Wednesday, March 13, 2013

MUSA HITAM KATA


MUSA HITAM KATA.......

Aku betul-betul angkat topi kepada Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang membuat kenyataan yang ikhlas. Memang dia berani pun sebagai seorang pemimpin dan negarawan. Yang penting bagi aku ialah dia ikhlas menyuarakan pendapat dan pandangannya. Dia kata,
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan. Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing. Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Ini yang aku katakan pandangan ikhlas dari seorang pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO lain akan mengatakan bahawa negara akan jadi meuflis sekiranya apa yang disarankan dalam manifesto Pakatan Rakyat itu dilaksanakan. Boleh dikatakan semua pemimpin UMNO kata begitu. Tak seorang pun yang berani menentang DS Najib, walaupun aku yakin ada juga yang berpendapat berlawanan dengan pendapat pucuk pimpinan itu.

Aku tabik sekali lagi kerana Tun Musa Hitam memberikan pandangannya tanpa bimbang akan mengecilkan hati DS Najib yang selalu mengatakan negara akan muflis sekiranya Pakatan menang pilihanraya. Dan Tun Musa pastinya ‘bertentangan’ pendapat dengan Tun Mahathir yang juga sealiran pemikiran dengan DS Najib dalam hal ini.

Aku terpaksa tulis sedikit mengenai Tun Musa Hitam, ia itu mengenai kekagumanku kepadanya semenjak berada di universiti lagi. Aku masih ingat suatu malam di suatu majlis Economic Debate di Univeristy Malaya. Aku lupa tahun berapa. Kalau tak silap aku tahun 1972. Awal tahun 70an, tidak ramai pemimpin negara yang sanggup datang ke univeristy Malaya untuk berdebat. Mereka tak beranai. Mereka takut dengan pelajar. Yang berani, seeingat aku ialah Tun Ghazali Shafie, Datuk Harus Idris, dan beberapa orang lagi termasuklah Tun Musa Hitam.

Pada malam itu Tun Musa Hitam digandingkan dengan Saudara Abdul Rahman Embung ( Sosialis) dan Kassim Ahmad ( Sosialis)  membahaskan isu yang berkaitan dengan socialisme. Lebih kurang begitulah isunya. Aku dah lupa tajuknya. Dah 40 tahun berlaku. Mana aku nak ingat. Lagipun dah tua-tua begini cepat lupa!!. Yang aku nak cerita ialah kehebatan Tun Musa berdebat dan kehebatan sikap dan pendirian  pelajar-pelajar ketika itu.

Penceramah pertama mengemukakan hujjah ialah Saudara Kassim Ahmad dan diikuti oleh Saudara Abdul Rahman Embung. Para hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada kedua-dua penceramah. Maklumlah pada ketika itu sesiapa sahaja yang anti establishment akan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar. Apabila sampai giliran Tun Musa Hitam mengemukakan hujjahnya, disampaikannya secara tenang dan penuh dengan hujjah yang bernas. Memukau pelajar yang mendengar. Satu dewan senyap. Kagum dengan hujjah Tun Musa. Akhirnya apabila Tun Musa mengakhir ucapannya, dia mendapat tepukan yang lebih gemuruh daripada kedua-dua penceramah sebelumnya. Kesimpulannya dia berjaya  pada malam itu. Bukan senang menongkah arus. Tun Musa berjaya. Sampai sekarang aku ingat peristiwa itu.

Hari ini sekali lagi Tun Musa Hitam dapat ‘menawan’ aku denga hujah dan sikapnya yang berani dan tidak flip-flop dengan mengatakan negara tidak akan muflis sekiranya Parti Pakatan berjaya memenangi PRU 13 dan melaksanakan Manifestonya. Aku tertarik benar dengan kenyataannya, “Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan”

Sebagai perbandingan, sejarah telah melihat bahawa Idi Amin lah yang memufliskan negaranya dengan beberapa tindakannya yang meruntuhkan ekonomi negaranya. Kegiatan penyelewengan di Uganda yang semangnya rancak pada tahun 1970an terus menerus sehingga tahun-tahun2 1980an dan 1990an.

Idi Amin tidak syak lagi merupakan pemimpin yang paling zalim mengikut setengah pendapat. Kemunculannya setelah dia mengetuai satu pemberontakan yang dilakukan oleh tentera pada tahu 1971  menyebabkan Obote meninggalkan negaranya dan pemerintahan diserahkan kepada Idi Amin sehingga 1979. Bermulalah zamannya menggunakan hasil negara mengikut seleranya sendiri bersama-sama dengan kroninya. Beliau menggunakan tentera untuk mencapai hasrat dan tujuannya. Kakitangan kerajaan awam hanya diperalatkan untuk kepentingan dirinya sahaja.

Uganda menjadi negerai naungan British pada tahun 1894 dan mendapat kemerdekaan dari British pada bulan Oktober 1962. Oleh sebab pernah berada dibawah jajahan British, kerajaan British   mengalukan kejayaan Idi Amin memerintah Uganda setelah dia menewaskan President Milton Obote yang dikatakan zalim, corrupt. Idi Amin diiktiraf sebagai penyelamat Uganda. Dan Britainlah negara pertama yang terus mengiktiraf kerajaan Idi Amin. Hanya setelah dua atau tuga hari setelah Idi Amin mengetuai tampuk kerajaan bersama denga media di Britain yang memuji Idi Amin sebagai penyelamat negara berkenaan.

Rupanya keadaan di Uganda di bawah Idi Amin adalah keadaan ‘ panas tidak sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Idi Amin menjadi pemimpin yang zalim, menindas rakyat, menggunakan kuasa sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan undang-undang yang ada dalam negara.
Pernah ditulis mengenai  pemerintahan Idi Amin di Uganda seperti berikut,

            “ Idi Amin left a trail of economis meismanagement parameters that we have followed blindly. The culture of entitlement and the massive corruptions we see today are seeds which were planted by Idi Amin in his economic wars ( Magendo Style) . People think that the government has to do everything by itself. The mindsets and attitudes of most people are obsessed with handouts or bailout ( okulembeka) or simply look on with disinterest ( nfuniramu wa ). Not to mention the materialism mentality……The notion that people use their their offices to become filthy rich while others scavenge for what to eat began during the times of Idi Amin…..”

Kesimpulannya kenyatan Tun Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga seorang negarawan ulung harus direnungkan sedalam-dalamnya oleh rakyat Malaysia.

Abuhassanadam
13 Mac 2013





Rujukan

1.    Manzoor Moghal, “ Idi Amin: Lion of Africa”
2.    John O.Ogbor, “ Entrepreneurship in Sub-Saharan Africa”
3.    Helen James, “ Civil Society, Religion and Global Governance: Paradigms of Power and Persuasion”

No comments:

Post a Comment