda ( pernah jadi Presiden Pas), Ustaz Hassan Shukri ( pernah belajar di
Al Yahyawiyah dan pemimpin pelajar di bawah bimbingan Ustaz Abdul Samad Noh)
dan lain-lain.
Jadi
kebanyakan tokoh-tokoh awal PAS aku tahu dan kenal. Takklah rapat kerana
perbezaan usia. Jadi apa yang dikatakan oleh YM Raja Dr. Narin itu adalah
tepat. Betul belaka. Aku tengok dengan ‘ mata kepala ‘ aku zaman kesusahan yang
dilalui oleh PAS dan zaman ‘ keyakinan yang begitu tinggi’ yang dialami oleh
PAS kini. Pernah aku lihat sambutan yang diberikan oleh masyarakat pada tahun-tahun 50an, 60an , 70an dan 80an
dalam majlis penerangan yang mereka adakan sememangnya amat daif sekali. Hanya
beberapa orang saja yang mahu mendengar penerangan dari mereka. Tidak terdapat
walau seorang pun kaum asing ( bukan Melayu ) yang mahu mendengar penerangan
dari tokoh-tokoh PAS pada ketika itu.
Ustaz
Abdul Samad Noh pernah bertanding dalam beberapa pilihanraya umum. Beliau pernah bertanding di Selama Perak
menentang Dato Haji Hussein bin Haji
Yaakub dan tewas dalam perebutan kerusi berkenaan. Pernah bertanding juga di
tempat sendiri ia itu di Padang Rengas dan tewas juga. Sehinggalah akhir
hayatnya, beliau tidak pernah memenangi sebarang kerusi samada peringkat negeri
atau Parlimen.
Yang
aku kagum ialah semangat kental perjuangan mereka. Walaupun tewas dalam satu
PRU, mereka tidak putus asa dan meneruskan perjuangan. Sepatutnya mereka boleh
bersikap ‘ merjauk’ kerana sedih melihatkan perjuangan mereka tidak diendahkan
oleh orang Melayu Islam pada ketika itu. Yang paling menyedihkan mereka agaknya
ialah orang Melayu pada ketika itu rela
memilih calon bukan Melayu yang bertanding diatas tiket Perikatan atau Barisan
Nasional.
Penumpuna
PAS pada PRU 1955 hanyalah untuk menawan hati orang Melayu di kawasan Luar
bandar. Pada ketika itu Peraklah yang menjadi kubu kuat PAS disamping Kelantan
dan Terengganu. PAS berjaya memenangi satu kerusi di Perak dan itulah sahaja
merupakan satu-satunya kerusi yyang
bukan dimenangi oleh parti Periktana pada ketika itu. Perikatan mendapat 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Berikutan dengan itu pada tahun 1956
Dr. Burhanuddin dipilih sebagai Presiden PAS menggantikan Haji Abbas. !965, Dr.
Burhanuddin dan rakan-rakan dalam PAS pernah ditangkap berkaitan dengan tuduhan
beliau bercita-cita menubuhkan satu kerajaan buangan di Karachi.
Dalam
PRU 1959, PAS memenangi 13 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan yang mana
bahan kempen mereka ketiak itu adalah negara Islam. Sedangkan Perikatan
disokong oleh orang Melayu di kampung dan golongan guru-guru yang mengukuhka
kedudukan UMNO ketika itu. Parti PAS pada ketika itu memang mendapat sambutan
di kawasan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Tapi kini telah merbak dan
berjaya mempengaruhi juga penduduk
pantai Barat seperti Perak, Johor. Bukan itu saja kalau dulu PAS hanya diminati
orang Melayu sahaja tapi kini berjaya mempengaruhi bukan Melayu juga.
Kini
PAS ‘ditahap keyakinan yang amat tinggi ‘ ( meminjam kata-kata YM Raja Dr.
Nazrin ). Memang PAS dalam keadaan sedemikian. Tidak pernah lagi aku tengok PAS
sebegitu hebat seperti sekarang ini. Yang mengkagumkan dan yang menghairankan
orang macam aku ( yang mengiktui perkembangan PAS semenjak dari awal ) ialah
kecenderungan masyarakat bukan Melayu kepada Parti PAS. Bukan bermuka-muka
ataupun sengaja nak mengambil hati.
Kekaguman
orang bukan Melayu terhadap kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah
suatu perkara yang bukan dibuat-buat. Dan kemungkinan yang terjadi perubahan
sedemikian ialah kerana dulu mereka kurang dijelaskan tentang perjuangan PAS
yang sebenar, disamping diputarbelitkan kearah sesuatu yang negatif. Dengan
demikian mereka menjauhkan diri. Tetapi kini setelah diberikan penerangan dan
penjelasan yang disokong oleh pengaruh media baru, kefahaman orang bukan Melayu
terhadap perjuangan PAS semakin jelas. Bukan faktor itu saja. Tentulah banyak faktor-faktor lain lagi yang
membuahkan keadaan sepertimana yang ada sekarang.
Kesimpulannya
ialah, tepat kalau dikatakan bahawa PAS kini berada disuatu tahap keyakinan
yang amat tinggi.
Abuhassanadam
22
Mac 2013
No comments:
Post a Comment