USAHA MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU – SUDAHLAH!
Terus
terang aku katakan bahawa aku memang tak suka jikalau ada usaha-usaha untuk
memperbodohkan orang Melayu. Sudah lama sangat orang Melayu diperbodohkan.
Diperbodohkan oleh orang putih, oleh orang Cina oleh golongan India dan oleh
pembesar Melayu sendiri. Aku katakan demikian berlandaskan fakta sejarah. Bukan
saja-saja aku nak cakap begitu. Dan ramai pasti setuju dengan apa yang aku
cakapkan. Namun demikian bukanlah semua orang putih, Cina, India ( chettier),
pembesar Melayu itu yang menipu Melayu.
Penggambilan
dan penguasaan negeri Melayu oleh Inggeris melalui tipu helah. Pemilikan
tanah-tanah orang Melayu oleh orang Cina dan India adalah melalui tipu helah (
bukan ler semua) sehinggakan pihak British terpaksa memperkenalkan dasar ‘
Malay Reservation’ supaya tanah-tanah orang Melayu tidak bertukar tangan dengan
senang ke tangan orang asing. Para pembesar Melayu pun begitu juga. Menipu
orang Melayu dengan berbagai cara. Sudahlah…..
Kini
timbul pula usaha orang Melayu (UMNO) untuk menipu dan menakut-nakutkan orang
Melayu dengan berbagai ugutan terutama menjelangnya PRU 13. Berbagai perkara
aku dengar yang mengarahkan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Kononnya sekiranya orang Melayu mengundi
parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, Pas dan DAP maka lama kelamaan
negara ini akan terlepas dari tangan orang Melayu. Akan dkuasai oleh orang
bukan Melayu.
Aku
sebenarnya ‘ malas’ membincangkan isu antara kaum ini. Antara Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Bagi aku itu sudah menjadi sejarah. Kini kita
membincangkan mengenai arah tuju bangsa Malaysia. Kita bincangkan usaha
memajukan bangsa Malaysia. Bagaimana kita nak menjadikan Malaysia sebuah negara
yang gagah perkasa menjelang tahun 2020. Bagaimana kita nak merealisasikan
hasrat wawasann 2020 itu. Apakah sumbangan setiap rakyat Malaysia ke arah
pengisisan itu. Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi memanggil
pulang para professional anak Malaysia dari semua kaum ( yang hebat-hebat
kepakarannya) yang kini berada di negara luar yang kepakaran mereka sedang
dipergunakan oleh orang lain. Sepatutnya isu sedemikian yang kita bincangkan.
Ini
tidak….balik-balik cerita apa akan jadi pada orang Melayu sekiranya DAP menang
PRU 13. Inilah isu yang dimainkan oleh orang UMNO. Dan orang UMNO yang waras
fikirannya. Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah untuk memperbodohkan orang
Melayu. Walaupun sebahagian besar orang Melayu tidak termakan dengan
‘pembodohan’ itu namun ada juga yang yakin dan percaya. ‘Termakan’. Mengiakan apa
yang dikatakan walaupun sekiranya difikirkan secara rasional, tentu tidak akan
berlaku.
Apa
tidaknya. Cuba kita analisa dan diperhalusi. Aku tidaklah nak mengemukakan
statistik sebab coretan aku ni hanyalah bacaan sambilan, secara santai.
Bukannya thesis. Katakanlah menang Pakatan Rakyat ( dan memang pun
berkemungkinan akan menang) maka memerintahlah Pakatan Rakyat menggantikan BN.
Begini senarionya,
·
DS Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri.
Orang Melayu tulin dari Cerok Tokun, Pulau Pinang.
·
Ahli parlimen akan terdiri dari PKR, PAS dan
DAP. Kebanyakan ahli PKR adalah orang Melayu. Hampir semua calon PAS orang
Melayu. Dan sudah ada orang Melayu dalam DAP. Jikalau ditilik dan renung dan
diperhalusi tentulah ramai orang Melayu yang menganggotai Parlimen Malaysia.
Kalau begitu apakah orang Melayu yang ramai itu nak menyerahkan negara ini
kepada bukan Melayu. Orang Cina dan India. Dan bukankah parlimen memerlukan dua
pertiga untuk mengubah perlembagaan. Dan orang Melayu melebihi dua pertiga
dalam parlimen sekiranya Pakatan Rakyat meemrintah.
