Sunday, March 3, 2013

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI


LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI



Tengku Razaleigh Hamzah dipetik sebagai berkata.

Malaysia’s failure to stop foreigners from entering and seizing territory here could endanger the future of Sabah and genuine Sabahans,” Malaysian Insider.

Aku percaya kata Tengku Razaleigh sebab dia ‘orang lama’. Ahli politik veteran yang tahu selok belok mengenai keadaan yang berlaku di Lahad Datu itu. Dia tahu apa yang sebenarnya berlaku, mengapa berlaku dan kemungkiinan akan terus berlaku. Beliau juga memberi amaran akan kemungkinan akan berlaku perang saudara yang dicetuskan oleh pemberontak dari Filipina.

Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan penubuhan Malaysia, tetapi Tengku Razaleigh tahu kedudukan politik pada ketika itu yang membawa kepada penubuhan Malaysia. Hasrat penubuhan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno dan Filipina yang dipimpin oleh Presiden Macapagal. Sukarno mempunyai agenda tersendiri mengapa dia menentang penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

Bagi Macapagal pula, beliau menyatakan yang Sabah adalah milik Kesultanan Sulu. Justeru Filipina adalah lebeh berhak ke atas Sabah berbanding dengan Tanah Melayu yang tidak ada kaitan langsung dengan negeri itu.

Pulalun, Sharif Ibrahim Ajibul Muhammad ( 1956-   ) adalah merupakan Sultan Sulu. Pulalun mendakwa yang baginda adalah keturunan Sultan Muhammad Pulalun yang mengasaskan Kesultanan Sulu pada tahun 1457. Baginda mendapat Sabah dari Brunei ekoran dari pertolongan yang diberikannya kepada Sultan Brunei menghapuskan pembeontakan di Borneo. Jajahan takluk Kesultanan Sulu meliputi kawasan persisiran laut Sulu, meliputi kawasan sebahagian dari Mindanao sehingga ke Borneo Utara ( Sabah ). Dikatakan Kesultanan Sulu ini telah wujud lebih kurang 400 tahun yang lampau.

Itulah permulaan pemerintahan  dan penguasaan Kesultanan Sulu ke atas Sabah. Selepas itu Sabah telah berpindah tangan ke The British North Borneo Company ( Syarikat Borneo Utara British  -SBUB ). Malah SBUB telah menandatangani satu perjanjina dengan Brunei dan Sulu pada tahun 1878, mengesahkan penguasaan SBUB ke atas Sabah.
Dan sejarah ini lah yang merupakan asas kepada tuntutan yang dikemukakan oleh Presdien Macapagal ketika menuntut Sabah sebagai sebahagian dari Filipina pada tahu 1963 dulu. Untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut itu Kerajaan British telah melantik beberapa individu untuk menganggotai Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai cadangan pendubuhan Malaysia . Ini termasuklah TS Ghazali Shafie, Wong Pow Nee  dan beberapa tokoh yang lain. Hasil dapatan ekoran daripada tinjauan itu menunjukkan yang penduduk kedua-dua negeri itu bersetuju untuk menyertai Malaysia.
 Filipina tidak berpuas hati dengan tinjauan yang dijalankan dan seterusnya ke arah  penubuhan Malaysia. Lantas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula campurtangan dengan menghantar satu rombongan yang terdiri daripada 10 orang anggota bertujuan meninjau pendapat rakyat kedua-dua negeri ini pada tahun 1963. Misi bangsa-Bangsa Bersatu juga mendapati bahawa majoriti rakyat kedua-dua negara bersetuju mendapatkan kemerdekaan mereka dengan menyertai Malaysia.

Tentangan Filipina dan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia dapat diselesaikan oleh Tunku Abdul Rahman melalui rundingan MAPHILINDO (Malaysia, Philippines dan Indonesia) yang diadakan di Manila. Soal tuntutan Filipina ke atas Sabah agak reda semasa Presiden Macapagal menjadi Presiden Filipina tetapi keadaa bertukar wajah apabila Presiden Marcos menerajui pemerintahan Filipina. Isu Sabah kembali segar semula. Marcos mengemukakan tuntutan dengan menyatakan yang Filipina ( Kesultanan Sulu ) mempunyai hak ke atas Sabah berdasarkan fakta sejarah yang tulin. Malah beliau mengemukakan perjanjian asal  yang ditandatangani oleh Sultan Sulu.

Berasaskan kepada keadaan yang digambarkan, dan juga peristiwa berdarah yang berlaku di Lahad Datu pada 1 Mac 2013 memberikan satu petunjuk bahawa bagi rakyat Sulu, kes tuntutan mereka belum lagi selesai. Dengan sebab itulah mereka terus menerus menuntut hak mereka dikembalikan.

Dipercayai Malaysia akan lebih bijak menangani isu ini. Kata-kata Tengku razaleigh memberikan banyak makna dan berbagai kemunginan.Anataranya beliau menyatakan,

  •      the population structure has changed to the extent that a different dimension to the events is possible in future…”
  • ·      The failure of those responsible to secure our border is so serious that I feel I had to raise this warning as I believe the integrity of Sabah and the genuine Sabahans must be protected at all costs as a political responsibility”
  • ·      The seizure of Malaysian territory without any prior knowledge or measures to prevent this from happening must be of deep concern. The integrity and safety of Sabah is challenged as never before”


Aku rasa kerajaan Malaysia kena ambil perhatian tentang nasihat Tengku Razaleigh secara serious. Aku tidak ubah kenyataan Tengku Razalieigh ke Bahasa Melayu sebab aku takut, terjemahan aku tak tepat. Dengan demikian aku kekalkan dengan bahasa mat Salleh.

Abuhassanadam
3 Mac 2013


No comments:

Post a Comment