Friday, April 26, 2013

HEBATNYA INTERNET !!......


HEBATNYA INTERNET !!

Dunia sudah berubah. Semua orang tahu.Dulu apabila Franklin D. Roosevelt bertanding untuk memenangi jawatan presiden USA, beliau menggunakan radio. Apabila sampai ke zaman John F. Kennedy dia mengharapkan kepada siaran Telivision sebagai alat untuk dia berkempen. Dan apabila sampai ke zaman Barack Obama bertanding jawatan berkenaan, dia sudah hampir-hampir meninggalkan radio dan TV kerana dia merasakan sosial media lah yang akan lebih berpengaruh dan meletakkan dia semula di Rumah Putih. Rupa-rupanya jangkaannya tepat. Sosial medialah jawabnya.

Di Malaysia aku nampak masih ramai yang ‘menghina’ sosial media. Rmai yang mengatakan pengamal media ini sentiasa memfitnah, mebuat berita yang diada-adakan. Dan yang membeuat celaan itu ialah yang tidak tahu menggunakan internet, facenook atau blog dengan berkesan. Lantas dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan. Ibarat peribahasa Melayu mengatakan, tidak tahu menari dituduhnya lantai jongkang jongkit.Tidak menjadi ‘kudis’ bagi media ini. Soalnya media sosial ini tetap berpengaruh. Anak muda menganggapnya sebagai rakan karib yang mesti didekati selalu. Twitter, Facebook, You Tube adalah alat yang memberikan nafas kepada anak muda dan orang tua juga ( yang mengikuti perkembangan zaman ).

Masyarakat dunia sudah mengakui tentang pengaruh yang boleh dilakukan oleh sosial media. Obama telah mencuba menggunakan sosial media sepenuhnya dan berjaya. ‘Rukun’ yang pertama dalam ‘sosial media marketing’ ialah  ‘memasarkan barangan’ yang kita ada dan yang hendak dijual. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah dengan menjadi blogger yang aktif dan melibatkan diri dalam twitter dan facebook. Obama misalnya mempunyai 1.5 million pengikut di Facebooknya dan memiliki 45,000 pengikut di twitternya. Dengan demikian apa saja kempen yang dijalankannya akan menjalar seperti ‘ hutan yang terbakar’ membakar hati dan perasaan pengikutnya.

Inilah yang disebutkan media baru atau new media. Malaysia tidak terlambat dalam mengikuti arus ini. Anak muda terutama yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajaian tinggi tidak ketinggalan. Malah anak-anak di bangku sekolah rendah juga tidak ketinggalan zaman. Yang agak terlewat dan ‘ terlepas keretapi’ adalah ‘ orang tua’ yang masih mahu mempertahankan cara lama dan tidak sedar bahawa dunia sedang bergerak dengan terlalu cepat. Dan yang agak malang ialah setengah ahli politik yang tidak sedar kewujudan media seperti ini, sedangkan media baru ini merupakan senjata yang sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh golongan ini untuk mempengaruhi pengundi atau pengikutnya.

Memang betul ada pengamal media baru yang menyalahgunakan media berkenaan dengan melaporkan berita yang tidak tepat. Dengan lain perkataan memalsukan berita. Ada juga pengamal media atau blogger yang menjadi ‘spin-doctor’ memutarbelitkan sesuatu berita demi kepentingan pihak-pihak tertentu yang diwakilinya. Dengan ringkasnya ada pengamal media baru yang menjadi penulis upahan.

Itu perkara biasa. Dan kebiasaannya ‘nyawa’ penulis-penulis yang sedemikian tidak lama. Tidak boleh bertahan sebab pembaca kini adalah pembaca bijak. Terpelajar. Dan ramai yang sudah lulus universiti. Boleh berfikir. Dengan demikian sudah boleh membezakan antara yang betul dengan yang salah. Justeru sekiranya apa yang dilaporkan oleh akhbar atau radio atau TV sesuatu berita yang tidak tepat akan cepat-cepat disangkal oleh saluran media baru. Dan yang anihnya belum pun sempat seseorang pembaca berita TV menghabiskan ceritanya, isu yang diperkatakan sudah menjalar ke seluruh dunia. Seluruh alam!

Begitulah hebatnya media baru.

Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan kini perubahan ini sedang berlaku. Dan yang paling ketara perubahannya ialah dalam PRU 13 ini. Kita sudah dapat melihat dengan mata kepala kita tentang bagaimana sosial media  berperanan mengeledah suasana politik yang sememangnya tegang dan mencabar ini. Calon-calon yang bertanding dalam PRU 13 mahu tidak mahu mesti menggunakan media baru ini. Samada calon itu sendiri yang mengendalikan facebooknya, blognya atau dia akan mengupah orang lain untuk mengendalikannya. Media baru pasti digunakan

Dapat aku rasakan, walaupun PRU 13 adalah merupakan pertembungan antara parti-parti politik yang bertanding tetapi sebenarnya kali ini adalah pertembungan antara media tradisional dan media baru. Kita akan sama-sama melihatnya yang mana satu lebih berpengaruh dari yang lain. Tetapi satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah antara faktor yang memenangkan Obama dalam pilihanraya presiden Amerika adalah disebabkan oleh keberkesanan penggunaan media baru. Bagaimana  berita dapat meresap dengan cepat dan mempengaruhi pengundi dengan berkesan.


Abuhassanadam
26 April 2013


No comments:

Post a Comment