Friday, April 26, 2013

ANTARA NURUL IZZAH, MEGAWATI,AUNG SAN SUU KYI, ARROYO DAN BENAZZIR


ANTARA NURUL IZZAH , MEGAWATI, AUNG SAN SUU KYI, ARROYO DAN BENAZZIR

Dalam artikel aku yang berjodol ‘ KAMILIA IBRAHIM DIANIAYA” aku dah terangkan yang aku kenal dia semenjak kecil lagi siapa dia Kamilia. Tapi dia tak kenal aku. Begitu juga Nurul Izzah anak DS Anwar Ibrahim. Aku kenal dia semenjak dari kecil lagi tapi dia mungkin tak ingat atau tak kenal aku. Cikgu Ibrahim Abdullah, cikgu aku dan bapa Nurul Izzah pula boss aku. Kawan pun ye juga. Jadi aku merasa beruntung ‘mengenali’ anak-anak sebegini. Mereka tak kenal pun tak apa. Itu tak penting.

Aku terpanggil nak menulis mengenai Nurul Izzah sebab terlalu ramai yang meramalkan ‘ budak ini’ satu masa nanti akan menjadi Perdana Menteri Wanita pertama di Malaysia. Harap-harap ‘ masin’lah mulut orang yang mendoakan itu. Setakat doa tak jadi. Setakat usaha pun kadang-kadang tak jadi juga sekiranya tidak diberkenankan oleh Allah. Dan bakat kepimpinan pun tak kurang memainkan peranan. Oleh itu aku telah meninjau secara ringkas tentang para puteri presiden atau ketua negara di rantau Asia ini. Aku cuba banding-bandingkan.

 Megawati merupakan anak sulung Presiden Sukarno dan  Fatmawati. Sukarno adalah presiden pertama Indonesia merdeka dan juga merupakan tokoh yang mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Megawati dilahirkan di Yogyakarta pada 23 januari 1946. Olehkerana kelahirannya di tengah kancah revolusi yang sedang bergolak maka tidak hairanlah beliau juga muncul sebagai anak pejuang . Pada awalnya memang tidak menampakkan yang beliau berminat dalam politik . Malah  dilaporkan bahawa Megawati tidak begitu aktif dalam  Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia. Beliau tidak langsung memainkan peranan penting di situ.

Hanya menerima pendidikan tinggi yang amat singkat  apabila ketika berumur 19 tahun ayahnya Sukarno dilicutkan jawatan ekoran satu rampasan kuasa di Indonesia. Sukarno terpaksa melalui tahanan dalam rumah  bermula dari tahun 1966 sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Lebih kurang sama dengan kehidupan Nurul terpaksa berkorban dalam banyak hal ketika bapa dipenjara.

Berbanding dengan Nurul yang juga lahir dan membesar ketika ayahnya sedang berjuang menegakkan kebenaran akibat daripada difinah. Berulang alik ke penjara disamping berusaha bersama ibu Dr. Wan Azizah untuk membebaskan bapanya. Beliau membesar dan mendewasakan dirinya  di tengah-tengah gelombang perjuangan rakyat mencari kebenaran. Itulah pengalaman yang dilalui oleh Nurul.

Aung San Suu Kyi adalah anak kepada Aung San seorang pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara Burma. Tidak pernah memikirkan bahawa pada suatu masa kelak dia juga akan memimpin rakyat Burma dalam perjuangannya menegakkan demokrasi dan hak asasi manusia, sebagaimana yang dilakukan bapanya menuntut kemerdekaan Burma. Aung San Suu Kyi mengenengahkan dasar ‘nonviolence’ mengikut jejak langkah pemimpin yang lebih awal seperti Mahatma  Gandhi dan Dr. Martin Luther King, Jr. Keyakinan kepada apa yang diperjuangkannya telah membolehkan beliau menyatukan Burma dan menarik perhatian dunia tentang kegiatan yang dijalankanya.

Aung San Suu Kyi selalu menggelarkan dirinya sebagai ‘ my father’s daughter. Beliau berusia dua tahun ketika bapanya dibunuh. Disebabkan kesayangannya yang tidak ada tolak bandingnya terhadap ayahnya Aung San lah beliau menceburkan diri dalam politik. Mungkin begitu juga agaknya dengan Nurul Izzah. Disebabkan kesayangan yang tidak terhingga kepada abapanya  lah maka beliau sanggup mengabdi dan mengorbankan diri demi untuk membebaskan bapanya ketika di penjara, walaupun pada ketika itu beliau masih terlalu muda.

Aung San Suu Kyi pernah mengatakan, “ When I decided to take part in the movement for democracy, it was more out of a sense of duty than anything else. On the other hand, my sense of duty was very closely linked to my love for my father. I could not separate it from the love for my country…I am doing this for may father…” Aung San Suu Kyi, “ Mental Culture in Burmese Politics” 1999

Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahkan the Nobel Peace Prize. Ada juga khabar-khabar angin yang bertiup kencang mengatakan pada tahun itu juga ada kemungkinan Nobel Peace prize itu hendak diberikan kepada DS Anwar Ibrahim yang sedang dipenjara. Aung San Suu Kyi juga tidak dapat menerimanya secara peribadi disebabkan beliau juga dibawah tahanan  rumah.

Gloria Macapagal-Arroyo. Anak kepada President Diosdedo Macapagal di Filipina. Sebagai puteri seorang president sudah tentulah beliau mendapat pendidikan yang cukup sempurna. Walaupun mempunyai pendidikan yang sempurna dan berpasakan latarbelakng yang kukuh sebagai anak seorang presiden, namun Arroyo terpaksa juga berusah dengan kuat untuk meyakinkan rakyat Filipina tentang kebolehannya. Beliau tidak mengharapkan kepada ‘payung’ yang disediakan oleh bapanya. Dikatakan Presiden Arroyo mempunya hasrat yang cukup kuat untuk menyatukan rakyatnya dan menjadikan Filipina sebagai sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju dunia.

Benazir Bhutto dilahirkan pada tahun 1953. Berikutan daripada  pembunuhan bapanya Perdana Menteri Zulfikar Ali Butto, Benazir Bhutto telah mengambil alih kepimpinan rakyat Pakistan menentang regim General Zia-ul-Haq. Akibat daripada tindakan beliau itu, Benazzir menghabiskan masa beberapa tahun di dalam penjara, sepertimana yang juga dialami oleh DS Anwar Ibrahim. Bukan itu saja, beliau juga menghadapi tahanan dalam rumah disamping dibuang negara.

Nurul telah menampakkan dirinya sebagai tokoh yang akan mengkiuti jejak ‘kakak-kakak’nya yang telah menerajui negara masing-masing, Megawati pernah menerajui Indoensia, Arroyo sebagai Presiden di negara filipina, Benazzir pernah menjadi Presiden pakistan dan Aung San Suu Kyi, walaupun belum lagi menjadi presiden bagi negara Burma, namun begitu ketokohanya telah pun diiktiraf oleh dunia. Dan giliran Nurul Izzah sedang dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh debaran. Bilakah akan tiba masanya.

Abuhassanadam
27 April 2013

















1 comment:

  1. meremang baca tulisan pak cik.... mungkin satu hari nurul izzah akan di angkat menjadi PM pertama wanita Malaysia.kalau panjang umur mungkin dapat melihat peristiwa mendatang.syabas!! saya dah mula rasa ketagih nak baca tulisan2 pak cik ni......

    ReplyDelete