JANGAN PERLEKEHKAN ORANG KAMPUNG
Apabila
membincangkan tentang PRU 13 dan keputusannya pasti akan timbul cakap-cakap yang mengatakan bahawa keputusan
akan ditentukan oleh ‘ orang kampung’. ‘ Orang kampung’ pasti akan menyokong parti
kerajaan, Barisan Nasional, khususnya UMNO. Melanjutkan perbincangan sedemikian
memberikan satu gambaran bahawa,
·
‘Orang kampung ‘ tidak boleh berfikir dan
akan terus menerus menyokong parti kerajaan.
·
‘Orang Kampung’ mudah terpengaruh dengan
janji-janji manis yang dijanjikan oleh calon- calon kerajaan.
·
‘Orang Kampung’ akan mengundi calon kerajaan
sekiranya dihadiahkan dengan wang ringgit atau kain batik atau beras dan
sebagainya.
Jadi
aku terfikir, ‘ koman’ ( bodoh, hina, daif)
benarkah ‘orang kampung’ tu. Sampai tak boleh berfikir dengan waras.
Sampai boleh diperkotak-katikkan dengan pemberian yang tak sebanyak mana
nilainya. Sampai boleh dibeli dengan wang yang tak seberapa jumlahnya.
Aku
datang dari kampung. ‘Roots’ aku masih di kampung. Apbila ada yang cuba
‘menghina’ dengan cara yang sedemikian aku terasa marah juga. Memang betul
selama stengah abad UMNO dapat menguasai dan mempengaruhi orang Melayu kampung
dengan berbagai dakyah. Apabila hampir dengan tarikh pilihanraya mereka akan
mendekati ‘ orang ‘kampung’. Dan setelah selesai pilihanraya dan mereka menang,
akan ‘ ghaib’lah mereka sehinggalah menjelang pilihanraya yang setersnya.
Bukalah semua yang bersifat demikian. Namun begitu ‘orang kampung’ tak
serik-serik. Akan terus juga mengundi mereka. Dari ‘orang kampung’lah
teletaknya kekuatan UMNO.
Sekarang
tak begitu lagi. Kalau ada pun tinggal saki baki yang tak seberapa.
PAS
berjaya mendewasakan orang Melayu di kampung-kampung. Semenjak awal 1950an
lagi, mereka menjelaskan dasar-dasar kerajaan yang menyeleweng bertembung
dengan TV kerajaan yang menjelaskan tentang kebaikan dasar kerajaan. Mereka
menggunakan platform Islam untuk menarik minat orang kampung. Jikalau dulu
UMNOlah yang menguasai politik kampung tetapi kini PAS telah hampir-hampir berjaya.
DEB
tidak dapat secara menyeluruh memajukan kehidupan orang Melayu terutamaya orang
Melayu yang tinggal di luar bandar. Selepas 1990, ia itu selepas 20 tahun
pelaksanaan DEB, orang Melayu merasakan bahawa tidak banyak perubahan yang
berlaku ke atas diri mereka. Mereka masih tinggal di kampung dan masih miskin.
Tidak juah bezanya dengan keadaan mereka dulu. Dan mereka nampak yang kaya
adalah golongan yang rapat dengan kepimpinan UMNO. Kroni dan adik beradik mereka. Sedangkan orang
biasa tidak dapat menikmati sebagaimana yang dijanjikan oleh DEB itu.
‘Orang kampung’ sudah mula sedar dan nampak bahawa yang mendapat faedah adalah
‘orang UMNO’ ( pemimpin-pemimpin UMNO dari peringkat cawangan sehingal peingkat tertinggi)
sedangkan kebanyakan orang Melayu tidak mendapat apa-apa. Di takuk lama.
Kononnya Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) adalah untuk memberi peluang memajukan
orang Melayu. Ada. Tetapi orang Melayu
di kampung hanya mendapat ‘kuah’
sedangkan ‘ orang UMNO’ mendapat isinya. Orang kampung dah celik. Dah nampak
hal yang berlaku.
