APAKAH SARAWAK DAN
SABAH AKAN MENGIKUTI JEJAK SINGAPURA?
Rupanya terlalu banyak persoalan yang mengaburi
mata umum ekoran daripada pengunduran TS Abdul Taib Mahmud dari ‘takhta’ Ketua
Menteri Sarawak. Bukan perubahan dan transisi biasa. Pertukaran ‘baton’ dari TS
Abdul Taib Mahmud keapada TS Adenan Satem boleh dilihat daripada berbagai sudut dan boleh
dianalisis melalui berbagai persepsi.
Yang mula-mula ‘memecah bumi’ ialah amaran yang
diberikan oleh TS Abdul Taib Mahmud kepada penggantinya agar tidak membenarkan
UMNO memasuki Sarawak. Cuma yang beliau tidak berkata bahwa UMNO diharamkan
memasuki Sarawak. Banyak juga tafsiran yang boleh diketengahkan mengapa begitu
‘layanan’ beliau kepada UMNO yang merupakan parti tonggak dalam Barisan
Nasional. Tidakkah beliau terfikir bahawa dengan berkata demikian akan
‘mengecilkan hati’ pemimpin UMNO di peringkat pusat terutamanya DS Najib
sendiri. Tentulah ramai penganalisis politik tertanya-tanya apakah ‘dosa’ DS
Najib sehinggakan begitu keras sekali syarat yang dikenakan terhadap UMNO.
Diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Datuk Fatimah
Abdullah selaku Timbalan Ketua Wanita PBB yang menjelaskan tentang kemampuan
PBB memeliharakan kedudukan kaum Bumiputera di sarawak dan kesediaannya untuk
terus bekerjasama dengan parti komponen lain seperti Parti Rakyat Sarawak
(PRS), Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dan Sarawak United People’s
Party ( SUPP). Lantas beliau menegaskan,’ "Hence, there is no need for Umno to come here,"
Namun Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO telah ‘merelakan’ PBB menjadi ‘tuan’
di sarawak. Mengikut TS Muhyiddin peranan PBB
(Parti Pesaka Bumiputera) di Sarawak adalah
semacam sama dengan peranan UMNO di Semenanjung ia itu sebagai induk yang akan
menentetukan kestabilan politik.
“The role played by the PBB is similar to that
of Umno in the peninsula and Sabah, which can continue…..I feel it is
unnecessary to duplicate what has been achieved. What is important is not the
party but the objective. It (PBB) has achieved what we (Umno) want to achieve
... unity, progress, prosperity and stability. This is what’s happening in
Sarawak,” (Malaysiakini 13 Februari
2014)
Apakah
ini merupakan kenyataan ikhlas ataupun merupakan pengucapan ‘the grapes are sour’.
Masyarakat
Malaysia masih terus mempersoalkan perkembangan yang berlaku di Sarawak kini.
Nampak semacam ‘tenang’ keadaan di politik di Sarawak itu. Namun kata
peribahasa Inggeris, ‘ still water runs deep’ ataupun orang Melayu sentiasa
berkata, ‘ air tenang jangan disangka tiada buaia’. Mesti ramai yang merasa
curiga tentang ‘larangan’ yang diarahkan kepada UMNO supaya jangan memasuki
Sarawak. Mesti ada sebabnya. Dan mesti juga ada sebabnya mengapa TS Adenan
Satem tidak mahu ditemuramah oleh wartwan selepas beliau ‘dinobatkan’ sebagai
pengganti TS Abdul Taib Mahmud.
Tetapi
apabila direnungkan pula kepada kenyataan Stephen Rundi Utom selaku Setiausaha
Agung Barisan Nasional Sarawak menampakkan kenyataan yang lebih keras berkaitan
dengan isu penghalangan UMNO ke sarawak itu. "Nobody else can
understand the situation other than Sarawakians... therefore we must see which
political party belongs to us (Sarawak), that is the very reason why we think
the right people to lead Sarawak is Sarawakians,’
Apakah munculnya kenyataan-kenyataan
sebegini sebagai ‘balasan’ kepada kepimpinan UMNO yang seringkali menyuarakan
agar TS Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri. Saranan
sedemikian telah mula disuarakan semenjak sebelum PRU 13 lagi. Tekanan demi
tekanan diberikan. Namun TS Abdul Taib Mahmud masih bertahan sehinggalah sampai
kepada saat dan ketika yang sesuai. Itu pun dengan cara melanggar
‘pantang-larang’ yang dikenakan oleh pihak di Puterajaya.
Sebagai seorang ahli
politik yang berpengalaman luas, TS Abdul Taib Mahmud dengan cara mengejut
mengumumkan pelantikan TS Adenan Satem sebagai ketua menteri lebh awal daripada
tarikh dan masa yang dijangkakan. Laporan media atas talian menyatakan bahawa
sidang media TS Abdul Taib Mahmud diadakan pada pukul 3.30 petang ia itu tiga
jam lebih awal daripada jadual ketibaan TS Muhyiddin Yassin ke Sarawak.
Dilaporkan kehadiran TS Muhyiidin itu adalah sebagai wakil DS Najib untuk
menyatakan sesuatu hasrat Puterajaya berkaitan dengan pengganti TS Abdul Taib
Mahmud. Hasrat itu tidak kesampaian.
Tindakan ‘patriot’ di
Sarawak rupanya mendapat perhatian serious juga di Sabah. Kata State Reform
Party (Star) Sabah chairperson Jeffrey Kitingan, ‘ (TS Taib) has set the
benchmark for patriots of Sabah and Sarawak to follow…He is a true
Sarawak/Borneo patriot”. Kenyataan sedemikian seolah-olah memberikan berbagai
‘bayangan’ yang sedang difikirkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak.
Lebih ‘merunsingkan’ lagi
apabila pemimpin Sabah itu mengatakan,’ "The Umno Baru of today is not the
old Umno of Tunku Abdul Rahman's days. The virtues, principles and benevolence
of the past leaders are no longer in existence.The nation-building with
emphasis on peace, harmony and inclusiveness of the old Umno has been replaced
with people-dividing and nation-wrecking based on racist, religious bigotry,
intolerance and hatred overtones,strategies and policies”
( Malaysiakini 13 Februari
2014)
Melihatkan kepada
kenyataan-kenyataan di atas menyebabkan aku terfikir, “apakah Sabah dan Sarawak
akan mengikut jejak langkah Singapura?”
abuhassandam
14 Februari 2014
satu yg sgt jelas, Perkara ke-7: Hak untuk Berpisah, yg mna menyatakan bhwa Sabah dan Sarawak tiada hak utk berpisah drpda persekutuan...namun apabila sgla janji2 manis yg ditabur dan dahulu dipersetujui kini dimungkiri, perjanjian itu scra tidak lgsg terbatal dan tidak sah, ini termasuklah Perkara ke-7. Hak utk Berpisah.
ReplyDeleteNegara menjadi porak poranda akibat ketidakjujuran para pemimpin, ini adalah kerana ketamakan, kerakusan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dsb. Tidak ada roh kepeminpinan, yang ada ialah kepentingan diri saja.
ReplyDelete