‘SIKIT-SIKIT SEKS,
SIKIT-SIKIT LIWAT’ ; TAK MALU KE?
Hasrat
pihak UMNO (BN) untuk mengenengahkan isu seks yang merupakan fitnah terhadap DS
Anwar Ibrahim tentunya disambut dengan perasaan amat jijik oleh pengundi DUN
Kajang. Jelas menampakkan bahawa UMNO (BN) sudah kehabisan isu untuk digunakan
bagi ‘memerangi’ DS Anwar Ibrahim yang sudah amat bersedia dengan berbagai
‘peluru’ dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk digunakan.
Dengan
mengenengahkan fitnah demikian seolah-olah memberikan gambaran kepada rakyat
bahawa ‘seks’ adalah cara hidup dan budaya ahli UMNO. Ibarat komen beberapa
orang anak muda sekarang, ‘ sikit-skit seks; sikit-sikit liwat…tak malu ke?”Telah
terbukti bahawa ‘isu seks’ adalah ‘mainan’ ahli UMNO semenjak 1998 lagi. Dan semenjak tarikh itu, ‘seks’ dan ‘liwat’
adalah sentiasa bermain dibibir ahli UMNO samada Wanita UMNO, Pemuda UMNO
ataupun Puteri UMNO yang seolah-olah tidak ada segan silu lagi menyebut dan
memperkatakan sesuatu yang merupakan ‘larangan’ kepada masyarakat Melayu yang
bermaruah.
Isu
fitnah memfitnah itu akan diteruskan di PRK Kajang. Aku tidak dapat pastikan
kebijaksanaan perangka strategi ini kerana bagi aku tentunya akan memberikan
laluan mudah kepada Pakatan Rakyat memenangi PRK ini. Rakyat Kajang tidak mudah
diperbodohkan seperti rakyat yang ada di setengah kawasan di Malaysia. Rakyat Kajang
sudah diketahui umum sebagai rakyat terpelajar dan tahu apa yang perlu mereka
lakukan apabila berhadapan dengan soal memilih calon.
Mungkin
agaknya UMNO (BN) ingin mengikut jejak langkah di setengah negara yang
menggunakan isu seks untuk menjatuhkan pemimpin yang cuba bertanding merebut
sesuatu jawatan. Dan tektik sedemikian agak berjaya. Berjaya disebabkan tuduhan
yang dilemparkan ke atas seseorang calon itu betul-betul berlaku dan dapat
dibuktikan. Bukan dengan cara fitnah memfitnah sebagaimana yang cuba dilakukan
ke atas DS Anwar Ibrahim itu.
Pada tahun 1986, Gary Hart telah
bertekad yang beliau akan bertanding sebagai calon parti Demokrat untuk jawatan
President Amerika Syarikat. Entah macam mana selepas sahaja beliau mengumumkan
hasratnya untuk bertanding jawatan berkenaan, timbul khabar-khabar yang
mengatakan yang beliau ada membuat hubungan sulit dengan Rice. Ada sekumpulan
wartawan yang nampak Rice keluar dari rumah Gary Hart.
Gary Hart menafikan tentang hubungannya
dengan Rice. Dia mengatakan sememangnya betul Rice pergi ke rumahnya tetapi ‘untuk
meminjam buku’ katanya. Setelah mendengarkan penafian Gary Hart itu, pada
keesokan harinya, akhbar ‘ The Herald’ menyiarkan gambar Rice yang berpakaian
Bikini duduk di atas riba Gary Hart, ketika berada disebuah Yacht bernama “
Monkey Business’. Dan Gary Hart terus membatalkan hasratnya untuk merebut
jawatan Presiden Amerika Syarikat.
Mereka
mungkin ‘belajar’ dari peristiwa bagaimana Presiden Clinton ‘tercemar’
disebabkan skandalnya dengan Monicka Lewinsky, seorang pekerja sementara di
White House. Pada mulanya hanya merupakan tuduhan ( bukan fitnah ).
Dinafikan oleh Clinton. Tetapi disebabkan perkara itu betul-betul berlaku dan
dilakukan oleh Clinton maka tentunya tidak dapat disekat dan dibendung lagi.
Di
United Kingdom, berlaku juga skandal yang menghura-harakan parliman British
pada tahun 1963. Ia membabitkan seorang berpangkat menteri, John Profumo yang
pada ketika itu berjawatan War Minister of Britain. Beliau dituduh terlibat
dalam skandal seks melibatkan dirinya dengan Christine Keeler yang
merupakan ‘gundik’ seorang perisik Russia. Dikatakan John Profumo menjadi
mangsa Stephen Ward yang dikatakan sebagai ‘broker’ menghubungkan orang yang
berpengaruh dengan wanita-wanita cantik. Ekoran daripada peristiwa itu John
Profumo terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Perang.
Richard
Milhous Nixon, Presiden Amerika Syarikat yang ke 37 telah meletakkan jawatan
sebagai Presiden pada tahun 1974 kerana didapati terlibat dalam skandal yang
membabitkan dirinya. Hanya beliau saja yang menrupakan presiden yang pernah
meletakkan jawatan ketika memegang jawatan.
Itu
peristiwa yang betul-betul berlaku dan bukan fitnah. Dan pemimpin berkenaan
sanggup melepaskan jawatannya. Tetapi jikalau kita lihat dan bandingkan dengan
keadaan di Malaysia, perkara perletakan jawatan ekoran daripada kes skandal dan
salah laku tidak akan berlaku di sini. Sebaliknya seseorang berjawatan tinggi
bukan sahaja akan terus mempertahankan jawatannya tetapi akan terus
menerus menyalahkan orang lain!!...
Peribahasa
Melayu ada mengatakan, ‘ mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang
lebih’. Oleh itu bagi golongan yang cuba mengaibkan orang lain, eloklah
direnung-renungkan peribahasa tersebut.
abuhassanadam
4
Februari 2014
Belajar lah tauhid jika dah mengaku Islam
ReplyDeleteJika kamu kumpulkan sekalian yang ada di langit, dan sekalian yang ada di bumi, untuk mengaibkan seseorang, tidaklah akan berlaku, melainkan di izinkan Allah
Takdir yang kamu sendiri memilihlah samada menjatuhkan maruah sendiri
kerana, Bencana menimpa diri adalah akibat tanganmu sendiri
Apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, itu adalah untuk dirimu
Silakan, Buatlah apa sahaja kamu hendak berbuat, Ingat yang kamu akan di balas setimpalnya, Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingat yang kamu akan mati, Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu cintai, Ingat yang dia akan berpisah darimu
hidup kenalah bersyukur, kenalah jaga diri sendiri, baiklah jika tidak terlibat maksiat
jika suka komplen, mengumpat, mengeji, dapatkah agak agak kamu, mati dalam Islam. Silakan ya
Setiap tiap diri adalah pemimpin, maka perhatikan pimpinan kamu
subhanAllah