PENYELEWENGAN 1
AZAM – SAMPAI HATI !!!!!....
Telah
diberitakan bahawa telah berlaku penyelewengan Skim 1Azam
(Akhiri Zaman Miskin) yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.Dan
telah dikenalpasti juga pihak yang bertanggung jawab melakukan penyelewengan
itu tetapi belum lagi didakwa. ‘Mengapa?’ tanya rakyat Malaysia. Mengapa kes
yang sebesar dan seberat ini seolah-olah dipandang ringan oleh pihak-pihak
tertentu. Apakah memerlukan DS Najib sebagai Perdana Menteri juga untuk
melakukan pendakwaan.
Aku terserampak dengan laporan mengenai Projek 1
Azam ini. "Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan
kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan
sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi
miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
Begitu mulia dan murninya hasrat
kerajaan mewujudkan Projek 1Azam ini. Mengapa diselewengkan oleh pihak-pihak
tertentu. Apakah sudah begitu ramai kalangan rakyat Malaysia yang sudah tidak
‘berhati perut’ sehinggan ‘sampai hati’ menyelewengkan harapan golongan miskin
tegar yang kehidupan mereka ‘ kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang’. Apatah lagi apabila memikirkan tentang kenaikan harga barang kini yang
sudah barang tentu sekali amat menyusahkan kehidupan mereka.
Dan dalam keadaan yang sedemikian ramai
‘pemimpin’ kita yang hanya ‘menanam tebu
dibibir mulut’ sahaja. ‘Berteriaklah’ mereka ‘ke hulu ke hilir’ yang kononnya
mereka amat perihatin tentang penderitaan rakyat. Kononnya merekalah yang
bertanggungjawab memperjuangkan kehidupan rakyat miskin. Kononnya merekalah
yang tidak dapat tidur saban malam mengenangkan kesusahan yang dideritai oleh
rakyat, khususnya rakyat miskin di luar bandar.Begitu licik dan pandainya
mereka mengeluarkan ‘air mata buaia’ mereka.
Sedangkan disebaliknya pemimpin yang
sebeginilah yang menyelewengkan wang yang diperuntukkan kepada rakyat miskin
melalui Projek 1AZAM. Golongan yang sebeginilah juga yang sanggup ‘merompak’
jutaan ringgit wang rakyat yang kononnya untuk menjalankan projek menternak
lembu. Golongan ini jugalah yang sanggup membelanjakan wang rakyat untuk projek
penyeledikan’ di luar negara sehingga sampai ke Antartika dalam suasana rakyat
menderita dengan kenaikan harga barang. Pemimpin yang sebegini jugalah yang sanggup
berbelanja puluhan ribu Paun Sterling di Harrods London semata-mata untuk
memiliki sebuah beg tangan untuk isteri tersayang.
Aku sebenarnya amat sedih dengan kisah
penyelewengan wang 1 AZAM oleh pihak yang amat tidak bertanggungjwab ini. Amat
sedih disebabkan wang tersebut adalah diperuntukkan membela rakyat miskin
seperti aku dan keluarga aku di kampung. Aku tahu dan faham kehidupan rakyat
miskin di kampung. Aku dapat rasakan penderitaan dan kesusahan yang dialami
oleh Pak Ngah, Pak Alang aku yang masih ada di kampung berbeza dengan kehidupan
yang dilalui oleh para pemimpin yang hanya pandai bermuka-muka mengatakan bahwa
mereka sentiasa memikirkan tentang nasib rakyat. Dan yang menambahkan kesedihan
aku ialah bahawa golongan miskin luar bandar inilah yang berperanan memenangkan
BN dalam PRU 13 yang lalu. Malangnya mereka diainaya kemudiannya.
Memang sedap dan manis bunyinya hasrat
Program 1 AZAM. Kononnya program ini telah dijalankan ke seluruh negara
berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional
Development Authority (IRDA) pada akhir Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan
ke negeri-negeri lain. Secara keseluruhannya,
inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja
asing. Kerajaan juga akan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai
industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia,
pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan
sekurang-kurangnya RM760 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa
mahir.
Alangkah
indah dan ‘merdu’nya hasrat kerajaan itu. Agaknya hasrat sedemikianlah yang
telah ‘didendangkan’ oleh para pemimpin UMNO kepada rakyat miskin luar bandar
untuk memancing undi pada PRU 13 yang lalu. Justeru rakyat miskin luar bandar
tentunya percaya dengan janji manis pemimpin-pemimpin BN itu dan lantas memberikan
kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Sayangnya
‘ susu yang dihulurkan dibalas dengan tuba’. Kebaikan dan kepercayaan yang
diberikan oleh orang Melayu (miskin) di luar bandar itu terhadap BN (UMNO)
dibalas dengan penipuan dan penyelewengan. Walaupun tidak semua pemimpin UMNO
yang bersifat demikian, namuun dengan tindakan beberpa kerat
(atau
tindakan ramai kerat) telah merosakan nama pemimpin UMNO keseluruhannya.
Ibarat
kata orang Melayu ‘seekor kerbau (LEMBU) membawa lumpur habis semuanya terpalit’.
abuhassanadam
6 Februari
2014
No comments:
Post a Comment