Tuesday, March 26, 2013

MASALAH MEMILIH CALON PRU 13 - PERLU ANJAKAN PARADIGMA


MASALAH MEMILIH CALON PRU 13 - 
PERLUKAN ANJAKAN PARADIGMA

Masalah ini muncul semula. Aku ingat masalah ini muncul dalam pemilihan calon UMNO saja. Rupa-rupanya dalam Pakatan Rakyat pun begitu juga. Apakah mereka tak faham berpolitik atau sengaja tak mahu faham ataupun untuk mencari kepentingan sendiri. Dilihat oleh mereka (yang mementingkan diri itu ler ) bahawa melibatkan diri dalam parti adalah jalan singkat untuk merebut kekayaan.

Itulah senario kini yang dilihat oleh mereka. Itulah budaya yang dilihat oleh mereka. Jiakalau giat dalam politik, biarpun ahli jawatankuasa cawangan sekalipun akan dilihat mewah dan bahagia hidupnya. Luarbiasa cara hidup yang dilalui oleh keluarganya. Itu baru AJK cawangan, apatah lagi bagi mereka yang menjadi AJK bahagian ataupun EXCO dalam parti. Ini adalah lumrah. Dapat dilihat dengan mata kepala. Ini sudah merupakan satu budaya orang politik di Malaysia.

Oleh yang demikian tentulah tidak salah sekiranya mereka berangan-angan untuk berkeadaan demikian dengan menjadikan penglibatan dalam politik sebagai platform untuk mengejar kekayaan. Tetapi mereka semacam tidak faham bahawa politik baru yang akan diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah lain daripada yang lain. Landskap politik Malaysia akan berubah sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Puterajaya. Ini yang perlu difahami oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat. Untuk memahaminya memerlukan anjakan pradigma yang bukan kepalang.

Bercakap memang senang. Perlukan anjakan pradigma….Tetapi untuk memahmi dan kemudiannya melakasanakannya sememangnya perit. Sememangnya akan menyimpang jauh daripada ‘ traditional assumption’ yang pernah dijalankan oleh UMNO sekian lama. Untuk merobah keadaan ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan tabah.

Antara faktor yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU 12 adalah disebabkan kerenah ahli yang sedemikianlah. Ada ahli yang berangan-angan untuk menjadi calon dan kemudiannya tidak terpilih maka langkah yang diambil seterusnya ialah sabotage. Apabila sudah ‘ ada duri dalam daging’ dan ‘ musuh dalam selimut’ adalah terlalu sukar untuk menang bagi calon yang bertanding.

Itu pengalaman pahit yang dialami oleh BN. Sekiranya keadaan sedemikian berlaku juga dalam Pakatan maka besar kemungkinannya akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami BN. Sebelum terlambat, para pejuang Pakatan harus membuat perubahan dalam diri mereka sendiri dahulu. Ada beberapa cadangan yang dapat aku kemukakan. Cadangan. Nak ikut pun tak apa, tak ikut pun ikut suka ler.

·      Para pejuang dalam pakatan seolah-olah berjanji dalam diri bahawa matlamat Pakatan adalah untuk menumbangkan kerajaan BN dan terus menguasai Puterajaya. Jikalau itu matlamatnya, lupakan matlamat-matlamat sampingan yang lain.
·      Pasakkkan dalam hati bahawa menjadi calon dan memenangi pilihanraya bukanlah jalan pintas untuk mencari kekayaan. Ikut contoh TS Khalid Ibrahim. Beliau bersama dengan Pakatan bukan untuk mencari wang. Wang dia pun banyak. Sekiranya mencari kesenangan dia tak payah masuk politik. Beliau bersama dengan Pakatan kerana untuk membela bangsa dan negara.
·      DS Anwar Ibrahim sebagai boss tentu dapat menilai siapa yang layak menjadi calon dan siapa yang tidak.

