MENGAPA TUN MAHATHIR BEGITU
MEMBIMBANGI DS ANWAR IBRAHIM….
Banyak boleh diperkatakan sebab-sebab mengapa Tun
Dr. Mahathir begitu bimbang dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim
(dimana-mana saja). Banyak sebabnya…. Namun
sebagai rakyat Malaysia yang beradab, ramai yang tidak mahu mendedahkan hakikat
itu memandangkan Tun Dr. Mahathir adalah sebagai ‘orang tua’ dan pemimpin yang
banyak memberikan sumbangan kepada negara ini walaupun pada akhir-akhir ini
mula dipersoalkan oleh rakyat terbanyak tentang keikhlasannya.
Aku pasti bahawa DS Anwar Ibrahim juga banyak
yang dia tahu tentang Tun Dr. Mahathir.
Maksud aku rahsia yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan
DS Anwar sahaja. Tentulah banyak yang boleh didedahkan oleh DS Anwar sepanjang
‘persahabatan’ mereka menerajui kerajaan selama lebih kurang 18 tahun
(1981-1998), sekiranya beliau mahu berbuat begitu. Pendek kata bahawa Tun
Mahathir bukannya ‘malaikat’ yang kesemua tindakannya tidak langsung boleh
dipersalahkan.
Atas faktor itu jelas memperlihatkan kepada
rakyat terbanyak bahawa sememangnya insan yang tahu ‘hukum-hakam’ dan
‘dosa-pahala’ seperti DS Anwar Ibrahim itu tidak akan bertindak mengaibkan
seseorang kepada masyarakat umum apatah lagi melakukan dosa memfitnah seseorang
sepertimana yang diperlakukan ke atasnya. Tidak
pernah dilihat sebelum ini oleh masyarakat Melayu beragama Islam suatu
penghinaan sedemikian yang dikenakan ke atas seorang pemimpin bertaraf Timbalan
Perdana Menteri.
Pengakuan
oleh bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad,
tidak berapa lama dahulu yang mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan
konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk
Seri Anwar Ibrahim memberikan gambaran jelas tentang fitnah yang dilemparkan ke
atas beliau..Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada
ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya pada suatu ketika dahulu.
Mungkin juga Dr. Mahathir tidak terfikir bahawa kesan ke
atas penghinaan ke atas DS Anwar Ibrahim itu begitu mendalam di hati orang
Melayu sehingga kini. Orang UMNO mula berpecah, terbahagi kepada
dua. Satu memihak kepada Tun Dr. Mahathir dan satu pihak memihak kepada DS
Anwar Ibrahim. Perpecahan dalam UMNO bermakna juga perpecahan orang Melayu,
kerana orang Melayu ramai yang menganggotai UMNO pada ketika itu dan menganggap
UMNO itu betul-betul mmeperjuangkan orang Melayu.
Orang Melayu betul-betul dalam dilemma. Mereka sayangkan
kedua-dua pemimpin – Mahathir dan Anwar. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang
memaksa mereka menentukan sikap, maka dengan berat hati mereka terpaksa
mengambil sikap memihak. Ada yang memihak kepada Anwar dan begitu juga yang
memihak kepada Dr. Mahathir. Bermulanya perpecahan orang Melayu. Yang
memikirkan tentang ‘periok nasi’ mahu tak mahu, dengan berat hati ahli-ahli
UMNO terpaksa ‘ meninggalkan ‘ Anwar dan menjadi pengikut taat setia kepada
Dr.Mahathir, walaupun dalam hati dan perasaan mereka sentiasa mengatakan bahawa
‘ Anwar tidak bersalah…”
Pengikut DS Anwar masih ramai. Malah dalam UMNO sendiri
pengikut beliau masih ramai, masih membisikan kata-kata ‘Anwar tidak bersalah’.
Tun Mahathir tahu tentang hal ini. Beliau tahu dan dapat merasakan denyut nadi
orang Melayu bahawa mereka masih sayangkan Anwar. Tun Mahathir juga tahu bahawa
ramai ahli UMNO yang kini seolah-olah berjuang ‘bermati-matian’ untuk UMNO akan
berpindah taat setia mereka kepada DS Anwar apabila sampai masanya nanti. Tun
Mahathir faham bahawa ramai yang berada dalam UMNO sekarang pun adalah
disebabkan faktor ‘cari makan’.
Dengan demikian, Tun Mahathir akan sentiasa berada
‘disamping Anwar’ ke mana saja Anwar berada. Tun Mahathir dapat membaca
kesannya sekiranya DS Anwar menerajui negeri Selangor nanti. Tun Mahathir
pastinya tidak mudah lupa tentang hasrat DS Anwar memperkenalkan ‘Ombudsman’
yang merupakan usaha ‘check and balance’ terhadap para menteri dan pegawai
kerajaan yang rasuah dan menyeleweng pada tahun-tahun 1990an dulu. Dan Tun Mahathir
tidak lupa tentang tindakan yang dilakukan oleh DS Anwar membenteras kegiatan rasuah
ketika beliau menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri selama dua bulan semasa
ketiadaan Tun Mahathir. Tun Mahathir dan kroninya juga tahu sekiranya
‘dibiarkan’ DS Anwar ‘berleluasa’ dengan tindakannya membenteras kegiatan
rasuah dikalangan menteri dan pegawai tinggi kerajaan itu maka mereka bimbang
ada kemungkinan kerajaan Malaysa terpaksa membina sebuah lagi penjara di
Malaysia!!……
Tun Mahathir tahu ‘penangannya’…….
Rakyat Kajang harus tahu juga tentang ‘penangannya’ itu.
Rakyat yang tahu ‘penangan’ DS Anwar Ibrahim itu pasti akan mengundinya dalam
PRK Kajang yang diadakan tidak lama lagi. Anak muda perlu bertanya kepada
mereka yang lebih tahu tentang ‘penangan’ DS Anwar Ibrahim itu.
abuhassanadam
19 Februari 2014
Yang dimusykilkan, tiada sanggahan yg benar2 munasabah dari DS Anwar terhadap apa yang dinyatakan oleh YB Ezam, Zul Nordin dan bekas2 ahli PKR yg lain!!! Tidak logik mengatakan mereka semua 'dibeli' atau tidak puas hati dalam PKR! Anwar memang bagus, tetapi kenapa perkara yg membabitkan maruahnya didiamkan sahaja?
ReplyDelete