RAKYAT SELANGOR
MAHUKAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERSIH BERBEZA DENGAN PEMIMPIN BN (UMNO)
Pada pengamatan aku, rakyat Selangor hanya
mahukan pemimpin yang benar-benar bersih memimpin negeri ini. Itu saja. Bersih
dan telus. Agaknya mereka sudah amat kecewa dan ‘meluat’ dengan pemimpin UMNO
(BN) yang memerintah negeri ini sejak beberapa lama. Dengan demikian mereka
merasakan bahawa adalah merupakan satu ‘kebahagiaan’ dan ‘kenikmatan’ apabila
Pakatan Rakyat dapat menumbangkan kerajaan BN (UMNO) dibawah pimpinan DS Khir
Toyo pada tahun 2008 dulu. Rakyat Selangor betul-betul bersyukur.
Dan sehingga kini itulah ‘pegangan’ rakyat
Selangor terutama golongan elit yang tinggal di kawasan-kawasan seperti Subang
Jaya, Shah Alam, Kajang, Kelang, Ampang dll. Dengan sebab itu jugalah mereka
amat menyanjung tinggi dan menghargai sumbangan TS Khalid Ibrahim sebagai
Menteri Besar Selangor. Mereka memberikan sokongan padu tentang apa saja
tindakan yang dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim walaupun mereka tahu terdapat juga kelemahan-kelemahan di sana-sini.
TS Khalid sememangynya hebat dalam hal
mentadbirkan negeri Selangor. Itu tidak dapat dinafikan. Namun sebagaimana yang
telah aku katakan tadi bahawa bukanlah tidak ada kelemahan beliau dalam
menguruskan pentadbiran. Ada. “Laut mana yang tidak berombak dan bumi mana yang
tidak ditimpa hujan’.Tetapi disebabkan sudah agak ‘serik’ dan ‘meluat’ dengan
pentadbiran BN (UMNO) yang lepas yang telah ‘mencipta’ berbagai kerenah, maka
rakyat Selangor merasakan bahawa mereka sudah berada di ‘syurga’ ketika berada
di bawah pentadbiran TS Khalid Ibrahim itu.
Apatah lagi apabila mereka mendapati bahawa
beliau adalah merupakan tokoh yang bukan kecil sumbangannya dalam memajukan
orang Melayu di negara ini dan sememangnya tidak terlibat dalam kegiatan
rasuah. Rakyat Selangor tahu bahawa beliau sebenar-benarnya mahu berkhidmat
kepada rakyat memandangkan kedudukan kewangan peribadinya yang cukup kukuh.
Rakyat Selangor tahu bahawa penglibatannya dalam politik dan pemerintahan di
Selangor adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebagai
tempat untuk ‘melombong’ dan mencari kekayaan sebagaimana yang pernah berlaku
pada zaman pentadbiran BN (UMNO) dulu.
Dengan sebab itulah apa saja tindakan yang
dilakukan oleh TS Khalid mendapat ‘restu’ dari sebahagian besar rakyat
Selangor, walaupun ada pihak-pihak tertentu yang merasakan tindakannya itu agak
tidak kena dan ‘melampau’.
Tindakannya (sebenarnya PKNS yang menjalankan
tindakan sedemikian) tidak menyambung kontrek beberapa orang pegawai kontrek di
PKNS adalah merupakan tindakan yang tidak popular dari segi politik. Mengikut
setengah pendapat begitulah. Tetapi bagi kebanyakan rakyat Selangor tidak pula
berpendapat sedemikian. Ramai yang merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh TS
Khalid itu sesuai dan wajar. Kebanyakan rakyat Selangor adalah golongan elit yang
melihat sesuatu tindakan itu secara menyeluruh dan rasional. Dan apatah lagi
apabila tindakan itu dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim yang sememang dikenali
sebagai seorang yang teliti sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Rakyat Selangor khususnya rakyat Kajang pastinya
juga dalam dilemma apabila berhadapan dengan PRK Kajang. “Hendak ditelan mati
emak dan jika diluah mati bapak’. Pengundi di Kajang dalam keadaan ‘bingung’
apabila ada ura-ura mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan menggantikan TS
Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar selepas kemenangan di PRK Kajang nanti.
Ada beberapa senario yang dibayangkan oleh rakyat
Selangor selepas PRK Dun Kajang nanti
·
Bagi
rakyat Selangor kedua-dua tokoh ini dapat diterima. Namun Yang mereka tidak
boleh terima (mungkin) sekiranya TS Khalid Ibrahim diketepikan. Rakyat masih
mahu trend dan cara pentadbiran Selangor diteruskan sebagaimana yang telah
diuruskan oleh kepimpinan lama di bawah pentadbirannya.
·
Rakyat
Selangor pastinya akan memberikan kemenangan besar kepada DS Anwar Ibrahim. Insyallah.
Ini disebabkan kehebatan dan ‘nama
besar’ DS Anwar Ibrahim itu, tetapi yang lebih penting bagi rakyat Selangor
khsususnya di Kajang ialah mereka sudah betul-betul ‘meluat’ dengan cara dan
tindakan BN (UMNO) terutama dalam menangani isu rasuah dan kroni. Rakyat
Selangor khususnya seolah-olah sudah betul-betul kecewa dengan kerajaan
BN(UMNO) yang seolah-olah telah gagal menangani berbagai masalah yang dihadapi
negara kini. Lantas mahu tidak mahu, rakyat pasti akan memberikan undi kepada
Pakatan Rakyat.
Masalah yang berada dihadapan kepimpinan Pakatan
Rakyat terutamanya dalam menghadapi PRK Dun Kajang ialah tentang bagaimana
untuk mententeramkan perasaan rakyat Selangor disamping dapat meneruskan
pemerintahan Pakatan Rakyat tanpa diganggu gugat oleh nanasir yang tidak
diingini.
Ini bukan kerja yang enteng. Kepimpinan PR perlu
menyelesaikan soal ‘hati dan perasaan’ rakyat Selangor. Yang penting ialah
menjaga dan memastikan agar rakyat Selangor ‘tidak berkecil hati’.
abuhassanadam
9 Februari 2014
No comments:
Post a Comment