PROSES PEMBODOHAN –
MENGAPA KITA RELA DIPERBODOHKAN?
Sebenarnya
aku dah meluat membincangkan persoalan perkauman Melayu, Cina, India. Tapi tak
boleh nak elak. Masih ada lagi yang menyentuh isu perkauman ini. Yang sentiasa
mempersoalkan hal sebegini ialah ahli UMNO. Aku kena berterus terang. Mereka (
kawan-kawan aku juga ) yang selalu mempersoalkan apa akan jadi jikalau dalam
PRU 13 nanti BN kalah. Habis lah Melayu
kata mereka. Kata mereka lagi, “ Malaysia akan diperintah oleh Cina…” . Yang
peliknya orang India mereka tak sebut. Agaknya disebabakan oleh bilangan
penduduk India tidak ramai maka kaum India tidak menggugat kedudukan orang
Melayu.
Kali
ini aku mahu meletakkan diri aku sebagai orang Melayu totok yang bersifat
perkauman. Orang Melayu yang tidak pernah bergaul dan tidak pernah terdedah
dengan kaum lain di Malaysia – Cina atau India. Aku nak letakkan diri aku
sebagai manusia yang tidak tahu apa itu Bangsa Malaysia. Yang aku tahu ialah
UMNO. Wakil rakyat UMNO. Menteri UMNO, Perdana Menteri UMNO. Jadi aku cukup
bimbang kalau negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana akan hilanglah
apa saja yang berbau UMNO.
Disamping
itu aku ingin juga menyorot perkembangan sejarah Malaysia bermula dari zaman
kerajaan Melayu Melaka sehinggalah tercapai kemerdekaan. Tentunya berkait rapat
dengan persoalan, “ Habislah orang Melayu sekiranya Pakatan Rakyat menang dan
negara akan diperintah oleh DAP – orang Cina “
·
1511, kerjaan Melayu Melaka yang mencapai
tahap kegemilangannya pada Kurun ke 14 dan 15 telah jatuh ke tangan Portugis yang
menyebabkan Sultan melaka lintang pukang melarikan diri dari satu negeri ke
negeri lain. Berpindah randah. Soalan bodoh aku ialah, “ apakah jatuhnya
kerajaan Melaka itu dsebabkan oleh Pakatan Rakyat atau DAP atau disebabkan oleh
orang Cina atau disebabkan oleh orang India yang belot.
·
Dulu Singapura (Temasik ) adalah kepunyaan kesultanan Johor.
Berpindah tangan ke tangan British (Raffles) pada tahun 1819. Soalan bodoh aku
lagi, “ apakah terlepasnya Singapura dari tangan Sultan Johor itu disebabkan
oleh kemenangan Pakatan Rakyat dan DAP?
·
1874, tertandatangannya Perjanjian Pangkor
di Perak. Negeri aku tu.Aku tak mahu ceritakan bagaimana Perak boleh terlepas
ke tangan British. Nak tahu carilah sendiri. Cuma aku nak tanya soalan bodoh lagi.
“ Aapakah disebabkan kemenangan Pakatan Rakyat dan DAP menyebabkan negri
kesayangan datuk nenek aku itu terlepas ke tangan British.
·
Lepas itu satu demi satu negeri-negeri
Melayu berpindah ke tangan British atas beberapa sebab. Carilah sendiri
sebab-sebabnya. “Ngeropeh ler sikit” ( loghat Perak). Cuma yang aku nak soal
lagi ialah apakah kemenangan Pakatan Rakyat dan DAP yang menyebabkan kesemua
negeri-negeri Melayu terlepas ke tangan British. Maknanya dijajah oleh kuasa
asing.
·
Tahun 1965, Singapura yang sudah berada
dalam tangan kita, dalam Malaysia pun terlepas juga. Mengapa? Pastinnya bukan
disebabkan kemenangan Pakatan Rakyat dan DAP.
Memang
ler nampak sangat kebodohan aku mengutarakan fakta-fakta sedemikian. Memang
bodoh. Tetapi kenyataan sebegini perlu juga untuk membuat kita berfikir secara
seious dan rasional. Dan boleh juga membuat kita berfikir bahawa terlepasnya
negara kita ke tangan orang lain disebabkan banyak faktor. Dan lagi pun
janganlah kita sentiasa menyalahkan orang lain yang menyebabkan kita kehilangan
negara dan bangsa.
Kini
setelah 50 lebih Merdeka, orang Melayu belum lagi dapat menguasai ekonomi
negara Malaysia. Ekonomi negara dipegang oleh orang Cina. Salah siapa?. Kita
dah merdeka selama 50 tahun lebih. Diperintah oleh orang Melayu. Tak pernah
lagi ada Perdana Menteri bukan Melayu di Malaysia sehingga sekarang. Mengapa
orang Melayu masih tidak mencapai kemajuan yang sepatutnya. Mengapa masih ada
orang Melayu yang ‘memekik dan melalak’ menyalahkan orang lain yang menyebabkan
dirinya papa kedana.
Yang
anihnya orang Melayu yang ‘ memekik dan melalak ‘ ke sana ke mari itulah yang
mengatakan negara ini akan terlepas kepada DAP ( Cina) sekiranya Pakatan Rakyat
menang dalam PRU 13. Merekalah golongan yang menjalankan ‘proses pembodohan’
itu. Yang peliknya pulak ramai juga orang Melayu yang setuju dan akur dengan
saranannya. Termasuklah golongan cerdik pandai yang mempunyai ijazah berjela
dari luar negara.
Sebelum
ini, dalam rencana sebelumnya aku memang malas betul membincangkan isu
perkauman ni. Dah lapuk. Kita perlu bergerak kehadapan. Perlu maju. Perlu
memupunyai semangat juang dan bersedia untuk ‘ bertanding’ dengan kaum-kaum
lain dalam semua lapangan. Secara sihat. Untuk maju. Bukan untuk bergaduh………..
Kita bukannya bangsa yang lemah longlai. Datuk
nenek kita dulu memang manusia gagah perkasa.. Keturunan kita mampu menentang
penjajah, walaupun mereka tahu mereka akan kalah. Semangat mereka tidak luntur
seperti golongan yang ‘memekik dan melalak’ tak tentu arah seperti yang
terdapat pada hari ini. Mereka tidak menyalahkan orang lain. Mereka bukan
‘parasit’, sentiasa mengharapkan ikhsan orang lain.
·
Bukan salah Dato Maharajalela, negeri Perak
terlepas ke tangan British.
·
Bukan salah Dato Bahaman dan Mat Kilau,
negeri Pahang diserahkan kepada British.
·
Bukan salah Haji Abdul Rahman Limbung,
negeri Terengganu berpindah tangan kepada British.
·
Bukan salah Tok Janggut,negeri Kelantan
ditawan oleh British.
Oleh
itu orang muda yang telah menyerahkan diri kepada negara untuk menjadi Calon
PRU 13 hendaklah berjanji akan membina negara ini dalam acuan yang telah
ditetapkan. Wujudkan sebuah bangsa Malaysia yang kuat dan tegap tanpa mengira
kaum dan agama. Inilah tekad yang perlu anda semaikan. Persetankan kepada golongan
yang ‘memekik dan melalak’ itu. Tidak akan sampai ke mana perjuangan mereka.
Melayu,
Cina, India, Iban, Kadazan dll adalah KITA ( BANGSA MALAYSIA).
Abuhassanadam
21
April 2013
No comments:
Post a Comment