DEGREE PALSU MENGHASILKAN MP PALSU
Bismarck
buat macam tu juga dulu untuk mencapai maksud. Jadi kalau calon-calon PRU 13
memalsukan dokumen, maknanya mereka ‘ikut’ Bismarck. Ini yang dikatakan
‘Realpolitik’. Sanggup berbuat apa saja demi untuk menang dalam PRU 13. Pada awal
1870an Bismarck telah menggunakan berbagai cara penipuan, pemalsuan dokumen,
ugutan, pembunuhan dan apa saja yang termampu untuk dilakukaknnya demi untuk
mencapai cita-citanya menyatukan negeri Jerman. Dia berjaya dengan cara itu.
Kini
dalam PRU 13 juga amalan ‘Realpolitik’ yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli
melalui buku ‘ The Prince’ nya itu cuba dilaksanakan. Penipuan degree demi
untuk dapat dipilih menjadi calon. Belum tentu lagi akan memenangi PRU 13. Dan
sekiranya betul dan tepat berita yang berkaitan maknanya ada usaha yang
berleluasa untuk mengabui mata pengundi dengan mengemukakan ijazah palsu.
Aku
rasa negara kita sudah berada diperingkat cukup teruk. Walaupun berita ini
belum lagi dapat disahkan kesahihannya tetapi kalau kita memakai peribahasa
Melayu yang berbunyi, ‘ sekiranya tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang”
atau pun kata orang putih, ‘ there is no smoke without fire.” maka
sekurang-kurangnya kes dan
tuduhan sebegini perlu disiasat. Secara kebetulan pulak yang cuba
mengamalkan ‘amalan Bismarck’ itu adalah calon-calon dari Parti BN. Dan
semestinya disiasat secara terperinci oleh pucak pimpinan BN.
Alangkah
rendahnya akhlak calon yang sanggup menipu demi untuk bertanding dalam PRU 13. Aku harap berita ini
sahih. Yang menjadi calon dalam PRU 13
adalah dipilih daripada beberapa individu yang dikira layak jadi pemimpin dari
satu-satu kawasan pilihanraya. Disebabkan mempunyai kriteria sebagai pemimpin
maka dipilihlah dia untuk menjadi calon PRU 13. Bagaimana sekiranya terbukti sahih tuduhan itu dan
calon itu kebetulan menang pula dalam PRU 13, maka rakyat di kawasan itu
berketuakan seorang penipu, pencuri, penyamun dan berbagai-bagai tuduhan lain
yang boleh dilemparkan ke atasnya. MP palsu.
Menipu
sijil atau degree bukan perkara baru. Lumrah berlaku di Malaysia. Di
Malaysiapun telah banyak kali berlaku penipuan seperti ini. Bukan sahaja
penipuan First Degree tetapi penipuan degree Phd. Cuma tidak dihebuhkan. Ramai
yang aku dengar ‘pelajar-pelajar’ dari Malaysia yang memperolehi degree Phd
dari university-university di Amerika Syarikat. dan dari tempat-tempat lain.
Serupa juga yang mendapat gelaran ‘Datuk” dari Sulu, Mindanao. Ramai yang dapat
‘Datuk”.Boleh dibeli agaknya….
Ramai
juga yang aku dengar ‘pelajar-pelajar’ Malaysia yang thesis Phd nya ditulis
oleh orang lain. Ramai orang tak tahu tentang hali ini. Tetapi tidakkah rakyat
sedar dan perasan tentang beberapa ‘kebodohan’ yang dipamerkan oleh pemilik Phd
itu. Tidakkah rakyat sedar bahawa pemilik Phd ( yang dikenalinya itu ) dulunya
hanya berkelulusan LCE ( Lower Certificate of Education ) sahaja. Bila pulak dia belajar sehingga boleh
mencapai ke tahap yang begitu tinggi. Phd. Jangan main…..