Mereka tahu hal sedemikian mugkin dari pemerhatian
mereka. Mungkin dari maklumat yang dibawa oleh anak-anak mereka yang sudah
berpelajaran. Mungkin disampaikan oleh anak-anak mereka yang sedang menuntut di
pusat pengajian tinggi.
UMNO hanya mengaharapkan ‘orang lama’ untuk mengundi
mereka. ‘Orang lama’ bermaksud,
·
Orang yang telah terhutang budi dengan UMNO
·
Orang tua ( 60 tahun ke atas) yang masih
berpegang bahawa hanya UMNO yang boleh menyelamatkan orang Melayu
·
Orang tua yang malas berfikir. Maknanya
berfikiran secara simple. “ Apa payah ubah-ubah. Pakai yang lama sudahlah”
·
Orang yang masih berpegang keapada ‘ bimbang
takut-takut seperti yang berlaku pada zaman Jepun atau pun zaman komunis.’
Orang UMNO sudah tidak boleh lagi
berkempen menggunakan cara lama. Dah tak makan. Maknanya sudah tidak boleh mempengaruhi ‘
orang kampung’. Misalnya
· Menakut-nakutkan orang kampung tentang
kemungkinan berlakunya keadaan sepeti zaman Jepun. Tidak dapat dihayati oleh
orang kampung yang rata-rata tidak mengalami zaman Jepun. Begitu juga dengan
menggunakan isu zaman Komunis. Ramai juga penduduk kampung ( yang muda-muda )
tidak tahu menahu apa dia zaman Komunis itu.
· Mereka menggunakan isu 13 Mei 1969, isu
pergaduhan antara kaum tidak juga dapat diterima oleh orang kampung disebabkan
penerapan nilai muhibbah antara kaum sudah menjalar. Tidak ada lagi persoalan
permusuhan antara kaum.
· Orang kampung sudah sedar bahawa yang
menyebabkan mereka masih dalam kesusahan bukan disebabkan oleh orang Cina
tetapi disebabkan oleh perkara lain.
Dr
Mahathir menggunakan orang kampung sebagai penyokong kuatnya. Semenjak dari
awal beliau menampakkan dia sebagai ‘champion’ menentang konsep Pandi Kunca di
kedah yang membelenggu petani-petani Melayu di Kedah. Perjuangannya yang
berterusan ini juga menampakkan yang beliau sememangna mengharapkan orang kampung
untuk menyokongnya.
Kerajaan
melaksanakan berbagai projek mega. Penswastaan, industri berat dan
berbagai-bagai lagi. Megah bunyinya. Berbillion ringgit. Ramai ‘Orang kampung’
merasakan bahawa mereka belum lagi merasa memegang wang sebanyak RM 1000.00.
Mereka kecewa. Dimanakah janji kerajaan yang menjanjikan untuk menolong orang
Melayu. Mereka mula menyoal,
·
Sampai bila baru mereka dapat menikmati
rezeki yang dilimpahkan oleh negara ini. Jikalau dulu mereka ‘akur’ jikalau
mereka dikatakan tidak berpelajaran untuk melaksanakan projek-perojek
sedemikian. Kini anak-anak mereka sudah berpelajaran tinggi, mampu untuk
menjalankan projek sedemikian sekiranya diberi peluang. Tapi mereka tidak
diendahkan. Malah diketepikan.
·
Mereka dapat lihat yang mendapat peluang
ialah anak-anak dan kaum kerabat pihak kepimpinan dalam UMNO. Mereka nampak.
Jangan sangka mereka tidak tahu. Lantas mereka sedar bahawa mereka perlu membuat
perubahan.
Dengan
demikian, janganlah perkecilkan kemampuan ‘orang kampung’ seperti aku. Kami
tahu. Oleh itu janganlah kami diperlekehkan.
Abuhassanadam
23
Mac 2013
No comments:
Post a Comment