Tuesday, April 9, 2013

MAHATHIR ANTARA PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU


 MAHATHIR  ANTARA PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU

Aku betul-betul terpanggil untuk menulis artikel ini selepas membaca artikel oleh Tun Dr. Mahathir dalam Malaysia Chroncles yang berjodol, “ Anwar’s fate by Dr M: He had cheated me and Umno. Memang begitu berat hati ku untuk menulis artikel sedemikian.

Bukankah telah aku tuliskan daalam beberapa artikel  bahawa sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an kebanyakan artikel yang aku tulis dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian / Berita Minggu ( kadang Utusan? Mingguan Malaysia ) adalah mengenai dua orang tokoh ini. Dan kebetulan pula mereka berdua adalah pemimpin kerajaan yang berwibawa. Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan DS Anwar Ibrahim adalah sebagai Menteri Pelajaran dan kemudiannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Keadaan mereka berdua ketika itu adalah seperti isi dengan kuku dan seperti aur dengan tebing, kata peribahasa Melayu. Memang rapat. Memang betul-betul ngam….

Rata-rata orang Melayu amat gembira melihatkan gandingan mantap Mahathir -Anwar pada ketika itu. Ketika diadakan persidangan UMNO sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an merupakan satu pesta tahunan bukan sahaja bagi ahli UMNO tetapi bagi orang Melayu umumnya yang datang dari jauh dan dekat, dari Perlis sampai ke Sabah untuk datang dan bertemu muka sambil mendengar ucapan pemimpin UMNO yang sentiasa diselitkan dengan lawak jenaka yang merupakan halwa telinga para perwakilan dan pemerhati pada ketika itu. Dan yang paling ditunggu-tunggu oleh para perwakilan dan pemerhati ialah ucapan penggulungan oleh DS Anwar Ibrahim dan Dr. mahathir Muhammad.

Secara peribadi aku katakan  pada  ketika itu aku amat gembira melihatkan suasana politik yang terjelma di tanah air. Perpaduan orang Melayu yang mantap dibawah payung UMNO yang dipimpin oleh dua orang pemimpin ulung. Keadaan sedemikian tidak wujud lagi kini. Malah keadaan sebaliknya yang wujud yang melukakan hatiorang Melayu. Aku yakin tidak ada siapa yang boleh menyangkal kenyataan ini.

Perpaduan orang Melayu mulai retak dan belah selepas DS Anwar Ibrahim ditangkap, dimalukan, dipukul, disiksa, dilucutkan keahliannya dalam UMNO dan dituduh dengan suatu tuduhan yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu yang berfikrian waras – meliwat. Tidak pernah dilihat sebelum ini oleh orang Melayu suatu penghinaan sedemikian yang dikenakan ke atas seorang pemimpin bertaraf Timbalan Perdana Menteri.

Kini telah muncul pula satu pengakuan oleh bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar yang mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat I). Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)”
Mungkin juga Dr. Mahathir tidak terfikir bahawa kesan ke atas penghinaan ke atas DS Anwar Ibrahim itu begitu mendalam di hati orang Melayu sehingga kini.
·      Orang UMNO mula berpecah, terbahagi kepada dua. Satu memihak kepada Dr. Mahathir dan satu pihak memihak kepada DS Anwar Ibrahim..
·      Perpecahan dalam UMNO bermakna juga perpecahan orang Melayu, kerana orang Melayu ramai yang menganggotai UMNO pada ketika dan menganggap UMNO itu betul-betul mmeperjuangkan orang Melayu.
·      Orang Melayu betul-betul dalam dilemma. Mereka sayangkan kedua-dua pemimpin – Mahathir dan Anwar. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang memaksa mereka menentukan sikap, maka dengan berat hati mereka terpaksa mengambil sikap memihak. Ada yang memihak kepada Anwar dan begitu juga yang memihak kepada Dr. Mahathir. Bermulanya perpecahan orang Melayu.
·      Yang memikirkan tentang ‘periok nasi’ mahu tak mahu, dengan berat hati ahli-ahli UMNO terpaksa ‘ meninggalkan ‘ Anwar dan menjadi pengikut taat setia kepada Dr.Mahathir, walaupun dalam hati dan perasaan mereka sentiasa mengatakan bahawa ‘ Anwar tidak bersalah…”

Persidangan UMNO selepas tahun 1998 tidaklah semeriah persidangan sebelumnya. Orang Melayu telah berpecah. Ahli UMNO yang menyokong Anwar sudah tidak lagi berminat untuk menghadhiri persidangan UMNO kerana mereka telah dianggap sebagai orang luar walaupun menerusi keringat dan jerih payah dan pengorbanan mereka tolong membangunkan  UMNO itu.

Walaupun DS Anwar sudah beberapa kali menyatakan yang beliau akan memaafkan Dr. Mahathir  di atas kesilapan dan kesalahannya, namun Dr. Mahathir masih menaruh dendam kesumat ke atas DS Anwar Ibrahim. Mengapa? Ini yang menyebabkan kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu tidak faham dengan sikap Dr. Mahahthir yang seharusnya tidak bersikap demikian terutamanya dalam keadaan usia beliau yang sudah begitu lanjut. Dan sepatutnya dia bermaaf-maafan dan melupakan apa saja perselisihan yang telah lalu.

Sepatutnya begitulah…..

Abuhassanadam
10 April 2013

p/s
Untuk menjelaskan betapa tingginya penghargaan aku terhadap Dr. Mahathir tiga buah buku telah aku tulis mengenai tindakan dan pencapaian beliau semasa menerajui Kerajaan Malaysia.
·      ‘Malaysia Pimpinan Mahathir” ( 1984)
·      ‘Wawasan 2020” ( 1991)
·      “Menebus Maruah” ( 1995)
Aku juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada DS Anwar Ibrahim selama beberap tahun (1985-1990), ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan Malaysia.

2 comments:

  1. bak perpatah orang melayu terlajak perahu bolih berbalik semula, terlajak perbuatan menyesal hingga akhir hayat. begitu juga dengan apa yang akan berlaku pada pertubuhan parti melayu UMNO. kerana nafsu serahkah parti akan menjadi lesu dan kerana hati yang tertipu olih penipuan syaitan laknattulloh maka UMNO akan MATI dan negara yang satu masa dahulu yang aman makmur akan menjadi kucar kacir

    ReplyDelete