MENGAPA RAKYAT MENOLAK BN
Sebagai
orang Melayu, aku rasa tak banyak cacat celanya parti Barisan Nasional
khususnya UMNO. Tentulah ada yang tak kenanya. Tapi tak banyak. Jika ditinjau
dari segi dasar yang diperjuangkan oleh UMNO semenjak dari dulu lagi memang
sesuai untuk orang Melayu. UMNO memperjuangkan orang Melayu. UMNO tu cakap
prang putih. Cakap Melayunya ialah
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( bagi anak muda yang tak begitu faham apa
dia UMNO itu). Jadi matlamatnya memperjuangkan orang Melayu lah.
Semenjak
ditubuh oleh Dato’ Onn, UMNO sememangnya untuk memajukan Melayu. Tidak
hairanlah kalau sampai ke hari ini matlamatnya untuk kebahagian dan
kesejahteraan orang Melayu. MCA untuk memajukan orang Cina. MIC pulak untuk
kesejahteraan orang India. Jadi kalau ada yang mengatakan UMNO itu ditubuhkan
untuk memajukan orang Cina, itu berbohong namanya. Untuk memajukan ketiga-tiga
bangsa ( Melayu, Cina dan India ) maka ditubuhkan PERIKATAN yang kemudiannya
Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Kalau
betul dasar UMNO itu untuk memperjuangkan orang Melayu, mengapa ramai orang
Melayu kini menentang UMNO? Persoalan inilah yang nak aku jelaskan berdasarkan
pandangan dan pemerhatian aku. Akan aku tulis secara ikhlas dan tepat. Tidak
takut-takut. Untuk kepentingan pemimpin UMNO, kalau-kalau masih dapat
diperbaiki oleh mereka segala kepincangan dan masalah yang ada dalam UMNO kini
menjelangnya PRU 13..
Kaum
Cina secara umumnya sememangnya menentang kerajaan Barisan Nasional kini. Kaum
India yang tinggal di bandar-bandar ( yang terpelajar ) semamngnya bersama-sama
dengan kaum Cina dan Melayu ( bandar ) menentang kerajaan BN. Mengapa? Adakah
mereka ini anti nasional yang sepatutnya dibuang negara atau ada sebab-sebab
lain yang menyebabkan mereka menentang. Adakah mereka ini sudah mula mahu
menderhaka kepada Yang Diperuan Agung dan Raja-Raja Melayu?
Sebelum
perbincangan ini dilanjutkan, elok juga ditinjau tentang peristiwa-peristiwa
lampau untuk kita melihat apakah pernah wujud penentangan yang begitu meluas
seperti sekarang ini terhadap kerajaan BN. Seingat aku tak pernah.
Mengapa? Sekiranya kita mahu mengatakan
bahawa dasar kerajaan BN sekaranglah yang menyebabkan kaum bukan Melayu
khususnya kaum Cina yang begitu menentang kerajaan BN sekarang, aku rasa
tohmahan itu tak begitu tepat.
Semenjak
PRU 1 sehingga PRU 11 tidak nampak penentangan yang meluas terhadap kerajaan BN
sehinggalah berlaku PRU 12. Sekiranya kaum bukan Melayu tidak menyetujui dasar
UMNO memajukan Melayu, maka penentangan secara besar-besaran itu sudah pasti
bermula semenjak awal tahun 1970an lagi apabila Dasar Ekonomi Baru mula
diperkenalkan di Malaysia. Ataupun boleh juga diandaikan sekiranya orang bukan
Melayu tidak setuju dengan dasar kerajaan yang memperuntukan ‘ pemberian hak
keistemewaan orang Melayu’ dalam perlembagaan Malaysia, tentulah penentangan
secara besar-besaran bermula selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Tetapi
semuanya ini tidak berlaku.
