SIAPA DIA NUR MISUARI?
Kawan aku bertanya dua soalan pada aku semalam
mengenai keadaan di Laha Datu. Macamlah aku ni ketua operasi tentera di Lahad
Datu yang tahu tentang keadaan di sana. Aku serupa dia juga. Tak ‘nguit’ ke
mana pun. Ada merata ni juga. Tak ke mana-mana. Dia tanya tentang,
- · Siapa dia Misuari?
- · Mengapa baru sekarang Kesultanan Sulu menimbulkan semula tuntutan mereka ke atas Sabah. Setelah lima puluh tahun. Ura-ura penubuhan Malaysia ialah pada 1963. Dan bermulalah tuntutan Filipina ke atas Sabah. Setelah diselesaikan oleh British dan kemudiannya Bangsa-Bangsa Bersatu, isu telah senyap. Seolah-olah pihak Sulu berpuas hati benar dengan keputusan itu. Dan setelah lima puluh tahun baru isu itu timbul semula. Mengapa?
Soalan kedua tak tahu aku nak menjawabnya. Bila aku
fikir-fikir lojik benar soalan yang ditanya. Mengapa setelah lima puluh tahun
baru timbul semula isu tuntutan ke atas Sabah.
·
Apakah
selama ini pihak kesultanan Sulu berpuas hati benar dengan keputusan yang telah
diputuskan oleh British dan Bangsa-Bangsa Bersatu itu ia itu menyerahkan Sabah
kepada Malaysia.
·
Jikalau
tidak setuju, mengapa tidak ditentang pada awal-awal dulu. Macam perangai
budak-budak pulak. Apabila teringat nak tentang, nak bergaduh baru mulakan
pergaduhan. Baru serang.
·
Timbul pula
persoalan di kepala aku ia itu seolah-olah pihak tertentu Sulu semacam ada
menerima ‘sagu hati’ dari kerajaan Malaysia supaya ‘ menutup mulut’ dan jangan
menimbulkan apa-apa isu berkaitan dengan tuntutan ke atas Sabah. Mungkin
begitu?. Mungkin….
·
Dan kini
setelah ‘sagu hati’ diberhentikan maka bermulalah kembali serangan dan tuntutan
ke atas Sabah. Mungkin……
·
Jikalau
‘teori’ yang aku kata tu betul timbul persoalan lain pulak. Perjuangan anak-anak
muda Sulu yang dikatakan untuk negara dan bangsa itu sebenarnya telah
diperalatkan oleh pemimpin mereka demi untuk memuaskan hati pemimpin mereka.
Jadi sekiranya mereka terkorban, maka pengorbanan mereka adalah sebagai sia-sia
saja le. Mungkin…..
Banyak sangat ‘ mungkin’nya. Maknanya aku tak begitu
pasti. Aku hanya main ‘serkap jarang’. Mungkin betul dan mungkin tidak. Yang
pastinya aku begitu sedih melihat kematian kedua-dua belah pihak. Dan aku sedih
sekiranya anak-anak muda Sulu yang disebut sebagai pengganas itu diperalatkan
pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka bukan kerana bangsa dan
negara.
Tentang persoalan mengenai Misuari, aku ‘selak’
buku-buku lama, nak tahu tentang Misuari. Tak boleh agak-agak. Fakta mesti
betul. Barulah artikel yang aku tulis ni mendidik namanya. Jikalau tidak aku telah
turunkan diri aku sebagai penulis picisan atau sebagi penulis upahan saja.
Tidak ada prinsip dan pegangan. Aku tak mahu jadi begitu. Hina sangat rasanya.
Nur Misuari yang kini berummur dalam lingkungan 70an
berasal dari suku Tausug. Berasal dari Sulu daripada keluarga yang miskin. Bukan
dari keluarga berada ataupun anak bangsawan. Mendapat biasiswa untuk
melanjutkan pelajarannya ke University of the Philippines. Pandailah tu. Kalau
tidak takkanlah dapat hadiah pelajaran. Apabila lulus daripada univeristy
berkenaan terus menjadi salah seorang pensyarah di situ pada tahun 1968 dalam bidang
Sains Politik. Memang tersangat aktif
ketika berada di univeristy lagi dan melibatkan diri dalam persatuan pelajar. khususnya
mengenai hal ehwal orang Islam di Filipina. Macam Anwar Ibrahim ketika berada
di university.
Tahun 1967, beliau mengasaskan Muslim Nationalist
League dan menjadi pengarang lidah
rasminya ‘Philippine Muslim News. Pemberontakan Jabidah banyak memberikan
dorongan dan inspirasi kepada Misuari. Kebangkitan Jabidah banyak mendorong
beliau untuk meneruskan perjuangannya
dalam politik. Disamping itu juga merupakan salah satu faktor yang mendorong
beliau untuk terus menerajui gerakan pembebasan Islam Moro. MNLF ( Moro National Liberation Front) .
Misuari pernah menulis dalam lidah pengarang
partinya, Muslim Nationalist League,
“ Separatism is a costly and painful process and few
ordinary mortals are prepared to pay the price”
Isu yang mereka perjuangkan ialah berhubung kait
dengan soal kemerdekaan dan agama. Pada suatu ketika dulu, kawasan
Mindanao-Sulu sememangnya mempunyai otonomi yang tersendiri ( merdeka) dan hanya pada tahun 1940 diletakkan dibawah
pentadbiran Filipina.
Penubuhan The Moro Nationalist Movement adalah ekoran
daripada beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun enam puluhan. Pada
tahun 1968, 14 orang Islam telah ditembak kerana keengganan mereka untuk
menyertai satu misi tentera (Jabida Massacre). Kesannya ialah satu demonstrasi
besar-besaran oleh penganut Islam. Sebagai tindak balasnya pula, puak Kristian
melancarkan serangan terhadap orang Muslim yang menyebabkan 17 orang Islam
terbunuh dalam sebuah masjid.
Misuari pernah menjadi Gabenor ARMM ( Autonomous
Region in Muslim Mindanao). Pada tahun 2001, beliau pernah dituduh oleh kerajaan
Filipina atas alasan memimpin satu pemberontakan di Sulu dan Zamboanga. Selepas pembebasannya pada tahun 2008 beliau
sentiasa menyeru kepada” final solution to the claim over Sabah dand the rest
of North Borneo’.
Itulah serba sedikit yang boleh aku tuliskan mengenai
Nur Misuari. Jikalau nak tahu lebih lagi kena bacalah buku-buku atau artikel
yang berkaitan dengan beliau. Manusia
yang bernama Misuari ni memang hebat orangnya. Semenjak dari dulu lagi ( zaman
remajanya) aku mengikuti perkembangannya. Memang seorang pejuang.Lebih kurang
sama dengan DS Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka memperjuangkan sesuatu isu
memnag tak pernah ‘ kering’. Memang hebat. Bagi aku begitu le.
Tentang penglibatannya dalam serangan di Lahad Datu,
yang itu aku tak tahu…..
Abuhassanadam
16 Mac 2013
No comments:
Post a Comment