PELAKUAN JIJIK SEBEGITU BUKAN AMALAN ORANG MELAYU / ISLAM
Kaum bukan Melayu, terutamanya kaum Tionghua kena
faham bahawa perbuatan yang tidak sopan seperti dalam kes YB Teresa Kok itu
bukan amalan dan budaya orang Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu tulin
tidak begitu perangainya. Perangai sedemikian hanya diamalkan oleh manusia yang
hidup zaman Jahiliah atau yag berada dalam ‘Dark Ages’. Orang Melayu tulin
sentiasa mengamalkan berbaik-baik dan berbudi bahasa dengan semua orang dan
sentiasa menjauhkan diri dari sebarang pergaduhan dan perselisihan. Itu sifat
orang Melayu tulin.
Sifat orang Melayu tulin boleh juga dilihat
melalui pantun dan peribahasanya. Pantun Melayu yang berkaitan dengan budi
terlalu banyak. Antaranya,
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya.
Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya.
Ambilkan saya buah
delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya
terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Agaknya sudah ramai
rakyat Malaysia berbangsa Melayu tulin merasa malu mengakui dirinya sebagai
Melayu disebabkan tindakan beberapa ‘ekor
kerbau ( Lembu) yang membawa lumpur’ itu. Tidak berapa lama dahulu
mereka meletakkan kepala lembu dihadapan bangunan kerajaan negeri Selangor. Dan
golongan ‘Hidup Melayu’ juga yang menayangkan ponggong mereka di hadapan rumah
Dato Ambiga. Di Pulau Pinang ada juga golongan ‘Melayu yang melbihi Melayu’
yang ‘menghadiahkan’ kek berbentu najis kepada YAB Lim Guan Eng di Pulau
Pinang.
Yang mendukacitakan
ialah golongan yang berperangai ‘jahiliah’ ini menggunakan nama Melayu dan
Islam untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka, sedangkan orang Melayu tidak pernah
pun memberikan mandat kepada mereka untuk melakukan tindakan yang amat
memalukan itu. Mungkinlah mereka mendapat ‘restu’ dari pihak-pihak tertentu
yang menyebabkan mereka begitu garang dan berani melakukan berbagai tindakan
seolah-olah mereka berada dalam sebuah negara yang tidak berundang-undang.
Mereka seolah-olah dibiarkan bermaharajalela melakukan apa saja yang mereka
sukai. ‘Beraja di mata, bersultan di hati’.
Aku tidak faham
apakah matlamat sebenar dan matlamat akhir golongan ini melakukan tindakan
sedemikian? Dan aku juga terfikir bahawa tidakkah golongan ini (ramai juga yang
sudah agak berumur – dalam lingkungan 50an) merasa malu melakukan ‘kegiatan’
mereka itu dikhalayak ramai dengan diperhatikan oleh orang awam ‘dengan penuh
jijik’. Ataupun tidakkah mereka merasa malu dan segan kepada anak-anak dan
isteri mereka yang sudah ‘dewasa’ untuk memahami sesuatu. Dan tidakkah mereka
merasa ‘kasihan’ kepada anak-anak mereka yang bersekolah yang sentiasa menerima
kutukan dan ejekan dari kawan-kawan akibat daripada tindakan bapa mereka itu.
Aku difahamkan
bahawa di Indonesia sememangnya tidak susah ‘mengupah’ golongan tertentu untuk
mengadakan demonstrasi. Hanya dengan memberikan beberapa Rupiah saja kepada
beberapa orang sudah boleh mengadakan demonstrasi. Apakah begitu juga
keadaannya di negara kita Malaysia? Apakah dengan memberikan sedikit ‘habuan’
berbentuk wang kepada golongan ini sudah boleh ‘menggerakkan’ satu demonstrasi
di hadapan khalayak ramai. Tidak dapat aku pastikan. Mungkin ‘ya’ dan mungkin
‘tidak’.
Golongan yang
‘memperjuangkan Melayu / Islam’ ini menggunakan paltform NGO Islam. Yang
mendukacitakan kita bahawa tindakan dan perangai yang ditunjukkan mereka itu
tidak langsung membayangkan bahawa mereka mengamalkan prinsp Islam menepati
erti kata yang sebenarnya. Dilihat dari mata kasarnya begitulah. Mungkin juga
mereka ini terdiri ‘golongan’ lulusan agama dari University Al-Azhar atau pun
mungkin juga mereka ini adalah lulusan University Islam Antarabangsa dalam
bidang Syariah. Mungkin…
Tetapi yang nampak
jelasnya ialah bahwa tindakan mereka itu merupakan satu provokasi –
‘melambai-lambai’ kemunculan semula peristiwa perbalahan kaum ’13 Mei 1969’.
Sekirannya itulah hasrat dan tujuan mereka, maka aku amat yakin bahawa hasrat
golongan itu ataupun ‘yang sewaktu’ dengannya pasti akan gagal. Maknanya tidak
akan berlaku lagi peristiwa yang mereka harapkan itu. Rakyat Malaysia Kurun ke
21 amat berbeza dengan rakyat Malaysia sekitar tahun-tahun 1969. Amat berbeza.
Apa yang dihasratkan
oleh pemimpin terdahulu agar wujud perpaduan yang mantap dikalangan rakyat
Malaysia sebenarnya sudah wujud. Hanya yang diperlukan hanyalah pemantapan. Dan
ternampak semacam segala tindakan ‘jahiliah’ yang dilakukan dalam beberapa
bulan akhir ini kelihatah semacam ‘ujian’ ke arah pemantapan perpaduan itu.
Ternampak semacam perpaduan kaum di Malasyia kini sudah amat kukuh dan tidak
boleh diroboh dan di rungkai.
Misalnya beberapa
tindakan ‘jahiliah’ yang dirancangkan tidak mendapat sambutan daripada majoriti
rakyat Malaysia. Sungguhpun dianjurkan oleh NGO Islam (kononnya !) namun
golongan yang menentang tindakan ‘jahiliah’ itu adalah dari golongan orang Melayu
/ Islam bersama-sama dengan kaum Cina dan India yang cintakan perdamaian.
Sebenarnya perpaduan
rakyat Malaysia telah diuji dan teruji. Aku yakin perpaduan sebenarnya akan
wujud.
Mungkin PRK Dun
Kajang dapat terus memantapkan perpaduan itu.
abuhassanadam
8 Februari 2014
No comments:
Post a Comment