DUN KAJANG –
PERTARUHAN PAKATAN YANG BUKAN KEPALANG
Demi rakyat Selangor, Pakatan Rakyat
mempertaruhkan DS Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan DUN Kajang. Bukan
kepalang ‘heavyweight’. Sememangnya menampakkan bahawa Pakatan Rakyat bertindak
seolah-olah ‘going for broke’. Seolah-olah kepimpinan PKR merasakan dan
berpendapat bahawa, ‘apa nak jadi, jadilah…”. Matlamatnya adalah untuk
menyelamatkan rakyat Selangor dari terjatuh ke ‘mulut buaia’.
Bukan merupakan satu rahsia lagi bahawa
sememangnya negeri Selangor yang kaya ini merupakan idaman UMNO (BN). Maknanya
‘by hook or by crook’ Selangor mesti dirampas semula. UMNO (BN) gagal untuk
merampas semula Selangor melalui PRK 13 yang lalu. Ini tidak bermakna bahawa
UMNO (BN) berputus asa dalam usaha mereka untuk merampas Selangor secara
‘baik’. Mungkin ‘dengan kekerasan’ mereka akan mencuba sebagaimana mereka ‘merampas’
negeri Perak dari tangan Pakatan dahulu. Dan sejarah juga boleh membuktikan
bagaimana ‘political manoeuvring’ Kelantan boleh ‘jatuh’ ke tangan Barisan
Nasional pada suatu ketika dahulu.
Otto Von Bismarck mengatakan, ‘ politics is the
art of the possible” dan Niccolo Machiavelli dalam bukunya, ‘The Prince’ telah
mengemukakan teori ‘realpolitik’ yang amat lumrah diamalkan oleh para diktator
dunia hari ini, termasuklah Robert Muggabe di Zimbabwe dan Presiden Bashara al
–Assad dari Syria. Besar juga kemungkinannya bahawa teori ini digunapakai dan
diamalkan juga oleh setengah pemimpin politik di Malaysia dalam hal-hal
tertentu.
Ada ‘guru’ yang telah mengajar berbuat demikian. Ada buktinya bahawa setiap
tindakan yang diluar batas undang-undang sekiranya ‘dirancang’ dengan teliti
akan menelurkan ‘kejayaan’ juga dengan mengenepikan pandangan masyarakat umum.
Dengan demikian segala pengalaman dan ‘pengajaran’ inilah yang amat
membimbangkan Pakatan Rakyat, takut-takut ‘pisang akan berbuah dua kali’.
Rakyat Selangor perlu sedar bahawa terlalu banyak
perbezaanya negeri ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat di bawah TS Abdul
Khalid Ibrahim dengan zaman pentadbiran Barisan Nasional di bawah kepimpinan TS
Mohd Khir Toyo. Ini tidak pula bermakna bahawa tidak ada langsung kemajuan yang
diperkenalkan oleh Barisan Nasional. Ada. Tetapi rakyat Selangor sudah
merasakan ‘kenikmatannya’ berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat pimpinan TS
Kalid Ibrahim. Terlalu banyak kemajuan yang dilimpahkan kepada rakyat. Apa yang
telah dilakukan jelas menunjukkan keperihatinan kepada rakyat terbanyak dan
bukan untuk mengkayakan segelintir kroni.
Justeru rakyat Selangor khususnya pengundi di Serdang perlu faham
sedalam-dalamnya hasrat Pakatan Rakyat mempertaruhkan DS Anwar Ibrahim untuk
bertanding di DUN Kajang. Bukan untuk mengenepikan TS Khalid sebagai Menteri
Besar tetapi adalah untuk saling melengkapi perjuangan membela rakyat.
Sepertimana pepatah Melayu mengatakan ‘seperti aur dengan tebing’. Kedua-dua
tokoh perlu ada dan bersama membangunkan Selangor. Dua ‘kepakaran’ perlu
digabungkan demi kemajuan rakyat Selangor.
Bukan kecil pengorbanan yang akan dilakukan oleh
DS Anwar Ibrahim dengan merelakan dirinya bertanding di kawasan DUN. Berbagai
tempelak dan sindiran yang telah diterima dan dilemparkan terhadapnya kerana
‘sudi’ bertanding di DUN Kajang.Namun disebabkan iltizam yang mendalam terhadap
perjuangan membela rakyat, maka segala cemuhan diabaikan dan akan terus
‘meluru’ kehadapan demi rakyat.
Aku fikir PRK Kajang nanti adalah merupakan PRK
yang mengukir sejarah tanah air. Seingat aku belum ada lagi PRK yang sebegini
rupanya dimana PRK negeri ditandingi oleh seorang pemimpin besar bertaraf
dunia. Belum ada lagi. Dengan sendirinya memberikan pengetahuan kepada kita
bahwa sebenarnya hasrat beliau bertanding itu adalah untuk membela rakyat.
Bukan kekayaan wang ringgit dan kesenangan yang ‘dikejar’.
Dan berkaitan dengan pertandingan ini juga, YB
Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategi PKR telah mengeluarkan kenyataan yang
jarang-jarang dilafazkan oleh ahli politik masa kini. Beliau telah menyerahkan
kepada pengundi DUN Kajang untuk membeuat perhitungan. Lebih kurang begini
katanya,”Sekiranya difikirkan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tidak
sesuai dan bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh pengundi, TOLAKLAH……
Bagi aku ini merupakan pengucapan paling ikhlas
dari seorang pemimpin muda yang sedang
melakar perjuangan demi membela rakyat. Ini merupakan pengucapan MELAYU. Cara
orang Melayu berbudi dan berbahasa. Bukan pengucapan sombong sepertimana yang
dipamerkan oleh setengah pemimpin yang sering mendabik dada, memperagakan diri
seolah-olah tidak ada orang lain yang boleh mengatasinya.
Aku amat yakin bahawa rakyat Kajang adalah
kumpulan rakyat yang rasional dan tahu menilai ‘yang mana intan dan yang mana
kaca’.
abuhassanadam
2 Februari 2014
No comments:
Post a Comment