Penjelasan
yang aku berikan diatas adalah cara penjelasan orang yang tak berapa pandai.
Sebab yang mempersoalkan perkara itu adalah terdiri dari orang-orang yang tak
begitu cerdik menyebabkan jawapan aku juga tak begitu cerdik!. Maksud ku tidak
disertakan dengan perangkaan dan hujah yang ilmiah.
Dah
aku katakan pada awal-awal tadi aku memang tak suka membincangkan isu Melayu,
Cina, India ini. Aku amat berminat membincangkan mengenai bangsa Malaysia. Lagi
satu perkara yang menghairankan aku ialah mengapa orang Melayu terlalu bimbang
dengan keadaan negara ini jatuh ke tangan orang bukan Melayu. Aku bpun bimbang
juga sebab aku pun orang Melayu tulin. Amat sayangkan negara ini.
Bukankah
sudah sekian lama orang Cina yang menguasai beberapa lapangan kehidupan di
negara ini. Samada di lapangan ekonomi atau pelajaran. Cuma yang didapati ramai
orang Melayu ialah dalam lapangan perkhidmatan awam. Dan bukankah semenjak 1957
Perikatan ( kemudiannya Barisan Nasional ) yang memerintah negara ini. Mengapa
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional membiarkan dan tidak mengubah struktur
ini. Mengapa lapangan ekonomi negara masih dikuasai oleh orang Cina?
Sebenarnya
orang Melayu bukan bangsa yang bodoh
atau lekeh. Yang memperlekehkan orang Melayu ialah antara sebabnya ialah
pemimpin Melayu sendiri. Ada juga ler sebab-sebab lain. Ada alasan-alasan
tertentu yang menyebabkan aku kata begitu. Orang Melayu boleh beertanding
dengan orang lain jika diberikan galakan dan peluang yang sewajarnya.
Aku
ingin mengambil contoh pada zaman penjajahan Inggeris dulu. Anak Melayu di
sekolah Inggeris mampu bersaing dengan pelajar-pelajar dari kaum lain walaupun
dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak Melayu tidak di sediakan ‘ tongkat’
untuk bersaing dengan anak-anak kaum lain. Kami terpaksa bersaing secara bebas.
Untuk lulus sesuatu peperiksaan, kami perlu lulus Bahasa Inggeris dengan
kepujian. Bukan setakat lulus. Dan ramai anak Melayu yang berjaya walaupun
terpaksa bekerja dengan bersungguh-sungguh. Luar biasa. Persoalannya mengapa
boleh?
Oleh
itu aku amat yakin sekiranya orang Melayu digalakkan bersaing dan melupakan
sejenak ‘tongkat’ yang ada, aku yakin orang Melayu boleh maju seperti orang
Cina dan India juga. Aku yakin. Orang Melayu perlukan pertolongan dimana perlu
tetapi jangan dimanjakan. Orang Melayu mesti diasuh supaya bekerja keras
seperti juga orang Cina dan India.
Orang
Melayu sudah agak lama berada di zon selesa disebabkan mereka diberikan status
Bumiputera dan sentiasa berpaut kepada DEB. Aku tidak mempertikaikan langsung
status berkenaan. Aku terhutang budi kepada “status Bumiputera” dan ‘naungan DEB”. Namun dalam masa jangka panjang orang Melayu kena
ubah paradigma agar jangan terlalu mengharapkan status Bumiputera dan elakkan
dari terus bernaung di bawah DEB. Untuk kemajuan orang Melayu juga…
Kadang-kadang
aku terfikir juga. Pemimpin UMNO sentiasa mengatakan yang orang Melayu mesti
majukan. Betul ke? Orang Melayu yang macam mana yang mendapat kekayaan negara
ini. Bagaimana dengan orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung. Ada
dikalangan mereka yang masih miskin papa kedana.
Orang
Melayu yang macam mana agaknya yang dipertahankan oleh UMNO.
Abuhassanadam
8
April 2013
Very well written... support
ReplyDelete"Jombalikundi"
ReplyDeletelove reading your articles.
ReplyDeleteterbaik tuan. baru seabad lalu melayu cukup gigih dan berdikari tanpa tongkat bumiputra. teruskan usaha menyedarkan orang melayu skrg yang manja2 ni.
ReplyDelete