NURUL IZZAH BERCAKAP BENAR
Nurul Izzah membuat aduan mengatakan terdapat 4000 pengundi yang
meragukan di kawasannya. Tetapi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf selaku Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanaraya mengatakan, "I have checked. There was no electoral roll or letter that
was sent to the EC," Kemudian Tan Sri Aziz menambah, “"If they are
indeed sincere about cleaning up the electoral roll, then come to the EC and
bring the electoral roll that they say contains dubious voters so the EC can
check…………..But instead, they decide to go to the media and make inaccurate
statements," Laporan yang dipetik oleh akhbar Malaysiakini bertarikh 31
Mac 2013.
Kemudian pada 1 April 2013, Nurul Izzah membuktikan yang
menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya ada menerima aduan rasmi yang
dikemukakannya melalui peguamnya Chooi and Company bertarikh 6 Mac 2013.
Nampaknya Nurul Izzah bercakap benar. Tuduhan yang mengatakan beliau tidak
menghantarkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya sebagaimana yang
dikatakan oleh Tan Sri Aziz itu tidak benar. Pengerusi SPR yang tidak bercakap benar. Macam
berbohonglah…..
Pada hemat aku ini merupakan satu peristiwa paling malang yang
menimpa ‘orang tua’ seperti Tan Sri Aziz. Aku tahu persaan Tan Sri, sebab aku
juga orang tua. Bekas pegawai kerajaan. Sebagai bekas KSU dan kini merupakan
orang paling penting dalam SPR, Tan Sri tentu tahu apakah bentuk tindakan yang
sepatutnya diambil sekiranya ‘orang bawahan’ yang melakukan kesalahan yang
sebegini. Dan kini orang atasan yang melakukan ‘dosa’ yang amat besar diukur
dari segi Perkhidmatan awam kerajaan.
Alasan yang ada yang mungkin digunakan oleh Tan Sri ialah dengan
menyalahkan orang bawahan yang memberikan maklumat yang salah. Itu bukan alasan yang boleh diterima
oleh umum. Orang sekarang bukan bodoh. Umum tahu baahwa sebelum membuat
sebarang keputusan, seseorang ketua perlu membuat penelitian dengan
sehalus-halusnya. Sekiranya terdapat kesalahan selepas itu bukan orang bawahan
yang patut dipersalahkan, tetapi si ketua yang mesti dipertanggungjawabkan.
Yang menyedihkan lagi ialah ‘keangkuhan’ yang ditunjukkan oleh Tan
Sri Aziz apabila beliau menyatakan ( mengikut petikan dalam Malaysiakini ),
·
"I have
checked”
·
“There was no
electoral roll or letter that was sent to the EC”
·
“"If they
are indeed sincere about cleaning up the electoral roll, then come to the EC
and bring the electoral roll that they say contains dubious voters so the EC
can check………….”
·
“But instead,
they decide to go to the media and make inaccurate statements”
Ayat yang terakhir seolah-olah beliau menyindir YB Nurul Izzah
yang terus mengadu kepada media dan membuat lenyataan yang tidak tepat.
Sekarang telah terbukti bahawa YB Nurul Izzah yang membuat kenyataan yang betul
dan sebaliknya beliau sendiri yang membuat kenyataan yang tidak tepat.
Pengajaran yang boleh dipelajari daripada peristiwa yang amat
malang ini ialah ‘orang tua’ ( aku mengingatkan diri aku juga ) sepatutnya
jangan memandang rendah kepada orang muda atau ‘ anak-anak’ kita. ‘Orang Tua’
janganlah bersifat angkuh dan menganggap diri kita semua tahu. Janganlah
mendabik dada mengatakan ‘akulah yang dulu makan garam’. Dan janganlah menuding
jari ke arah anak-anak kita, orang muda dengan mengatakan, ‘ kamu apa tahu,
bumbun masih lembut lagi…’ Pendek kata janganlah hendaknya ‘orang tua’
memperkecilkan kebolehan anak-anak kita, orang muda.
Aku berkata begitu kerana masih ramai ‘orang tua’ yang aku
perhatikan yang masih tak sedar diri.
Seolah-olah merekalah yang pandai, cerdik, bijak, berilmu, berpengalaman luas
dan sebagainya. Seolah-olah anak-anak muda terpaksa mengikut telunjuk mereka.
Mendengar apa saja kata-kata mereka. Betul. Ada juga tempat yang orang muda
mesti mendengar nasihat orang tua-tua. Tetapi bukan bermakna semua nasihat
orang tua mesti diikuti. Dan kadang-kadang orang tua perlu juga menghormati
pandangan dan fikiran orang muda.
Mengambil iktibar dari peristiwa inilah aku rasa para pemimpin tua
( orang lama) yang sudah sekian lama menjadi wakil rakyat ( parlimen atau
negeri ) dan tidak mampu lagi memberi apa-apa sumbangan kepada negara sepatutnya
mengundurkan diri. Tidak usahlah menganggap diri itu masih diperlukan jikalau
kita sendiri merasakan sudah sampai masanya kita berundur. Zaman kita sudah
berlalu. Berilah peluang kepada anak-anak muda – anak-anak kita – yang
berkebolehan untuk memimpin negara ini , kut-kut boleh negara ini menjadi
sebuah negara maju yang boleh dibanggakan semua. Berundurlah dengan cara
terhormat……
Berbalik kepada persoalan yang berkaitan dengan Tan Sri Aziz
nasihat aku sebagai orang tua juga ialah agar jalan yang sebaik-baiknya bagi
Tan Sri Aziz ialah berundur. Letak jawatan. Itulah cara paling terhormat yang
boleh dilakukan demi menjaga marwah diri dan keluarga. Lagipun masa kita untuk
berada di dunia tidak begitu lama lagi. Sekurang-kurangnya jangan dicemari masa
tua kita dengan keadaan yang tidak sesuai bagi orang-orang tua yang sudah
semakin ‘senja’.
Ikut sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jepun. Aku petik kata-kata
Mark D.West dalam bukunya, “ Secrets, Sex, and Spectacle: The
Rules of Scandle in Japan and the United States,
“ Crisis management in Japan requires little
deliberation. Sokaiya scandal at Seibu Railway? Resignation. Financial scandal
at Nihon Keizai Shimbun? Resignation. Pro baseball team pay a college player?
Owners resign….Plane crash? The President of Japan Airlines resigned in 1895
after personally apologizing to relatives of victims and dispatching executives
to their funerals…”
Abuhassanadam
1 Mac 2013
No comments:
Post a Comment