APAKAH WAJAR TINDAKAN ROS?
Walaupun
pemimpin Pakatan Rakyat agak ‘terhutang budi dan berterima kasih ‘ kepada ROS (
Registrar of Societies) namum rakyat terbanyak
‘menyinga’ apabila mendapat khabar yang DAP tidak boleh menggunakan
lambangnya untuk bertanding dalam PRU 13. Berbagai kutukan dilemparkan oleh
rakyat terbayak kepada BN kerana pada anggapan mereka ROS melakukan pembatalan
berkenaan atas arahan pemimpin BN.
Itu
kata rakyat. Apa jawapan dan penjelasan ROS mengenai perkara itu mereka tak
peduli. Biarlah TV3 dan TV Malaysia menjelaskan perkara itu selama tiga hari
tiga malam pun namun rakyat akan kata BN
tak patut. Tak berhati perut. Dan ROS pulak dikutuk kerana mengikut membabi
buta tulunjuk BN. Sepatutnya pegawai kerajaan boleh berstindak bersendirian
tanpa arahan politik dari atas. Itu persepsi rakyat terbanyak. Itu kata mereka.
Samada betul atau tidak anggapan mereka itu , lain kira. Tapi begitulah anggapan
mereka. Begitulah perbualan rakyat di mana saja kita pergi semalam dan hari ini
dan mungkin besok pun begitu juga.
Tetapi
kata DS Anwar Ibrahim tindakan ROS menghalang DAP dari menggunakan simbol parti
sendiri pada PRU 13 itu akan memakan diri. Katanya "Mereka ingat
kejutan ini akan menggemparkan kerana DAP dikait sebagai parti Cina, yang anti
Melayu dan Islam.
Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. Tak kerja bodoh ke ini. Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan Pakatan kerana lonjakkan sokongan.
Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri,"
Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. Tak kerja bodoh ke ini. Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan Pakatan kerana lonjakkan sokongan.
Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri,"
Pagi tadi aku bersama-sama dengan rakyat
terbanyak di pusat penamaan calon di satu kawasan di Selangor. Pinggir Kuala
Lumpur.Takkan lah di Padang Rengas pulak.
Calonnya adalah seorang anak muda. Sangat berkebolehan. Lengkap
kelulusannya. Malah menandingi kelulusan orang lain. Dua ijazahnya. Satu
Engineerig dan satu lagi Accountancy. Dari luar negara. England. Budak
berperangai baik. Sudah berkahwin. Tak da rekod yang tak baik. Hendak apa
lagi…….
Lepas Subuh pagi tadi aku dah ada di kedai kopi
berdekatan dengan tempat penamaan calon. Isteri aku ada sekali. Dia pun
berminat benar dengan hal-hal politik ni. Susah juga aku mencari tempat letak
kereta. Namun ada seorang pemuda Tionghua sanggup mengubah keretanya dan
memberikan tempat yang dikosongkan untuk aku. “ Tak apa…PakCik letak sini….saya
taruh sana….” katanya. Apa lagi nak aku katakan. Terima kasih jer le. Agaknya
kesian dia melihat aku - orang tua.
Permulaan pagi aku amat mengembirakan. Tambah
meyakinkan aku yang Malaysia boleh menjadi sebuah negara berbilang kaum yang
aman makmur. Aku kagum dengan sifat anak muda Cina tu. Dia tahu menghormati
orang tua. Aku yakin ramai lagi anak muda tidak kira bangsa dan ketrurunan yang
bersifat seperti orang muda itu di luar sana.
Setelah separuh cawan air kopi aku hirup, tak
sabar rasanya aku nak bertanyakan pandangan seorang Cina juga yang memegang
bendera PAS. Aku bertanya menggunakan bahasa pasar ( Melayu ) tentang kesan
daripada tindakan ROS. Dia menjawab menggunakan bahasa Melayu yang betul. Malu
pulak aku rasanya. Katanya, “ Tidak timbul kekeliruan langsung. Rakyat dah
cukup faham. Malah rakyat sudah pun membuat keputusan. Lambang PAS ke, lambang
DAP ke, Lambang PKR ke tak jadi masalah. Itu lambang Pakatan semuanya. Yang
eloknya buang semua lambang tu dan pakai lambang baru lambang Pakatan Rakyat.
Satu saja…”
Mungkin betul juga cadangannya itu.
Terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk memikirkannya. Cuma
yang boleh aku tegaskan di sini ialah pemansuhan penggunaan lambang DAP tidak
memberi kesan langsung kepada rakyat terbanyak. Langsung tidak ada kesan
negatif.
Malah mereka menyalahkan BN pulak kerana
membenarkan ROS mengambil tindakan sedemikian. Aku cuba menjelaskan bahawa
keputusan ini bukanlah keputusan BN. BN adalah parti politik. ROS adalah
jabatan kerajaan. Mereka setuju tapi menghujahkan dengan lebih banyak ‘tetapi’.
Aku ‘surrender’ dengan menutup perbincangan itu dengan gelak ketawa yang
berpanjangan. Aku sungguh bahagian berada ditengah-tengah masyarakat Malaysia
dari berbagai kaum yang dahagakan Malaysia yang makmur dan aman damai.
Amat selari perbincangan kami itu dengan
kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan,
“Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP
tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani
memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan
kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi
Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi
kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya,
namun sedikit demi sedikit ia telah hilang”
Apakah ini yang dinamakan ‘ a blessing in disguise’ kata
orang putih. Sudah sekian lama kita mengharapkan kewujudan Bangsa Malaysia
dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Berbagai tindakan dan langkah diambil oleh
pihak kerajaan selama 50 tahun untuk menyatukan rakyat di negara ini namun belum dapat
direalisasikan sepenuhnya.
Dan dengan tindakan yang dilakukan oleh ROS ini benar-benar
menyedarkan rakyat Malaysia bahawa sebenarnya kita memang boleh bersatu padu sekiranya
pucuk pimpinan menunjukkan hasrat dan iltizam yang sebenar-benar untuk bersatu.
Sebelum ini PAS diragui oleh setengah pihak sebagai parti Melayu Islam yang
berfikiran sempit dan tambah disempitkan lagi oleh pihak-pihak yang tidak mahu
melihat perpaduan dalam Pakatan Rakyat itu berjaya. Kini ‘benteng’ itu telah
dipecahkan.
Aku hampir menitiskan air mata bila melihatkan PKR dan PAS
bersedia tanpa ragu-ragu membenarkan DAP menggunakan lambang-lambang parti
mereka. Ini sebenarnya kawan. Sanggup menangis berasama dalam kesusahan.
Orang putih kata, “ a friend in need is a friend indeed”
Abuhassanadam
20 April 2013
( Hari Penamaan Calon PRU 13)
No comments:
Post a Comment