ISU UMNO ISU PERKAUMAN - DAH LAPUK
UMNO
masih ada masa untuk membetulkan keadaan. Memainkan isu perkauman adalah paling
terkebelakang. Amat ketinggalan. Isu lapuk.Siapakah agaknya yang menasihatkan
pemimpin UMNO supaya memainkan isu ini.
Mungkin orang lama. Orang yang sudah ketinggalan zaman. Orang yang tidak dapat
menyelami hati dan perasaan masyarakat kini. Ringkasnya mungkin yang
menasihatkan kepimpinan UMNO sentiasa berada di bawah tempurung. Mungkin…
Orang
kampung yang tinggal di kawasan pendalaman pun sudah faham bahawa memainkan isu
perkauman adalah isu lapuk. Apa tidaknya. Cuba kita kaji dan kita fahami
betul-betul.
·
Peristiwa pergaduhan antara kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969 telah berlaku 50 tahun yang lalu. Selepas tarikh itu
tidak pernah kedengaran lagi berlaku peristiwa pergaduhan kaum antara Melayu,
Cina dan India di Malaysia. Semua faham bahawa sebarang pergaduhan akan membawa
kesan ‘ menang jadi abu dan kalah jadi arang’. Semua kaum faham dan tidak mahu
perkara buruk seperti itu berlaku lagi.
·
Dikatakan punca pergaduhan kaum 1969 adalah
disebabkan ketidakseimbangan pendapatan antara kaum. Orang Cina yang tinggal di
bandar kaya raya sedangkan orang Melayu yang tinggal di kampung dalam keadaan
papa kedana. Maka perasaan curiga mencurigai antara kaum semtiasa wujud. Tetapi
dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1970 telah sedikit
sebanyak membetulkan keadaan itu. Walaupun orang Melayu tidak sehebat orang
Cina dari segi memiliki kekayaan negara, sekurang-kurangnya orang Melayu sedang
bergerak ke arah itu.
·
Peratus kemasukan pelajar ke pusat pengajian
tinggi dikalangan orang Melayu hampir sama dengan kemasukan pelajar kaum bukan
Melayu. Orang Melayu ramai yang belajar di pusat pengajian tinggi. Dan ramai
juga orang Melayu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Orang Melayu
agak berpuas hati. Dan kaum bukan Melayu juga akan merelakan keadaan demikian
kerana mereka juga faham bahawa kaum Melayu perlu mendapat pembelaan.
·
Semenjak tahun 1970an lagi sukatan pelajaran
di sekolah-sekolah Malaysia sentiasa mementingkan persoalan perpaduan dan
muhibbah antara kaum. Sukatan pelajaran yang merentasi kurikulum sentiasa
menitikberatkan tentang perpaduan kaum. Buku teks sejarah sarat dengan
persoalan perpaduan. Dengan demikian tentulah anak-anak kita sudah mula berfikran
mengenai bangsa Malaysia daripada memikirkan tentang orang Melayu, Cina atau
India.
Banyak
lagi lah contoh-contoh yang boleh diketengahkan. Kemennagan Barrack Obama
sebagai warga kulit hitam yang pertama menyandang jawatan Presiden Amerika
juga mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Orang kulit putih di Amerika
sanggup ‘menyerahkan’ negara asal mereka kepada kulit hitam adalah merupakan
satu pengorbanan yang bukan kecil bagi mereka. Dan mereka lakukan. Mungkin
generasi muda yang berfikiran sedemikian sedangkan generasi lama masih berpaut
dengan pemikiran cara lama. Tetapi disebabkan golongan muda lebih ramai, maka
telah dapat menewaskan golongan lama.
Begitu
jugalah yang berlaku di Malaysia kini. Orang lama ( generasi lama) mungkin
masih berfikiran cara lama. Perkauman yang amat tebal. Orang Melayu sentiasa
memikirkan kesejahteraan, kebahagiaan orang Melayu dan begitu jugalah
sebaliknya. Generasi lama kaum Cina masih ‘berkiblat’ kepada negara China dan
India yang dianggap sebagai negara asal
mereka.
Ramai
kawan-kawan aku juga berfikiran cara lama. Aku juga kadang-kadang berfikir cara
lama apabila berhadapan persoalan hubungan antara kaum, walaupun aku sudah
begitu terdedah dengan masyarakat antarabangsa dunia. Namun begitu disebabkan
‘indoctrination’ yang sentiasa diberikan oleh anak-anak ( terutama dihadapan
meja makan malam) kami pun sudah banyak ‘berubah’. Anak-anak sekarang
seolah-olah sudah lupa bahwa mereka adalah orang Melayu. Begitu juga dengan
anak Cina dan India. Kadang-kadang seolah-olah mereka lupa bahawa mereka adalah
dari keturunana Melayu atau Cina atau India. Mereka lebih memikirkan bahawa
mereka adalah anak Malaysia!
Justeru
apakah UMNO masih mahu terus menerus mahu memainkan isu “ Bukit Kepung” atau ‘ Peristiwa
13 Mei “? Aku sangsi dengan keberkesanannya. Aku rasa akan banyak membawa
keburukan dari kebaikannya.
Yang
anihnya dalam PRU 13 ini hanya UMNO yang berminat memainkan isu perkauman ini
sedangkan parti-parti lain tidak. Dulu DAP adalah parti yang amat tebal dengan
perkaumannya. Parti orang Cina. Tetapi kini parti ini juga mengubah haluan.
Mereka yakin bahawa sekiranya mereka terus menerus berpegang kepada prinsip
perkaumannya, DAP tidak akan boleh maju. Lantas mereka mempelawa ramai orang
bukan Cina menyertai parti berkenaan dan dilantik menjadi calon pula.
Parti
PAS pula membuat perubahan yang amat drastik. Tentulah tidak terfikir oleh
pengasasnya ( zaman dulu-dulu) yang parti ini boleh berubah 360 darjah dari
segi layanan terhadap orang bukan Melayu. PAS adalah parti Islam. Parti orang
Melayu. Itu dulu. Kini lain. Tuan Guru Nik Aziz adalah icon kepada orang Melayu
dan juga bukan Melayu. Orang bukan Melayu tidak lagi memandang serong terhadap
parti PAS. Walaupun dulu PAS terkenal dengan parti Hududnya dan sangat
menakutkan orang bukan Islam tetapi setelah dijelas dan diberikan penerangan,
maka parti PAS telah dapat diterima dengan perasaan terbuka.
Malangnya
hanya MCA ( seperti juga UMNO ) yang sentiasa memainkan isu Hudud. Pada
anggapan pemimpin MCA dengan memainkan isu berkenaan akan dapat menakutkan kaum
Cina dan memihak pada MCA. Rupa-rupanya tidak berkesan juga.
PRU
13 akan berlaku tidak lama lagi. Eloklah parti-parti yang bertanding memikirkan
strategi yang berkesan untuk menarik pengundi. Ini zaman baru milik generasi
baru – orang muda.
Sekali
air bah sekali pantai berubah.
Abuhassanadam
3
April 2013
No comments:
Post a Comment