Thursday, April 18, 2013

CALON PRU 13 - TIDAK PERLU YANG PETAH MENCARUT


CALON PRU 13 – TIDAK PERLU YANG PETAH MENCARUT…..

Aku terpinga-pinga juga apabila ada yang mengatakan bahawa debat atau ‘debate’ bukan budaya kita di Malaysia. Aku bertanya diri aku.  Ngapa pulak? Seluruh dunia menganggap debat merupakan satu kegiatan ‘mental exercise’ yang sihat, tiba-tiba kita pulak di Malaysia mengatakan debat bukan budaya kita. Bukankah pelik bunyinya. Yang mengahirankan aku lagi ialah apabila ‘ tok imam’ mengatakan yang debat itu bukan budaya kita maka ‘tok bilal” pun berteriak mengatakan debat bukan budaya kita dengan suara yang kuat dan nyaring sekali.

Oleh kerana timbul  ‘polemics’ yang panas menyebabkan aku merujuk untuk mengetahui lebih mendalam apa makna ‘debate’. Oxford Dictionary of English mengatakan bahawa ‘Debate’ adalah “a formal discussion on a particular matter in a public meeting or legislative assembly, in which opposing arguments are put forward and which usually ends with a vote…an argument about a particular subject, especially one in which many people are involved”

Ha……apa pulak salahnya berdebat…….sampai ada yang sanggup mengatakan ia bukan budaya kita.

Aku terpanggil untuk mengupas tajuk ini kerana memandangkan begitu ramai orang baru yang akan bertanding menjadi calon dalam PRU 13. Dan bagi aku kalau takut berdebat atau tidak begitu fasih berdebat, lebih baik tak usah jadi wakil rakyat atau ahli parlimen atau DUN.  Buat ‘ menghabiskan beras’ je. Jangan takut berdebat apabila sudah jadi ahli parlimen atau DUN. Dan sepatutnya calon-calon yang nak bertanding dalam PRU 13 ini seeloknya diadakan perdebatan antara mereka terlebih dahulu  supaya pengundi lebih jelas tentang hasrat dan hala tuju yang hendak dibawa mereka.

Berdebat adalah asam garam dalam kehidupan seorang wakil rakyat. Kena banyak membaca supaya isi perdebatan kita debatkan berkualiti. Ahli parlimen dipanggil juga sebagai ‘ lawmaker’ atau dalam bahasa Melayunya pembuat undang-undang. Oleh yang demikian perdebatan ‘lawmaker’ sepatutnya berkualiti dan bukan fasih untuk mencarut dan bercakap sesuatu yang berkaitan dengan seks. Dan bukan juga tujuan perdebatan di parlimen untuk menarik perhatian supaya orang ketawa. Itu pelawak namanya dan bukan ‘lawmaker’. Dan seorang ‘lawmaker’ bukan seperi berbual di kedai kopi kampung yang ‘merapu’ bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, membuang masa yang cukup berharga di parlimen. Dan tentunya persidangan parlimen amat berbeza dengan persidangan parti yang penuh dengan lawak jenaka dan gelak ketawa  walaupun isu perbincangan adalah isu serious. Bukan. Persidangan parlimen bukan begitu. Apatah lagi apabila kita mendabik dada memanggil persidangan parlimen kita sebagai persidangan bertaraf world class.

Menghadhirkan diri di parlimen bukan untuk memanaskan kerusi dan mahu dipanggil Yang Berhormat. Menjadi ahli parlimen bukan untuk mencari jalan ringkas mengkayakan diri dengan mencari projek-projek melalui proses ‘ bergesel bahu’ dengan menteri-menteri. Seharus tidaklah menjadi hasrat ahli parlimen untuk ‘mengejar’ gelaran Dato’ atau Dato’ Seri menerusi jalan mudah. Menjadi ahli parlimen dalam erti kata yang sebenar-benarnya bukan kerja mudah. Tidak berbaloi berbanding dengan elaun yang diperolehi. Hanaya tokoh yang betul-betul berminat untuk memajukan bangsa dan negara sahaja yang layak untuk menjadi ahli parlimen. Ringkasnya jangan kecewakan harapan pengundi yang mengundi.

Tokoh-tokoh muda yang diberikan kepercayaan dan harapan untuk menjadi calon PRU 13 septutnya peka dengan persiapan yang harus disediakan oleh mereka untuk menempuh alam baru- ahli parlimen. Bakal ahli parlimen atau Dewan Undangan Negeri harus dibekalkan dengan harapan dan tuntutan rakyat. Antaranya calon-calon PRU 13 harus sedar bahawa

·      Anda merupakan generasi baru wakil rakyat yang sanggup menganjakan paradigma dan meletakkan diri mereka jauh berbeza dengan keadaan wakil rakyat Kurun ke 20.
·      Anda adalah ‘ lawmaker’ atau ‘legislator’. Anda adalah golongan pembuat undang-undang dan meluluskan undang-undang yang akan enentukan jatuh bagunnya negara. Dengan demikian anda perlu melengkapkan diri dengan berbagai ilmu dan maklumat untuk menjadikan diri anda sebagai ‘legislator’ yang berwibawa. Anda bukan sebagai pelawak atau kaki mencarut yang tujuan anda berada di parliemen untuk menimbulkan gelak ketawa majlis. Sekiranya anda berkeadaan demikian tempat anda yang lebih sesuai ialah sebagai calon ‘Raja Lawak’.
·      Anda bukan lagi diperlukan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan negara Malaysia saja tetapi anda perlu membincangkan juga hubungan antara negara Malaysia dengan negara dunia yang lain. Dan mungkin anda diperlukan untuk memberikan pandangan dan pendapat di arena antarabangsa. Lantas kebolehan berdebat dan kepetahan menyampaikan hujah adalah sangat-sangat diperlukan juga.
·      Sehubungan dengan soal penglibatan anda di arena antarabangsa, maka kebolehan bertutur dalam bahasa inggeris adalah satu keperluan dan kemestian walaupun ada yang mengatakan itu bukan suatu kemestian. Tanyalah siapa pun yang pernah berkhidmat di luar negara, tetap akan mengatakan bahawa penguasaan dan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang  menguntungkan. Oleh yang demikian, Calon PRU 13 yang belum begitu mahir berbahasa Inggeris eloklah menyediakan diri dengan kemahiran berkenaan.
·      Anda perlu ingat bahawa anda adalah peneraju Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk direalisasikan.

Tugas anda ( sekiranya menang dalam PRU 13 ) adalah amat berat. Apatah lagi harapan rakyat kepada anda , terutamanya kepada golongan muda. Pada anda diletakkan harapan untuk meletakkan semula negara Malaysia  di tahap yang sudah sepatutnya kita berada. Sudah lama sepatutnya kita berada di tahap itu. Sudah lama kita sudah berdiri sama tinggi dan duduk sam rendah dengan negara-negara aeperti Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea, Singapura.

Perahu sudah di air, pengayuh berada ditangan, kayuhlah………

Abuhassanadam
18 April 2013

No comments:

Post a Comment