Wednesday, February 26, 2014

DS ANWAR BERCERAMAH DI GEREJA - PUN TAK BOLEH!!….

Yang anihnya ketika muncul isu yang berkaitan dengan akidah yang ditimbulkan oleh Kassim Ahmad, tidak pula kedengaran ‘suara’ penentangan dari ‘ulama-ulama’ UMNO Begitu juga tidak kedengaran suara-suara dari NGO-NGO ‘yang sewaktu dengannya’. Senyap. Sepi. Tidak kedengaran langsung. Orang Perak kata, ‘tak berketik ‘langsung. Diam membisu seribu bahasa. Agaknya tidak mendapat isyarat untuk ‘berketik’. Ataupun mungkin mereka memikirkan tidak ada untungnya jikalau ‘berketik’ pun berbanding dengan isu ke atas DS Anwar Ibrahim yang pergi berceramah gereja di Kajang!

Aku tidak pernah terfikir bahawa masih ada lagi saki baki ‘ Kaum Tua’ yang berfikiran seperti setengah ‘ulama’ yang pada anggapan aku masih belum keluar dari ‘tempurung’ ataupun yang belum keluar dari ‘cocoon’nya. Takkanlah begitu sempit sekali pemikiran golongan ulama yang sebegini yang menganggap bahawa pemergian ke gereja dan menyampaikan ceramah sebagai suatu kesalahan yang bertentangan dengan akidah Islam.

Bagi aku sekiranya beginilah cara berfikir yang diamalkan oleh ‘ulama’ saki baki ‘Kaum Tua’ maka bolehlah aku samakan dengan pemikiran Opah aku yang melarang aku merayakan Tahun Baru Cina di rumah kawan aku bernama Loo Lik Chou pada tahun-tahun 1950an dulu. Puas aku menjelaskan kepada Opah pada ketika itu yang aku ke rumah Loo Lik Chow hanya untuk menikmati limau dan makanan yang dipesan oleh bapaknya dari kedai mamak Ar-Rahman disebelah kedai ubat bapanya. Namun Opah masih membantah. Dan terbatallah rancangan aku untuk meayakan Tahun Baru Cina Lik Chow.

Tidak berapa lama dulu pernah juga dikeluarkan satu ‘fatwa’ oleh golongan ‘ulama’ yang mirip ‘Kaum Tua’ bahawa ‘ holy water can turn Muslims into Christians’. Aku ketawa besar mendengar hujah sedemikian. Aku ketawa disebabkan bahawa ‘hujah’ ini telah digunapakai oleh para ‘ulama’ semenjak aku kecil-kecil lagi. Maknanya hujah ini sudah wujud di alam Melayu ini sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang lampau. Mungkin lebih lama agaknya.

Dalam zaman penjajahan, anak-anak yang menuntut di sekolah Inggeris terutamanya sentiasa diberikan ‘tunjuk ajar’ oleh para ‘ulama’ kampung bahawa kami perlu sentiasa berwaspada kerana sememangnya tujuan padri Kristian untuk memerangkap kami supaya memeluk agama Kritian. Itu tuduhan mereka. Dan salah satu cara yang  digunakan ialah dengan memberikan minuman ‘holy water’ yang sekali gus akan menukarkan agama kita kepada Kristian. Hanya dengan segelas air minuman!.....

Itulah ‘ayat-ayat suci’ yang dipantakkan ke telinga kami pada ketika itu oleh ‘ulama’ kampung kami. Ada yang yakin tetapi ramai yang tidak. Namun untuk menyatakan ‘tidak yakin’ dengan ‘fatwa’ berkenaan tentulah tidak berani dilakukan, kerana para ‘ulama’ ketika itu sudah mengeluarkan satu ‘fatwa’ bahawa ‘ tuan guru jangan disoal…..BERDOSA!...” Oleh yang demikian tidak ada diantara kami yang berani menyuarakan pendapat dan menentang. Dan kesannya tidak ada pula yang menuntut di sekolah Inggeris memeluk agama Keristian. Mungkin juga disebabkan kami tidak minum ‘holy water’ agaknya!!.......

YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa dalam artikel berjodol,’ Holy water won’t turn Muslim into Christians’ (Malaysiakini 11 Januari 2014) ada menyatakan,” "There is no such thing as going to Church and suddenly becoming a Christian. That is rubbish’. Rupanya fahaman sedemikian masih wujud lagi pada awal Kurun ke 21. Melihatkan keadaan sebegini yang menyebabkan aku begitu sedih kerana seolah-olah masyarakat Melayu itu tidak ubah seperti zaman Pak Pandir. Aku tak hairan sekiranya ‘fatwa’ sebegini disuarakan pada zaman-zaman awal Kurun ke 20. Sememangnya orang Melayu pada ketika itu dalam keadaan yang amat daif dan ‘ignorant’ (aku terpaksa gunakan bahasa Inggeris untuk ‘melapik’ perkataan yang digunakan).Tetapi yang aku hairan ialah bahawa masih ada lagi orang Melayu (Islam) yang masih berkeadaan sedemikian walaupun sudah berada pada awal Kurun ke 21.


Aku teringat satu peristiwa pada tahun 1997 di mana DS Mustafa Mohamed ( ketika itu sebagai Menteri Perusahaan Awam, jikalau tak silap aku) bersama-sama dengan beberapa orang pelajar di Kent, England telah menunaikan solat Maghrib di sebuah bilik di gerjeja di situ. Aku masih teringat. Kami tutup ‘salib’ dengan kain buat sementara kami menunaikan solat Maghrib. Dan sehingga kini kami semua masih merupakan penganut Islam yang kuat dan kukuh termasuklah DS Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa kini.

Aku teringat satu lagi peristiwa. Tahun 1996, pelajar-pelajar di Birmingham England telah mengadakan solat jenazah disebuah bilik di sebuah gereja di Birmingham yang diimamkan oleh Dr. Badrul Amin, memandangkan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai untuk mengadakan solat jenazah berkenaan. Aku ada bersama-sama pelajar berkenaan yang mengadakan solat jenazah untuk yang meninggal akibat serangan ‘Meningjitis’.

Aku mengemukakan kisah-kisah berkenaan semata-mata bertujuan untuk mengingatkan diri kita supaya melihat bahawa agama Islam itu dari perspektif yang betul. Dek kerana kesempitan cara berfikir setengah orang Melayu (Islam) itulah yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang mudah diperalatkan oleh golongan yang menamakan diri mereka ‘ulama’. Apabila pengetahuan mengenai agama itu cetek, maka apa saja yang diperkatakan oleh para ‘ulama’ akan diikuti  sepenuhnya. Aku teringat ungkapan yang mengatakan bahawa ‘ si tidur makanan sijaga’ dan ‘ si bodoh makanan si cerdik’

Abuhassanadam
26 Februari 2014


2 comments:

  1. Sebenarnya kita pun ada ulama yang berfikiran terbuka, moden, berpengetahuan luas selain daripada fasih atau hafal semua hadis dan ayat Quran tetapi tak semestinya menguasai ilmu sains dan teknolgi tetapi golongan ini mungkin kecil dan sulit untuk mendapat perhatian kerajaan bagi mendapat liputan adil di media massa milik kerajaan juga. Maka kita disaratkan dengan ulama konsevatif yang buta melihat isu korapsi, penindasan, hak demokratik dan perkara besar melainkan isu halal haram dan moraliti. Mereka pun berlagak lebih lagi seperti jurujual agama, tapi rakyat semakin cerdik dan golongan ulama pro-rejim penindas akan tidak diambil pot oleh generasi digital kini.

    ReplyDelete
  2. Slm tuan. Moga kisah begini dibykkn supaya melayu kita lebih phm toleransi. Tp apa bole buat, duduk uk kutuk BNP, blk msia jaga caw parti sama jugak :)

    ReplyDelete