GANDINGAN RAFIZI DAN NURUL IZZAH
Pakatan
Rakyat dapat memenuhi selera dan kehendak orang muda apabila dapat menyediakan
calon-calon yang seangkatan dengan mereka. Sehingga artikel ini ditulis samada
PKR atau PAS atau DAP sedar bahwa orang muda yang merupakan golongan pengundi
terbanyak mengharapkan calon-calon mereka terdiri dari orang muda. Lantas
calon-calon mudalah yang diketengahkan.
Mendahului
senarai ini tentulah Nurul Izzah yang mendapat jolokan sebagai Puteri
Reformasi. Liku-liku hidup yang dilaluinya, terutama apabila memperjuangkan
kebenaran bapanya amat mendewasakan beliau. Apatah lagi apabila beliau sememangnya hidup dan
‘bergelumang’ dalam suasana politik yang diwarnai oleh ibu dan bapanya. Nurul
berjaya menewaskan DS Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia ( yang ketika
itu belum lagi terpalit dengan skandal lembu!) yang juga wakil rakyat kawasan
Lembah Pantai selama beberapa penggal. Mungkin pada ketika beliau memenangi
kerusi berkenaan Nurul hanya berumur dalam lingkungan akhir-akhir dua puluhan.
DS
Shahrizat Jalil juga mempopularkan Rafizi. Jikalau tidak disebabkan oleh kisah
‘lembu’ yang dedahkan oleh Rafizi mungkin beliau tidak begitu terkenal di arena
politik di Malaysia. Sebenarnya aku mula mengenali Rafizi ketika dia masih
‘anak-anak’ ketika belajar di United Kingdom. Ketika itu bakatnya amat menonjol ketika bersama-sama dengan
Allahyarham Adlan Benan bin Omar menerajui United Kingdom Eksekutif Council (
UKEC).
Aku
mengambil kesempatan di sini untuk menceritakan serba sedikit kisah Allahyarham
Adlan Benan bin Omar manusia yang aku anggap luar biasa bijaknya. Pertama kali
aku bertemu dengan Arwah ( ketika bertugas sebagai Pengarah Malaysian Student
Department, United Kingdom dan Eire ) aku dapat mengesan bakat besar yang
dimilikinya. Apatah lagi Adlan adalah seorang pelajar University Cambridge yang
banyak mengondol berbagai hadiah daripada university tempat dia belajar.
Selepas beberapa bulan berkecimpung dengannya, hati kecilku berbisik, “ baru
aku jumpa ‘manusia’ yang akan mengambil tempat Anwar Ibrahim sekiranya Anwar
sudah tiada nanti).
Tapi
rupanya kita hanya boleh merancang dan Allah juga yang menentukan. Adlan Benan
bin Omar menghembuskan nafas dalam usia yang sangat muda, 29 tahun. Bagi aku
kehilangan Adlan adalah seperti kehilangan sebiji bintang yang aku harapkan
akan menerangi alam Malaysia dan dunia. Sebelum dia menghembuskan nafas
terakhirnya, kami selalu berhubung dan berbincang. Walaupun pemikiran beliau
sudah begitu matang dalam usia yang sedemikian, namun arwah masih merujuk
sesuatu kepada aku, terutama yang berkaitan dengan hal-hal yang belum
dilaluinya. Aku tangisi kematiannya. Semga Allah mencucuri rahmat ke atas
rohnya. Amin.
Ketika
dia masih sihat aku selalu bertanya beliau siapakah orang harapannya. Sepuluh kali
aku bertanya pada Arwah Adlan Benan tentang hal itu jawapannya ialah Rafizi
Ramli. Seratus kali aku tanya dia siapa yang layak jadi penggantinya . Jawabnya
Rafizi. Begitu yakin dia tentang kebolehan dan bakat kepimpinan yang dimiliki
Rafizi. Banyak lagi yang dijelaskan kepada aku mengapa dia memilih Rafizi
sebagai penggantinya dalam UKEC. Tak payahlah aku nak cerita kesemuanya.
