MENGAPA TUN MAHATHIR BERSIKAP
BAGITU?
Terus
terang aku katakan aku memang teragak-agak nak menulis mengenai Tun Mahathir
terutama menulis sesuatu yang melahirkan rasa tak puas hati mengenai sesuatu
tindakan Tun Mahathir. Mana tidaknya. Puluhan rencana aku tulis mengenai
beliau, tentang apa yang dilakukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ttetapi
akhir-akhir ini aku agak hairan juga dengan sikap Dr. Mahathir. Lain macam
benar. Sibuk semacam. Sepatutnya dia sudah tidak perlu lagi mencampuri urusan
negara secara aktif. Jadi penasihat sudahlah. Jadi konsultan. Pakar rujuk.
Sekiranya ada kemusykilan yang dihadapi oleh Perdana Menerti atau menteri-menteri
boleh dirujukkan kepadanya. Dr.Mahathir tidak perlu lagi turun padang
seolah-olah dia yang masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ke hulu ke hilir
berkempen.
Jarang
sangat aku lihat bekas perdana menteri atau bekas pemimpin negara yang bersikap
seperti Dr. Mahathir. Rakyat menghormati dan menyanjungi sikap yang ditunjukkan
oleh Pak Lah. Apabila dia mengundur diri dari memimpin negara, beliau terus
menyepikan diri. Hanya sekali sekala muncul untuk memberikan pendapat mengenai
sesuatu isu. Dan pastinya apa yang dikatakannya dihormati oleh banyak orang,
kawan dan lawan ( dalam politik). Tidak pernah dipertikaikan pendapatnya.
Rakyat tahu dan faham bahawa pendapatnya itu disampaikannya secara ikhlas.
Jikalau
disorot sejarah kepimpinan negara Malaysia, Tunku Abdul Rahman tidak pernah
mencampuri urusan negara apabila beliau mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri.
Beliau hanya memberikan pandangan dan ulasannya melalui tulisannya dalam akhbar
‘ The Star”. Dan tidak pula kedengaran yang beliau mencampuri urusan
pentadbiran negara sepertimana yang berlaku kini. Begitu juga dengan Tun
Hussein On. Hampir tidak kedengaran mengenai Tun Hussein Onn selepas beliau
berhenti dari jawatan Perdana Menteri. Yang terus menerus aktif dalam politik
negara hanyalah Lee Kuan Yew dari Singapura. Apakah Dr.Mahathir meniru Lee Kuan
Yew?
Dr.
Mahahthir sepatutnya meniru contoh yang ditunjukkan oleh Nelson Mandela, bekas
Presiden Afrika Selatan yang juga merupakan sahabat baik beliau. Mandela
sebenanya menunjukkan keikhlasanya menyerahkan jawatan Presiden kepada
pengganti yang lebih muda. Dan tidak pula mencampuri urusan pentadbiran penggantinya.
Sepatutnya beliau boleh melakukan sedemikian memandangkan beliau masih
dihormati dan disanjung oleh rakyatnya setelah 27 tahun dipenjara. Sepatutnya
beliau lebih lama memegang jawatan Presiden.
Cara
bekas pemimpin-pemimpin negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara
Eropah memberikan sumbangan mereka kepada negara mereka atau kepada
kesejahteraan dunia ialah dengan cara melibatkan diri dalam kegiatan sukarela.
Misalnya Clinton dan Bush pernah terlibat dalam mengutip bantuan untuk membantu
mangsa Sunami di Acheh pada suatu ketika dulu. Mereka menunjukkan contoh
teladan yang amat baik kepada dunia. Bekas Presiden parti Republikan boleh
bekerjasa dengan bekas Presiden parti Demokrat demi keesejahteraan dunia.
Dr
Mahathir pun banyak terlibat dalam hal-hal kebajikan sebegini. Tetapi yang menyebabkan kebanyakan rakyat mulai gusar
ialah apabila melihatkan Dr. Mahathir begitu aktif dalam politik kepartian
seolah-olah beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri atau Presiden
Umno.Berkempen ke sana dan kemari. Alasannya beliau berbuat demikian adalah
disebabkan beliau banyak terhutang budi kepada UMNO, kerana UMNOlah beliau
berjaya sehingga dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Itu
betul. Tetapi zaman beliau sudah berakhir. Orang putih kata, Don't overstay your welcome. Rakyat sudah memberikan
penghormatan yang cukup tinggi kepada beliau. Rakyat mahu beliau berehat dan
jikalau mahu aktif pun, tumpukan kepada penulisan buku atau menajdi konsultan.
Rakyat terbanyak bimbang takut-takut Dr. Mahathir tidak lagi dihormati oleh
rakyat terbanyak kerana penglibatannya dalam politik kepartian, UMNO. Nanti
rakyat akan kata, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mahu tidak mahu
apabila Dr. Mahathir mula memihak kepada sesuatu parti, pasti beliau akan
bertemu dengan ‘musush’ politiknya. Kesannya hilanglah kredibilitinya sebagai
seorang negarawan ulung pada suatu ketika dulu.
Kadang-kadang
rakyat tertanya-tanya juga tentang tindakan Dr. Mahathir itu. Peribahasa Melayu
ada mengatakan, ‘Kalau tidak ada-ada takkan tempua bersarang rendah’ Apakah
betul tohmahan dari rakyat itu. Apakah yang ditakuti atau yang dibimbangi oleh
Dr. Mahathir yang menyebabkan beliau sanggup ‘mencemar duli’ berkempen dan
membuat kenyataan yang kadang-kadang difikirkan tidak sepatutnya datang dari
mulut seorang bekas Perdana Menteri. Rakyat terus merasa sangsi dan bimbang
dengan tindakan Dr.Mahathir. Rakyat mula membuat berbagai andaian dan tuduhan
yang menyebabkan Dr. Mahathir sanggup
berkelakuan demikian. Rakyat mula keliru. Rakyat mula berasa sangsi. Dan
kesannya tentulah lama kelamaan akan hilang rasa hormat rakyat kepadanya.
Dr.Mahathir
dilihat menyimpan perasaan dendam kesumat yang berpenajangan dan terus menerus
memusuhi DS Anwar Ibrahim. Rakyat tahu dan rakyat memerhatikan gelagatnya.
Rakyat menyoal mengapa?. Dan mengapa? Rakyat pun juga hairan mengapa tidak
habis-habis Dr. Mahathir menaruh perasaan dendam terhadap DS Anwar Ibrahim.
Entah berapa kali DS Anwar mengatakan yang beliau telah memaafkan apa yang
telah dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadapnya. Tetapi Dr. Mahathir tidak ambil
pusing langsung.
Ramai
juga yang merasakan bahawa Dr.Mahathir amat bimbang dengan perkembangan politik
yang ada sekarang. Kemungkinan BN akan kalah dalam PRU 13 adalah satu kemungkinan
yang amat besar. Dr.Mahathir amat bimbang dengan keadaan itu. Mungkin
Dr.Mahathir sudah dapat membaca apakah yang akan berlaku sekiranya Putrajaya.
Persoalannya, mengapa Dr.Mahathir begitu takut dan bimbang dengan keadaan itu.
Apakah kesalahan dan kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Dr.Mahathir yang
merupakan rahsia besar yang masih tersimpan yang hanya diketahui oleh DS Anwar
Ibrahim sahaja?
Jikalau
tidak ada-ada, takkan tempua bersarang rendah.
Masih terngiang-ngiang di telingaku peribahasa Melayu ini.
Abuhassanadam
15
April 2013
No comments:
Post a Comment