ARTIS DAN POLITIK
Zaman dulu-dulu,
jikalau di sebut penyanyi
kerjanya hanyalah menyanyi samada di majlis-majlis perkahwinan atau di
majlis-majlis pesta ria ataupun di panggung bangsawan yang bergerak dari satu
tempat ke suatu tempat. Penyanyi yang menyanyi di istana pula kerjanya mungkin
untuk menghiburkan para Sultan atau pembesar negeri. Rakyat biasa tidak tahu
tentang kewujudan golongan penyanyi di istana ini.
Kini ‘ tugas’ penyanyi bukan sahaja sebagai penyanyi atau
penghibur tetapi sudah merangkumi kegiatan yang lebih luas. Namun ‘ the core
business’ masih lagi merupakan sebagai penghibur dan dapat ‘menarik’ orang
ramai supaya hadhir di majlis yang diadakannya. Lantas berbagai pihak
menggunakan khidmat artis untuk menarik orang ramai. Tidak ketinggalan juga
para ahli politik yang merasakan khidmat artis itu diperlukan untuk menarik
ramai orang ke majlis yang diadakan, terutama apabila seseorang ahli politik
itu merasakan ia tidak popular dan tidak mampu untuk menarik orang ramai ke
majlisnya.
Sehubungan dengan itu, kini telah sibuk diperkatakan tentang
seorang artis dari Korea, Psy yang telah berjaya menempa nama di persada dunia
dengan tarian yang menjadi gilaan anak muda dewasa ini, “ Oppa Gangnam Style”. Psy akan datang ke Penang untuk majlis
sambutan Tahun Baru Cina. Namun begitu ia tetap merupakan acara politik kerana
dikatakan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia akan menghadhirkan diri sebelum
itu di majlis berkenaan. Secara kebetulan ke atau tidak, majlis itu pasti
menarik ramai orang.
Para artis di Malaysia kini memainkan peranan yang cukup penting
dalam majlis yang berbau politik. Ahli politik akan menggunakan khidmat artis
untk mengumpulkan orang ramai. Walaupun orang ramai datang ke suatu majlis
bukan untuk mendengar ceramah politik namun disebabkan ada para artis yang
dsukai oleh mereka, maka mereka memaksa diri untuk datang. Dan biasanya
persembahan artis akan dikemudiankan setelah ucapan ‘penting’ ahli politik
disampaikan.
Tan Sri Dr S.M Salim pernah menceritakan tentang bagaimana dia
bersama Tunku Abdul Rahman pergi ke Langkawi untuk menghiburkan penduduk di
sana. Ini bermakna semenjak tahun 1950an lagi artis sudah berperanan dan
berganding bahu dengan ahli poltik untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. Dan
fenomena sebegini berterusan sehingga hari ini
Di negara-negar luar, artis terlibat terus dalam arena politik. Di
Amerika Syarikat, Ronald Reagen bukan sahaja menjadi ahli politik biasa tetapi
telah bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat dan berjaya menjadi
presiden selama dua penggal. Di Filipina pula begitu juga. Estrada pernah
memenangi jawatan sebagai Presiden bagi negara Filipina. Schwarzenegger dari
Amerika Syarikat pernah memenangi jawatan gabenor bagi state of California.
Berasaskan kepada keadaan yang wujud sekarang, penglibatan artis
dalam politik seolah-olah tidak boleh dihalang dan disekat. Di Malaysia
terutamanya, Tan Sri Jins Shamsuddin mula memecahkan rekod ini dengan
penglibatannya secara aktif dalam UMNO sehingga dia dilantik sebagai salah
seorang Senator di Dewan Negara. Bagi parti PAS dan Keadilan Rakyat pula sudah
kelihatan ramai para artis yang berjinak-jinak untuk menyertai parti berkenaan.
Apakah ini merupakan kegiatan sihat atau sebaliknya.
Satu lagi precedent ( contoh ) berkaitan dengan penglibatan artis
dalam politik ialah sebagaimana yang ditunjukkan sendiri oleh Barack Obama dengan mengheret artis atau celebrity ke dalam kempennya
untuk memenangi kerusi Presiden pada tahun 2008. Obama telah mendapat sokongan
padu dari Oprah Winfrey dan Oprah telah bersama-samanya ke sana ke mari dalam
masa berkempen. Dokongan yang diperolehi dari Oprah itu telah menyebabkan Obama
mendapat sokongan yang bukan sedikit dari rakyat..
PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi. Apakah ada parti-parti
politik di Malaysia yang ingin menampilkan artis sebagai salah seorang calonnya
sebagaimana yang telah diperlihatkan oleh Schwarzenegger dari Amerika Syarikat
atau sebagaimana yan telah ditunjukkan oleh India apabila menampilkan seorang
bintang filem untuk bertanding dalam pilihan raya.
Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Abuhassanadam
8 Februari 2013
No comments:
Post a Comment