Negara
ditadbir dengan aman, kecualilah peristiwa perbalahan kaum yang berlaku pada
tahu tahun 1969. Tetapi selepas peristiwa itu tidak pernah lagi berlaku
peristiwa sedemikian. Negara aman. Tahap perpaduan antara kaum semakin hari
semakin baik. Terdapat harmoni yang luar biasa di negara kita. Zaman
pemerintahan Dr. Mahathir memperlihat satu zaman keemasan bagi negara kita. PRU
demi PRU diadakan dan kerajaan BN sentiasa menang dengan majoriti 2/3. Tidak
ada kekacauan. Maknanya rakyat tidak ada masalah langsung dengan dasar kerajaan
sekiranya pentadbiran dijalankan dengan teratur dan adil.
Oleh
itu yang menyebabkan rakyat menolak kerajaan BN yang ada sekarang ialah ketidak puasan hati dengan cara
pentadbiran yang dijalankan kini. Pengamalan rasuah yang berleluasa dikalangan
pihak yang berkuasa. Keberkesanan pegawai kerajaan menjalankan tugas yang
diarahkan dipersoalkan. Amalan kronisme bermaharjalela. Undang-undang dan
peraturan kadang-kadang diketepikan.
Inilah
diantara perkara-perkara yang menyebabkan rakyat marah. Sekiranya diperincikan
pula rakyat marah apabila mereka didedahkan dengan berbagai-bagai berita yang
tidak menyenangkan hati mereka. Walaupun mungkin bukan berita yang sahih tetapi
‘persepsi’ rakyat terhadap berita-berita yang sebegini cukup mempengaruhi
fikiran mereka untuk ‘membenci’ personaliti yang mentadbir kerajaan kini.
Misalnya,
·
Kisah Altantuya. Rakyat mungkin tidak tahu
siapa dan hubungannya dengan keadaan negara kita. Tetapi nama Altantuya
dipalitkan dengan warna yang hitam-legam yang menyebabkan rakyat benci.
·
Seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai DS Shahrizat Jalil
dengan kisah lembu yang bernilai 250 juta ringgit. Rakyat di kampung
terutamanya merasa agak meluat mendengar berita sebegini kerana bagi mereka nak
membeli seekor lembupun terlalu sukar
bagi mereka untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
·
Rakyat memerhatikan gelagat para pemimpin BN
terutamanya pemimpin UMNO yang menjadi kaya raya dalam ‘sekelip mata’.
Jangankan para menteri atau timbalan menteri ataupun wakil rakyat (parlimen dan
negeri), AJK Umno peringkat cawangan pun diperhatikan oleh rakyat hidup senang
lenang dengan tidak payah bersusah payah bekerja sebagaimana yang mereka
lakukan.
·
Di dengar juga oleh rakyat terbanyak
bagaimana para menteri terlibat dalam berbagai skandal dan penipuan tetapi
akhirnya terlepas begitu sahaja dari tindakan undang-undang. Mereka nampak
perkara ini berlaku.
Dengan
demikian rakyat cukup meluat dengan gelagat-gelagat pihak yang berkuasa dalam
BN (UMNO,MCA ,MIC ) dan rakyat hampir tidak menyentuh langsung mengenai dasar BN.
Maknanya dasar yang dijalankan oleh BN itu boleh diterima oleh rakyat
terbanyak, walaupun ada dasar berkenaan yang lebih condong memperbaiki taraf
hidup orang Melayu. Inipun tidak ditentang oleh kaum bukan Melayu.
Mereka
faham.
Abuhassanadam
16
April 2013
Dear Sir,
ReplyDeleteI totally agree with you 100%. The general consensus is BN has ruled for too long, become too arrogant and abused its power. So much so, they have become absolute power.....with this they corrupt absolutely and get away with crimes.
Rgds
Steven
Setuju saudara pakar. Tambahan pula sekarang wujudnya pilihan lain. Iaitu PR yang terdiri daripada parti-parti dan pemimpin yang lebih jujur dan boleh dipercayai. Pemimpin-pemimpin PR dikehendaki berkongsi kuasa. Tidak macam UMNO pada kurun baru ini. Mereka sudah tidak mempeduli lagi rakan-rakan dalam BN.
ReplyDeleteRakan dan jiran Cendering, Marang, Leong.
saya amat2 setuju, dan itulah yg saya rasakan kini yg membuatkan saya mengubah pendirian dan pilihan.
ReplyDelete