MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI – YE
KE?
Noam Chomsky, seorang intelek hebat pada Kurun ini mengatakan,
“One conception of democracy has it that a
democratic society is one in which the public has the means to participate in
some meaningful way in the management of their own affairs and the means of
information are open and free. […] An alternative conception of democracy is
that the public must be barred from managing their own affairs and the means of
information must be kept narrowly and rigidly controlled. That may sound like
an odd conception of democracy, but it’s important to understand that it is the
prevailing conception.”
Walaupun
masih ada yang tak berapa kena mengenai amalan demokrasi di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat dan Great Britain namun aku masih merasakan bahawa
pelaksanaan prinsip demokrasi di negara-negara tersebut masih subur. Aku rasa sendiri
perbezaannya. Ada juga aku dengar rakyat di negara-negara berkenaan mengatakan
amalan demokrasi tidak diamalkkan dengan sempurna dinegara mereka. Mereka
sentiasa merasa tak puas hati.
Bukan
hasrat aku nak memburuk-burukkan negara sendiri tentang sesuatu perkara dan
isu. Kata orang ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri.’ Betul. Tetapi kalau banyak sangat perkara yang
tak kenanya, maka tentulah kita nak memberi komen juga. Nak bercakap juga
menyatakan apa yang tak kena. Takkanlah nak diam saja. Membisu. Biar orang
pijak kepala. Biarkan sekumpulan kecil pemimpin rompak negara ini.
Biarlah
aku tumpukan perbincangan kali ini mengenai PRU 13. Nampak sangat tak adilnya.
Tidak demokratik. Tanyalah pelawat-pelawat yang datang ke negara ini dan
melihat sendiri dengan ‘mata kepala’nya bagaimana TV saluran kerajaan digunakan
sepenuh-penuhnya untuk mempromosikan calon BN-UMNO. TV saluran kerajaan sudah
dijadikan alat propoganda dan bukan lagi sebagai saluran memberikan maklumat
yang sahih mengenai sesuatu perkara selain dari isu politik. Agaknya begitulah
propaganda Hiltler menggunakan Gobbels
dalam zaman pemerintahan Nazi di Jerman dulu. Agaknya …….
Parti
pembangkang tidak langsung diberikan peluang untuk memberikan penerangan kepada
rakyat tentang apa nak buat. Asyik-asyik bila kita menonton rancanngan Berita
TV, akan dipaparkan berita yang menunjukkan gambar DS Najib Razak sebagai
Perdana Menteri kerajaan sementara dan
beberapa orang pemimpin UMNO-BN yang lain memberikan projek itu dan membukan
rasmi projek ini. Tidak pernah langsung disiarkan berita DS Anwar Ibrahim atau
Dato’ Haji Hadi Awang atau Saudara Lim Kit Siang dalam suasana imej yang positif. Sekiranya ada berita
mengenai mereka, pastinya didedahkan dalam imej yang negatif. Liwat misalnya.
Ini demokrasi apa namanya……..
Aku
kemukakan satu legi petikan,
Most people would agree that democracy entails more than simply
the process of elections. Saddam Hussein helld elections in Iraq but
since he was the only candidate from which to choose, they hardly qualified as
anything close to what we would call "democracy." Here in the United
States we usually have two or three candidates to choose from, which I suppose
is a bit better than one. Still, the word ‘democracy’ holds more weight than
simply the right to choose which wealthy white man will be
your ruler for the next four years. Shouldn’t you also have the right to
accurate information about that wealthy white man’s past? Shouldn’t you have
the right to equal expression of your views about which wealthy white man
should hold office, or whether or not there should even be any wealthy white
men in power all the time?
Maknanya dalam
sesuatu PRU itu maklumat mengenai sesuatu perkara itu penting. Maknanya perlu
ada kebebasan bersuara. Beri rakyat kefahaman yang cukup jelas supaya apabila
seseorang itu mengundi seseorang calon atau parti, dia tahu sebenar-benarnya
mengapa dia memilih parti berkenaan ataupun mengapa dia memilih calon berkenaan. Supaya dia dapat membuat keputusan mengapa
dia tidak memilih calon berkenaan. Itu baru demokrasi yang sebenar-benarnya.
Aku nak ulang balik
kisah DS Najib yang tidak mahu berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Aku bukanlah
manusia yang ‘bebal’ yang selalu mengungkit perkara yang lepas. Bukan. Tetapi
bagi aku debat antara dua orang pemimpin parti ini cukup penting. Itu demokrasi
tulin. Biar rakyat tahu dan faham tentang ke mana arah negara hendak dibawa.
Kita tahu apa yang
telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 60 tahun. Bukan semuanya
tak baik. Banyak yang baiknya. Yang baik rakyat terima. Namun begitu kita nak
dengar juga apakah rancangan dan wawasan parti Pakatan Rakyat yang dipimpin
oleh DS Anwar Ibrahim itu. Rakyat bukan bodoh nak menerima sahaja apa yang
dikatakan oleh Pakatan Rakyat. Tidak. Rakyat akan dengar. Rakyat akan nilai dan
selepas itu barulah rakyat buat keputusan. Sekiranya difikirkan apa yang
disarankan oleh Pakatan Rakyat itu tidak sehebat dengan apa yang telah
dilakukan oleh kerajaan BN_UMNO sekarang, mengapa pula rakyat nak menukar
kerajaan. “Buat pronjang ape” ( loghat Perak).Ini bukan kerja suka-suka.
Tapi masalahnya
ialah kerajaan BN-UMNO tidak memberikan peluang langsung kepada rakyat untuk
mendengar saranan dan hasrat pihak Pakatan Rakyat. Apakah rancangan yang mereka
hendak laksanakan sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah negara
ini. Betul mereka diberikan peluang untuk menemui rakyat dan menyampaikan hasrat mereka melalui ceramah-ceramah yang
diadakan. Melalui ceramah, berapa ‘kerat’ saja yang dapat disampaikan
berbanding dengan saluran TV dan radio yang dikuasai oleh kerajaan.
Apakah demokrasi
namanya sekiranya kerajaan terus menerus bertindak demikian terhadap parti
lawan.
Aku cukup bimbang
kesan daripada tindakan kerajaan yang amat tidak adil ini. Sekiranya sebahagian
besar rakyat merasakan bahawa kerajaan BN-UMNO kini tidak menjalankan dasarnya
dengan betul dan majority rakyat mahukan perubahan, tetapi ‘dinafikan’ hak
rakyat untuk membuat perubahan melalui penipuan dalam pengundian ( misalnya)
maka rakyat akan terus menerus merasa tidak puas hati. Kesannya amat buruk.
Berbeza dengan PRU yang dijalankan secara telus dan rakyat diberikan peuang
seluas-luasnya untuk mebuat pertimbangan dan pilihan, maka kesan daripada
keputusan PRU 13 nanti adalah amat membanggakan.
Rakyat tidak peduli
siapa yang menang dan siapa yang kalah. Yang mereka mahu adalah ketelusan dalam
membuat pertimbangan. Dan mereka dapat mengundi dalam keadaan yang cukup
selesa.
Itulah ‘DEMOKRASI’
dalam ertika kata yang sebenar-benarnya.
Abuhassanadam
28 April 2013
No comments:
Post a Comment