Aku
nak menyimpang sikit. Zaman dulu-dulu apabila seseorang itu memiliki ijazah Phd
adalah terdiri dari bukan calang-calang orang. Tahun 60an tidak ramai orang
Melayu yang memiliki ijazah sedemikian. Kejayaan TS Awang Had Salleh dan Atan
Long memeperolehi ijazah Phd menjadi topik bualan seluruh Malaysia. Diceritakan
bagaimana anak Melayu yang hanya berpendidikan Melayu tetapi disebabkan
keigihannya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Menjadi rangsangan pulak pada anak-anak muda Melayu untuk mengikut jejak
langkah tokoh-tokoh ini. TS Awang Had Salleh memperoleh ijazah Phd nya dari
University Stanford, USA. (Kena sebut juga University Standford tu, kerana
kebetulan aku juga tamat ‘mengaji’ di situ).
Dan
mereka ini betul-betul menunjukkan ketokohan mereka sebagai pemilik ijazah Phd.
Menjadi pakar rujuk. Beratus kertas kerja ditulis mereka untuk dibentangkan di
dalam dan luar negara. Bukan itu saja mereka juga menghasilkan buku. Fikiran
mereka sentiasa dirujuk. Ungku Aziz misalnya selalu dirujuk untuk mendapatkan
pandangan dari segi ekonomi. Idea beliau lah tertubuhnya Lembaga Urusan dan
Tabung Haji’ Dari idea beliau rakyat Malaysia dapat ‘menumpang’ sumbangan yang
diberikannya.
Kini terlalu
ramai anak-anak kita yang memiliki ijazah Phd. Bagus ler. Itu menunjukkan
kemajuan yang begitu pesat kesan dari pengenalan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ).
Yang menjadi persoalan aku ialah kebanyakan pemilik ijazah Phd ini tidak
menunjukkan ketokohan sebagai pemilik Phd dalam erti kata yang
sebenar-benarnya. Fikiran yang dikeluarkan oleh mereka kelihatan dangkal, tidak
membayangkan pandangan seorang yang berijazah Phd. Yang paling menyedihkan lagi
ialah kebanyakan yang memiliki ijazah sedemikian hanya boleh berbincang terhad
kepada bidang yang dikajinya sahaja. Tidak boleh berbincang mengenai topik semasa.
Dan yang amat menyedihakan lagi ialah mereka kurang membaca. Dapat dilihat
daripada pengucapan dan penyampaian yang mereka berikan.
Dan
terdapat juga yang memberikan pendapat yang langsung tidak masuk akal. Tidak
hairanlah mereka digelar ‘Professor Kangkung’. Bukan semua…
Apabila
telah diceritakan tentang adanya calon-calon yang telah menipu tentang
kelulusan yang diperolehnya, maka adalah menjadi tanggungjawab pengundi pulak
untuk menentukan dan ‘menjatuhkan’ hukuman terhadap mereka. Tak susah. Satu pangkah
( yang mengambil masa hanya beberapa saat sahaja) boleh menamatkan ‘ riwayat’
mereka. Kita tidak mahu lagi adanya golongan yang cuba menipu kita dengan cara
sedemikian. Sebenarnya cara sebegini menguji kecerdikan kita sebagai pengundi.
Mereka cuba memperbodoh-bodohkan kita. Percayalah. Mereka akan ketawa
berdekah-dekah mentertawakan kebodohan kita sekiranya mereka terlepas dan
berjaya bergelar YB!....Dan selepas setahun bergelar Dato’ pulak….
Pihak
yang tertuduh atau pun merasa ragu-ragu yang diri telah tertuduh seharusnya
mengemukakan bukti yang mereka sebenarnya memiliki ijazah dari universiti yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Aku terpinga-pinga juga apabila dinyatakan
tentang university tempat mereka belajar. Jarang aku dengar sedangkan aku belajar
di USA juga dulu.. Jadi ‘Penghulu” di United Kingdom pula, jaga student. Tak
pernah pulak aku dengar nama university
berkenaan.
Koman
benarlah aku ini gamaknya……..
Abuhassanadam
19
April 2013
saya setuju. Tahap intellectual Phd holder dulu dan sekarang adalah berbeza. Dan, saya akui ramai pelajar Phd/Master, sanggup membayar orang lain untuk menyiapkan thesisnya (pengalaman sebahagian sahabat saya)
ReplyDelete