Wednesday, April 17, 2013

IMEJ BN (UMNO) AMAT TERCALAR


IMEJ BN  ( UMNO) AMAT TERCALAR

Walaupun berbagai ikhtiar dilakukan oleh pihak BN untuk menukar wajahnya daripada wajah yang berimej negatif kepada yang berwajah positif, namun usaha sedemikian tidak banyak mendatangkan hasil. Terlalu sukar misalnya menukar imej ‘orang kaya’ kepada imej ‘orang miskin’. Persepsi rakyat tentang BN sebagai parti orang kaya tetap tidak boleh dihilangkan. Inilah yang merunsingkan setiap ‘watak’ yang ‘berlakon’ dalam drama ‘PRU 13’ ini. Bagaimana nak menghilangkan imej sebagai ‘orang kaya” supaya rakyat menaruh ‘simpati’ terhadap ‘nasib’ mereka yang ‘malang’ itu.

Memang sukar. Sebab sememangnya setiap calon BN yang bertanding dalam PRU 13 nanti sememangnya orang kaya. ‘Bermillion-million’. Meminjam kata-kata  Allahyarham  Tun Ghaffar Baba. Berbanding dengan calon parti-parti Pakatan Rakyat amat jauh bezanya. Seperti langit dengan bumi. Macam cerita ‘ The Prince and The Pauper”.

Namun begitu Pakatan Rakyat ‘ memberanikan diri’ juga bertanding. Walaupun dalam keadaan yang ‘papa kedana’ Pakatan Rakyat masih mengemukakan calon untuk menentang calon BN yang gagah dan perkasa, yang tidak ada tolak banding kekuatannya dari segi wang ringgit yang dimiliki oleh mereka. Namun begitu Pakatan Rakyat sedar bahawa bukan ringgit yang diperlukan olah rakyat, tetapi kejujuran, pembelaan, kasih sayang, simpati dan yang lebih penting lagi ialah semangat ingin menolong rakyat tanpa mengira kaum sekiranya diberikan peluang menduduki Putrajaya nanti.

Rakyat tahu dan sedar bahawa BN semacam tidak adil kepada Pakatan Rakyat dalam banyak segi. Lihat saja ‘kezaliman’ yang dilakukan oleh BN dari segi pembentangan manifesto melalui TV. Pakatan Rakyat hanya diperuntukan 10 minit sahaja bagi pembentangan itu tetapi pihak BN mengadakan pembentangan manifestonya secara ‘LIVE”!. Apakah ini  adil namanya.Pakatan Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya menyerahkan kepada Allah kerana Allah sahaja yang boleh menggerakkan hati-hati manusia untuk menghukum manusia yang berlaku zalim.

Rakyat dapat melihat bagaimana BN ‘mencurahkan’ wangnya berhabis-habisan untuk memenangi PRU 13 nanti. Rakyat tidak buta untuk melihat  bagaimana TV dan suratkhabar digembelingkan untuk menentang Pakatan Rakyat habis-habisan. Rakya kini bukan seperti rakyat Malaysia 50 tahun dahulu. Mereka tahu membezakannya. Dan apabila mereka menonton ( ramai yang sudah tidak menonton ! ) berita melalui TV, mereka terasa mereka diperbodohkan. Mereka terasa kecil hati diperlakukan begitu.

Sebentar tadi aku lihat bagaimana pucuk pimpinan BN memperkenalkan calon-calonnya yang akan bertanding pada PRU 13 nanti. Dengan menyiarkan gambar sekali. Sedangkan calon-calon Pakatan Rakyat, jangankan nak disiarkan gambar, nama dan tempat bertanding  pun tidak dinnyatakan. Apakah ini bukan zalim namanya. Rakyat amat sedar bahawa RTM adalah milik kerajaan tetapi bukan milik BN. Apakah pihak berkuasa dalam hal ini tidak menyedari hakikat sedemikian. Hancur luluh perasaan rakyat melihat keadaan sedemikian…Dan kesannya ialah imej BN akan tercalar di hati pengundi…

Pada ketika inilah rakyat yang tertindas akan menyedarkan diri mereka semula mengingati berbagai peristiwa yang mengguris hati apabila berurusan dengan pihak-pihak tertentu yang memegang kuasa ketika BN berkuasa. Rakyat masih ingat bagaimana ia dihina dan diperkecilkan oleh pegawai yang bekerja disebuah pejabat menteri ketika beliau memohon biasiswa untuk anaknya belajar disebuah pusat pengajian tinggi. Beliau sedar bahawa anaknya sememangnya layak untuk mendapatkan biasiswa berkenaan tetapi disebabkan ketiadaan ‘orang dalam’ menyebabkan permohonannya ditolak dengan iringan ‘kata-kata nista’ yang tidak sedap telinga mendengar. Rakyat yang pernah terhina amat sedar akan penghinaan yang pernah diterimanya. Dan yang anihnya pada waktu PRU sebeginilah kesedaran itu memuncak….

Persepsi rakyat terhadap BN terus tercalar…..

Pada 15 April 2013, YB Nurul Izzah telah mengemukakan surat aduan kepada Datuk Bandar kuala Lumpur bekenaan percubaan untuk mencabut 16,000 bendera pelbagai warna di bulatan Taman Lucky, Bangsar. Apakah pekerja Bandaraya yang mencabut bendera-bendera itu tidak ‘berhati perut’ yang perbuatan mereka itu akan menimbulkan kemarahan rakyat terbanyak yang akan mengundi di kawasan Lembah Pantai. Kesannya adalah kepada calon BN yang akan bertanding di Lembah pantai yang juga secara kebetulan adalah Datuk bandar Kuala Lumpur. Rakyat pasti akan menuding jari ke arah Datuk Bandar sebagai phak yang bertanggungjawab mengarahkan perbuatan sedemikian.

Satu perkara yang perlu dinyatakan disini juga ialah dalam masa berkempen PRU 13 nanti kita akan melihat bagaimana calon-calon BN akan cuba mempamerkan imej sebagai orang yang sederhana hidup dengan memakai pakaian lama yang agak lusuh, berkereta proton yang agak lanjut usianya dan berbagai-bagai lagi yang boleh meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka. Mereka sudah silap. Mereka ingat rakyat masih berada dalam tahun-tahun 50an atau 60an.

Rakyat tahu dan sedar bahawa calon-calon sedemikian sedang menipu dan memperbodohkan mereka dengan mempamerkan imej sedemikian. Rakyat tahu bahawa mereka jadi kaya raya bukan dari titik peluh yang halal. Rakyat tahu. Cuma rakyat tidak berani menuduh kerana tidak ada bukti konkrit. Tapi rakyat tahu. Rakyat boleh meneka dari mana punca perolehannya.

Persepsi rakyat yang sebeginilah yang menyukarkan calon-calon BN untuk menang dalam PRU 13 nanti. Dan persepsi sebgini bukan mudah untuk dilenyapkan dari fikiran dan perasaan pengundi-pengundi. Malah ramai yang merasa meluat  melihat  gelagat setengah pemimpin BN (UMNO khususnya )apabila berada di khalayak ramai. Seolah-olah merekalah yang hebat berbanding dengan orang lain.

Sebenarnya Imej  BN ( UMNO khususnya )  amat tercalar……

Abuhassanadam
17 April 2013

No comments:

Post a Comment