Dalam soal memilih calon untuk menjadi wakil di PRU 13, para pejuang Pakatan perlu melihat contoh yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO terdahulu khususnya Tun Abdul Razak. Apabila beliau dilantik menjadi Perdana Meneteri beliau telah melantik Dr. Mahathir sebagai Menterinya sedangkan pada ketiak itu Dr. Mahathir sudah terkeluar dari UMNO. Beliau juga memnaggil semula Dr.Ismail  ( yang juga dipecat dari UMNO ) menyertai Kabinet. Disamping itu beliau membawa masuk TS Ghazali Shafie (Pegawai tinggi kerajaan) dan Hamzah Abu Samah menyertai kabinetnya. Beliau mengambil tokoh-tokoh ini disebabkan kebolehan dan kemampuan mereka untuk menjalankan pentadbiran kerajaan.

Mungkin tindakan yang sebegini juga yang sedang dirangka oleh DS Anwar Ibrahim, Dato Haji Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang ia itu dengan membawa masuk tokoh-tokoh yang berkelibar yang boleh mengukuh dan memantapkan kabinet yang akan dibentuk sekiranya dapat menawan Puterajaya.

Ahli-ahli Pakatan perlu faham bahawa kelemahan yang dialami oleh UMNO sekarang adalah berpunca daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan sebelum ini, khususnya dalam soal memilih  calon-calon. Bukan tidak ramai golongan bijak pandai yang ingin menyertai UMNO dan seterusnya berjuang dalam Parti UMNO yang agung itu. Ramai. Tetapi disebabkan ada segelintir ahli UMNO yang menganggap parti UMNO itu sebagi ‘milik’  keluarga mereka, maka tersisihlah anak-anak muda ( kebanyakannya ) yang ingin berjinak-jinak dengan parti tersebut. Ramai diantara pemimpin UMNO yang amat cemburu dengan kemasukan bijak pandai dalam UMNO. Kesannya UMNO dianggotai oleh golongan ‘mediocre’, yang sentiasa memikirkan tentang keuntungan dan menjaga periok nasi masing-masing. Bukanlah semuanya begitu….Ada juga kelainannya.

Jadi para pejuang dalam Pakatan harus mengubah cara berfikir. Tetapkan pindirian dan mantapkan perjuangan. Matlamatnya adalah  Puterajaya. Dan pastikan wakil rakyat yang akan dipilih nanti perlulah tokoh-tokoh yang berkeliber, yang bukan calang-calang. Bukan seperti setengah calon yang telah dipilih pada PRU 12, yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Jikalau difikirkan Pakatan memerlukan ramai orang muda lelaki dan perempuan untuk menggegarkan parlimen, maka ayuh lakukan perubahan ke arah sedemikian. Cuba tenaga muda. Lagipun telah nampak  kini bahawa anak-anak muda sudah menunjukkan belang masing-masing bahawa mereka sudah bersedia menggoncang dunia.

Walaupun aku sudah tua tetapi aku teringin sangat melihat anak muda berpencak dan bersepak terajang di parlimen, samada  dari pihak BN atau Pakatan.

Teringin sangat nak lihat sebelum terlambat.

Abuhassanadam
26 Mac 2013


1 comment:

  1. Many thx to Mr Ash for his sharp observations, sincere comments, constructive criticisms & down-to-earth suggestions.
    Yes, we truly need smart & intelligent reps at the Parl &
    State Assemblies. Reps must understand tt they are foremost 'law-makers', as opposed to 'wealth-hunters'. We need intelligent debates, not merely dignified 'YB' accolades to fulfill seat quotas & 'Yea' Reps to pass a Bill. As such, we need basic reqts to be a calon - eg, min. a degree, ideally 1st Class or equivalent, in law, econs, finance, edu, engineering, etc., etc. The era of being merely a 3rd Grader, clerk good orator, etc, but popular is past gone ! Of course, calons must also pass the religious, integrity & morality tests! This is kind of tough to fulfill, of course! Those who fear the wrath of God will not betray the trust/amanah bestowed upon them, will not amass (unreasonable) wealth, abuse positions, engaged in vices, etc, etc.

    ReplyDelete