KESAN PEMANSUHAN PBS
– PELARIAN GOLONGAN ELIT MENINGGALKAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kemelut dalam sistem pendidikan negara kini agak
parah. Mungkin agaknya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan
Malaysia sengaja pura-pura tidak tahu atau pun tidak mahu tahu kesan akibat
daripada tindakan kementerian Pendidikan yang ‘flip-flop’ atau pun yang
‘celum-celam’ ataupun yang dikatakan oleh orang Perak sebagai ‘surung-sentap’
ini. Tindakan ‘sorong-sentap’ yang terakhir sekali ialah apabila diumumkan
tentang penangguhan ataupun pemansuhan PBS. ‘The last straw that broke the
camel’s back’, kata Orang Putih. Rakyat masih tertanya-tanya samada ‘tangguh’
atau ‘mansuh’. Rakyat betul-betul keliru dengan keadaan ini.
Sehingga kini, ibu bapa yang anak-anak mereka
terlibat dalam pelaksanaan PBS dalam keadaan kegelapan.
·
Tanya
Cikgu, mereka tak tahu nak bagi jawapan.
·
Tanya
Pengetua sekolah, pengetua juga ‘tergagap-gagap’ nak bagi jawapan.
·
Tanya
Pegawai Pendidikan Daerah, mereka suruh tanya Kementerian.
·
Apabila
pihak wartawan tanya Menteri Pendidikan beberapa minggu yang lepas, maka
jawapannya ‘ kita tangguh dulu’
·
Ibu bapa
soal lagi, ‘ tangguh sampai bila?’
·
Maka
jawab Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan ialah,
“Guru tidak perlu meneruskan
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya
dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam masa terdekat..
Pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
TS
Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pelaksanaan Penilai Berasaskan Sekolah
(PBS) yang diperkenalkan pada tahun lepas dan pelaksanaannya yang sepatutnya
dijalankan pada tahun ini terpaksa dikaji semula. Ini yang aku namakan
‘surung-sentap’. Sepatutnya PBS yang dikatakan amat baik dan berkesan itu ( di
negara-negara seperti Australia dan negara-negara maju lain) dikaji
sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan di negara ini. Apakah tidak difikirkan
tentang pelaksanaannya di kawasan pendalaman dimana masalah pencapaian internet
merupakan perkara yang sangat rumit. Atau apakah tidak difikirkan tentang
kualiti guru kita di Malaysia yang akan melaksanakan program itu secara
berkesan. Apakah tidak terlintas di kepala perancang pendidikan ini tentang
‘validity’ dan ‘reliability’ ujian yang diperkenalkan itu.
Kononnya
sistem ini telah dijalankan di negara-negaar maju seperti di Australia, Hong
Kong, Finland dll. Inilah hujah yang sentiasa digunakan oleh pihak kementerian
apabila hendak melaksanakan sesuatu projek. Selalu sangat menggunakan alasan
bahawa ‘negara-negara maju telah menggunakannya’. Dan kebiasaannya sesuatu idea
baru yang hendak diperkenalkan di negara ini biasanya ‘dibawa’ oleh para pegawai
yang menghadhiri kursus di luar negara. Lantas mereka cuba mempraktikkan di
negara ini tanpa melihat ‘kiri-kanan’ sama ada pelaksanaannya sesuai atau tidak
dengan keadaan dan ‘iklim’ masyarakat di negara ini.
Penanguhan
PBS oleh Menteri Pelajaran telah menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh ibu
bapa yang anak-anak mereka terlibat secara langsung dengan dasar ini. Dan tidak
kurang juga diperbahaskan oleh golongan rakyat yang peka terhadap pentingnya
pendidikan dalam pembangunan sesebuah negara. Rata-rata penduduk Lembah Kelang
yang kebanyakannya terdiri dari golongan elit merasakan bahawa mereka perlu
‘lari’ dan terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada sistem pendidikan
kebangsaan yang ada sekarang. Seolah-olah mereka sudah tidak ada keyakinan lagi
terhadap dasar dan perjalanan sistem pendidikan kebangsaan.
Golongan
elit berkenaan terdiri dari mereka yang mampu untuk menghantar anak mereka ke
sekolah-sekolah persendirian yang yurannya tidak akan termampu dibayar oleh
kebanyakan rakyat di negara ini sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan para
menteri kita yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah
berkenaan atau terus belajar di luar negara. Golongan ini adalah terdiri dari
semua kaum. Melayu, Cina, India. Mereka adalah golongan yang mampu berbuat
demikian’ Dengan sebab terdapat permintaan yang terlalu tinggi untuk
kelas-kelas IGCSE(The International
General Certificate of Secondary EducationEducation (IGCSE) misalnya,
maka sudah mula tumbuh sekolah-sekolah persendirian antarabangsa di Lembah
Kelang seperti cendawan selepas hujan.
Bagaimana
pula dengan golongan yang tidak berada dan tidak mampu untuk menghantar
anak-anak ke sekolah persendirian antarabangsa. Golongan yang tidak mampu dan
tidak berdaya inilah yang akan menjadi mangsa ‘sorong-sentap’ Kementerian
Pendidikan Malaysia. Maka golongan inilah yang akan terus menerus ketinggalan
dalam lapangan pendidikan di negara yang kaya raya ini.
Orang
Melayu yang miskin dari kampung hanya menyerahkan nasib mereka kepada kerajaan.
Mereka tidak peka tentang nasib yang akan dilalui oleh anak mereka disebabkan
dasar ‘sorong-sentap’ kerajaan itu. Lagi pun mulut mereka sudah pun ‘disumbat’
dengan BRIM yang menyebabkan mereka ‘gembira’ tidak terkata. Kaum guru yang
boleh disifatkan sebgai golongan yang celik dan cerdik juga sudah ‘dikunci’
mulut mereka dengan berbagai-bagai imbuhan yang disediakan yang juga
menyebabkan ramai kaum guru yang sudah ‘tidur lena’.
Keadaan
kemelut dalam sistem pendidikan negara kini akan menelurkan satu kesan yang
amat besaar dan parah kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang. Sekiranya
golongan ‘pelarian’ ini bermai-ramai lari meninggalkan sistem pendidikan negara
dan ‘tenggelam’ dalam sistem pendidikan yang
didatangkan dari Britain (IGCSE) maka nantinya rakyat Malaysia akan
terbahagi dua.
Yang
amat membimbangkan ialah bahawa pelajar-pelajar IGCSE tidak ‘berminat’ untuk
mempelajari Bahasa Melayu (walaupun Bahasa Melayu dimestikan diajar) dan tidak
mengetahui tentang Sejarah Malaysia (kerana sukatan pelajaran Sejarah tidak
menitikberatkan Sejarah Malaysia). Mereka akan menjadi rakyat jahil dalam
Bahasa Melayu dan ‘buta’ mengenai sejarah tanah air.
Perlu
diingat bahawa pelarian beramai-ramai golongan berada ini bukan disebabkan
kehendak mereka sendiri tetapi adalah disebabkan oleh ‘sorong-sentap’ dasar
pendidikan kita yang menyebabkan golongan berada ini ‘lari’ meninggalkan sistem
pendidikan kebangsaan. Jangan sekali-kali mereka dipersalahkan. Pihak berwajib
harus mengambil tindakan segera untuk mengatasi isu yang semakin parah ini.
Abuhassanadam
25
Februari 2014
No comments:
Post a Comment