MANIFESTO
BN TIDAK MENYENTUH WAWASAN 2020
Aku
mungkin tak perasan bila DS Najib menyebut Wawasan 2020 dalam manifesto yang
dibentangkannya. Tapi aku tak dengar langsung. Mungkin ketika dia sebut, aku
mengantuk. Mungkin.
Bila aku
belek-belek akhbar hari ini, puas aku mencari kalau-kalau ada kenyataan DS
Najib yang boleh membayangkan yang
manifesto BN ini bergerak untuk memacu negara ke arah merealisasikan Wawasan
2020. Tidak ada diseut langsung. Maknanya memang tidak disentuh langsung ler.
Jikalau
begitu manifesto BN kali ini macam menyediakan gula-gula kepada anak-anak yang
menangis. Mungkin DS Najib sudah tahu ada rakyat di Malaysia ( mungkin tak
ramai) yang sangat suka kepada gula-gula
untuk memujuknya jangan menangis. Lantas disediakan gula-gula. Lagipun untuk
menyediakan gula-gula tidak mendatangkan bebanan ;angsung kepada kerajaan.
Banyak
juga ler janji-janji yang dijanjikan oleh Barisan Nasional sekiranya mereka
dapat berkuasa semula. DS Najib menyampaikan manifestonya dengan penuh
semangat. Apatah lagi apabila disambut dengan tepuk sorak yang ‘bergemuruh’
dari penonton dan pendengar yang ‘diupah’. Mungkin! Tetapi persoalan yang
sentasa menyerang kepala aku apabila aku mengikuti ucapan pembentangan
manifesto itu ialah, mengapa kerajaan BN
tak laksanakan sekarang apa yang dihasratkannya itu. Bukankah kerajaan BN yang
meemrintah Malaysia kini. Mengapa menunggu mandat baru.
Satu
contoh yang paling ketara bagi aku ialah yang berkaitan dengan teksi. Telah
berapa lama masalah ini dideritai oleh pemandu-pemandu teksi yang rata-ratanya
golongan miskin. Aku sentiasa bertanya kepada pemandu teksi apabila aku menyewa
teksinya. Jawapan yang diterima tentulah dalam mada yang mengandungi kesedihan.
“ Teksi ini bukan kami punya encik…..kami sewa……kadang-kadang nak bayar sewa
pun tak lepas encik…..kami tak mengaharapkan nak jadi kaya encik……kalau boleh
hidup senang sikit pun cukup lah……
Itu
merupakan rintihan yang biasa kita
dengar dari mereka. Kita tahu bahawa permit teksi dimiliki oleh golongan yang
rapat dengan pihak yang boleh memberikan permit teksi. Yang memiliki permit
teksi bukan pemandu teksi. Agak pelik mendengarnya. Dan apabila pihak Pakatan
Rakyat menjanjikan yang mereka akan memberikan permit teksi hanya kepada
pemandu teksi apabila mereka memenangi pilihanraya nanti barulah pihak Barisan
Nasional mengambil langkah-langkah yang agak serupa.
Dalam
satu temuramah yang disiarkan oleh RTM pukul 1.00 tengah hari tadi aku dengar dua orang pemandu teksi
mencurahkan rasa kegembiraannya mendapat permit persendirian setelah 15 tahun
memohon permit berkenaan. Terfikir pulak aku. Mengapa setelah 15 tahun memohon
baru diluluskan permit oleh kerajaan. Selama 15 tahun katanya, mereka terpaksa
menyewa permit dari pihak-pihak tertentu. Sekiranya BN ikhlas untuk membantu
pemandu teksi mengapa baru sekarang terdetik di hati BN untuk menghulurkan
bantuan. Apakah setelah munculnya manifesto Pakatan Rakyat yang akan bertindak
memberi permit berkenaan.
Itu
yang aku persoalkan. Mengapa perlu manifesto? Selama ini mengapa tak buat? Takkanlah tak faham masalah pemandu teksi tu.
Takkanlah tak faham……
Dalam
manifesto BN tu juga macam-macam yang dijanjikan. Kadang-kadang aku lihat macam
manifesto zaman selepas merdeka pulak. Aku kata begitu sebab ada disebut
rancangan kerajaan membina jalan raya dan infrastruktur lain di Sabah dan
Sarawak. Sepatutnya kerja membina jalan raya, tali air, klinik dah lama
selesai. Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Malaysia pada 1963. Dah lima
puluh tahun. Lam ya mim alif , pa wau lam wau ha, ta alif ha wau nun. Setengah
abad. Hanya lapan tahun bezanya dengan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Takkan
lah baru sekarang nak rancang dan buat jalan. Patutlah orang Sarawak dan Sabah
marah sangat. Seolah-olah mereka dianak-tirikan. Mungkin dah buat. Tapi tak
dibuat secara besar-besaran…
Manifesto
BN yang dibentangkan oleh DS Najib tidak langsung memperkatakan sedikitpun
mengenai rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Tempoh pemerintahan kerajaan akan datang akan tamat pada tahun
2018, ia itu hanya dua tahun ke sasaran tahun 2020. Sekiranya BN serious untuk
merealisasikan Wawasan 2020, tentunya ada diselitkan rancangan yang konkrit
dalam manifesto yang dibentangkan.
Tun
Mahathir mungkin terasa terkecil hati apabila wawasan 2020 tidak dimasukkan
dalam manifesto BN yang dibentangkan kerana zaman pemerintahan beliaulah wawasn
yang dinamakan “ The Way Forward’ itu dikemukakan. Aku masih ingat lagi ucapan
Dr.Mahathir dalam satu majlis Harvard Club Dinner yang diadakan di sebuah hotel
terkemuka di Kuala Lumpur dalam tahun 1992.
Wawasan
2020 amat kurang dibincangakn samada dalam pembentangan bajet ataupun dalam
manifesto BN. Apakah hasrat dan impian Wawasan 2020 itu akan tinggal dalam
lipatan sejarah sebagai sejarah negara? Apakah pengucapan Wawasan 2020 hanya
sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sahaja. Ataupun wawasan 2020
bukan lagi tanggungjawab kerajaan yang memerintah selepas PRU 13 nanti. Ataupun
mungkinkah ramai yang memikirkan bahawa hasrat wawasan 2020 itu tidak mungkin
akan tercapai. Ataupun sudah adapun yang memikirkan bahawa sebenarnya Wawasan
2020 itu sudah pun tercapai.
Manifesto
BN sepatutnya sarat dengan hasrat jagka panjang dan jangka pendek tentang apa
yang hendak dijalankan demi memacu negara ke arah kemajuan bukan sahaja di
peringkat nasional tetapi meletak dan mengharumkan nama negara di peringkat
global. Pendek kata Manifesto BN seharusnya bersifat global sebagaimana
Manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Abuhassanadam
7
April 2013
No comments:
Post a Comment