Carilah sendiri.
Aku
mohon maaf kerana agak tersasar perbincangan aku. Aku agak emosional apabila
mengenangkan kisah arwah. Pasti Rafizi juga akan terusik apabila menyentuh
tentang arwah. Dan seingat aku, Raflzilah yang menelipon aku pada suatu pagi
memberitahu aku yang “ Ben ( nama glamournya) dah tak ada”…..
Kini
Rafizi memikul tugas yang amat berat. Bukan sahaja memenuhi hasrat arwah tetapi
aku yakin juga seluruh pemuda di Malaysia amat mengharapkan agar Rafizi dapat
menggalas tugas yang berat ini untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju
jika diberikan peluang oleh rakyat Pandan. Dan Rafizi agak bertuah kerana
mendapat gandingan Nurul Izzah, seorang pemimpin muda yang juga
diharap-harapkan oleh rakyat untuk memimpin negara ini. Mereka beruntung pula
kerana sentiasa mendapat bimbingan dan nasihat dari DS Anwar Ibrahim.
Sebagaimana
yang aku tegaskan pada awal rencana ini, seolah-olah Pakatan Rakyat tahu selera orang muda di Malaysia kini.
Mereka tahu selera orang muda kini ( yang juga dipanggil Gen Y, yang lahir pada
tahun-tahun 1980 dan 2000 ). Mereka tahu pemikiran dan hasrat yang ada pada
orang muda. Bukan pula bermakna yang
GenY tidak suka pada orang tua, tetapi tentulah mereka berasa selesa
bersama dengan orang yang seangkatan dengannya. Ataupun orang tua yang ‘sezaman’
dengam mereka.
Di
sinilah aku rasa BN mengahadapi masalah mencari calon. Aku agak je. Kebanyakan
wakil-wakil rakyat yang ada sekarang ( kebanyakannya) sudah tidak sesuai berada
dalam acuan Kurun ke 21. Maksud aku jika ditinjau dari beberapa segi. Aku tidak
bermaksud bahawa orang yang berumur dan berusia tidak layak menjadi calon. Yang
aku maksudkan ialah ‘tokoh’ lama yang sudah tidak sesuai dengan keadaan kini,
dengan ‘ dunia orang muda’. Orang tua yang tidak ikut ‘ sekali air bah dan
sekali pasir berubah’
Kadang-kadang
kita ‘perasan’ merasakan kita amat sesuai dengan keadaan kini. Dunia kini.
Orang muda kini. Tetapi pada hakikatnya orang tua sudah ‘obselete’. Dengan
sebab itulah DS Najib selalu menyebut tentang ‘ winnable candidates’. Maksudnya
ialah calon yang boleh memacu negara ke arah yang lebih bermakna sesuai dengan
keadaan kurun ke 21 sekiranya BN berjaya dalam PRU 13. Beliau tidak mahu
menyatakan yang kebanyakan calon BN sekarang sudah tidak sesuai. Takut kecil
hati. Tapi kebanyakan calon pula merasakan bahawa mereka masih diperlukan oleh
pengundi-pengundi. Mungkin syok sendiri.
Aku
masih teringat kata-kata Lester
Thurow dalam bukunya, “ HEAD to HEAD’ mengenai Margaret Thatcher. Secara
kebetulan mendiang menghebuskan nafas terakhirnya semalam. Lester ada
mengatakan, “ In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher
lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that she would.
She lost her job because she insisted on palying the old twentieth-century
economic game. She simply would not recognize that the world had changed and
that she would have to change with it. She would not play the twenty-first
century’s economic game”
Ini yang ditakuti
kalau-kalau negara ini jatuh ke tangan pemimpin yang tidak sesuai berada
dalam Kurun ke21.
Abuhassanadam
9 Mac 2013
No comments:
Post a Comment