SAYA AMAT KECEWA TUN…..
Sedang aku membelek-belek majalah di sebuah kedai buku di Manila,
Philippines pada tahun 1981, seorang rakan kursus dari Indonesia menunjukkan
sebuah majalah ‘ Asian Finance’ yang memaparkan gambar Dr. Mahathir Mohammed pada kulitnya.
“ Watch this man, Abu “ kata Ikhsan kepada aku sambil menunjukkan
gambar Dr. Mahahthir. Aku tak berkata apa-apa. Hanya menganggukan kepala.
Lantas aku beli majalah berkenaan untuk aku baca rencana yang agak panjang
didalamnya mengenai Dr. Mahathir.
Semenjak itulah aku meminati kepimpinan Dr.Mahathir ‘ macam nak
gila’. Entah macam mana cara kepimpinannya amat menarik hati ku. Tindakannya
‘ingkar ‘ untuk menghadhiri persidangan Komanwel di Cancun sungguh menarik
perhatian ku. “ Buang masa…lebih baik dia berada dalam negara untuk menjalankan
kerja-kerja berfaedah” lebih kurang katanya pada ketika itu. Kemudian pula muncul dasar-dasar yang
pada pandangan aku betul-betul innovative. Misalnya, “ Buy British Last’, ‘
Pandang ke Timur’ dan lain-lain.
Sekembalinya aku ke Kuala Lumpur bermulalah satu era baru dalam
hidup ku. Menulis. Walaupun aku tidak bekerja di mana-mana suratkhabar di
Malaysia namun artikel-artikel aku berada di mana-mana. Maksudnya aku menulis
di Berita Harian ( Berita Minggu), Utusan Malaysia ( Mingguan Malaysia ), Dewan
Masyarakat, Dewan Budaya dan majalah-majalah lain yang meminta artikel aku
disiarkan.
Kerana Dr. Mahathir. Dan kebanyakan rencana yang aku tulis adalah
mengenai kepimpinan Dr. Mahathir.
Ketika mula-mula aku hantar artikel ke Berita Harian pada tahun
1981, aku tak yakin akan disiarkan oleh Berita Minggu. Maklumlah aku’
bukan ada nama’. Tajuk artikelnya
ialah “ Pimpinan 2M Yang Memikat “ Aku mencuba nasib. Moga-moga sesuai untuk
disiarkan oleh Berita Harian. Pada hari minggu berikutnya, keluar tajuk rencana
yang sama seperti yang aku hantar. “ Sial betul Berita Harian ni…..” kata hati
kecilku. Aku terus membaca perkataan demi perkataan. Sebiji macam rencana yang
aku hantar. Tak banyak potong. “ Orang lain dah ambil rencana aku “ kata hati
kecilku lagi. Setelah habis membacanya barulah aku ternampak nama penulisnya.
Bukan main besar. Nama aku.
Bermula dari saat itulah aku amat rapat dengan kumpulan pengarang
yang ada di Berita Harian tu, terutamanya Sutan Shahril Lembang ( arwah )dan
Nazeri Abdullah ( Dato’). Dan
hampir setiap minggu rencana aku disiarkan, disamping rencana penulis-penulis
lain. Isu yang aku paling suka ialah mengenai kepimpinan Dr. Mahathir.
Kerancakan aku menulis terus teransang dengan kemasukan Saudara
Anwar Ibrahim dalam kerajaan. Bagi aku dan kebanyakan kawan-kawan juga
kemasukan Anwar berganding bahu dengan Dr. Mahathir dalam mentadbirkan negara
merupakan zaman gemilang Malaysia. Anwar dengan slogan kata, “ the conscience
of the majority’nya terus berkumandang dan dihayati oleh bekas mahasiwa
University Malaya yang seangkatan dengannya.
Jikalau sebelum kemasukan Anwar Ibrahim tumpuan rencana aku
tertumpu kepada Dr. Mahathir, kini pada Anwar Ibrahim pulak. Setiap tindakan
yang dilakukan oleh Anwar aku ulas dan kebetulan pula Berita Harian ( Berita
Minggu ) sudi pula menyiarkannya. Tidak ada bezanya antara Dr. Mahadhir dengan
Anwar Ibrahim. Saling melengkapi. Dan dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an aku
sudah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Dato ‘ Seri Abdullah Badawi dan
kemudiannya menjadi Pegawai Khas Saudara Anwar Ibrahim pulak. Bertambah rancak
kegiatan aku sehinggalah berlaku peristiwa yang amat menyedihkan aku, yang
menyebabkan aku terus berhenti menulis di akhbar. Peristiwa pemecatan Saudara Anwar
Ibrahim.
Aku tak terkata. Aku tak tahu nak kata apa. Melainkan aku diam.
Diam buat beberapa ketika. Menyepikan diri. Aku amat sedih dengan peristiwa
ini. Sebabnya sekiranyalah tidak berlaku pemecatan Anwar aku tak boleh
bayangkan entah dimana kedudukan negara kita sekarang. Mungkin sudah dapat
berdiri sama dengan Jepun atau Korea. Mungkin. Dan di arena antara bangsa nama
Malaysia akan sentiasa disebut-sebut, terutamanya kerana dua orang pemimpinnya
yang agung Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Rupa-rupanya kita hanya dapat merancang. Allah juga yang
menentukan.
Tuduhan terhadap Anwar yang menyebabkan dia dipenjara dan
ditendang keluar dari UMNO tidak dapat aku terima. Aku amat kenal dengan
Saudara Anwar. Namun begitu aku selalu ‘ berlapik’ apabia ditanya oleh
kawan-kawan, apakah benar Anwar tidak melakukan perkara terkutuk itu. Aku
menjawab, “ setahu aku tak sanggup dia nak melakukan perkara terkutuk itu. Aku
yakin tidak.” Kataku.
Selepas tahun 1998, aku tidak menulis lagi. Aku hanya
membelek-belek keratan artikel lama yang aku kumpulak dalam sebuah buku besar.
Lebih kurang 300 artikel yang telah terkumpul. Aku kenangkan zaman kegemilangan
yang telah aku lalui ketika menulis mengenai Dr. Mahathir Mohamed dan Anwar
Ibrahim. Aku teringat pada suatu malam dalam tahun 1990 Dr. Mahathir
menyampaikan ucapanya yang bertajuk, “ The Way Forward”. Di Harvard Club
Dinner. Ucapan itulah yang dijadikan asas kepada Wawasan 2020.
Aku abadikan artikel-artikel aku mengenai Wawasan 2020 dalm sebuah
buku berjodol, “ MENGHALA WAWASAN 2020’
disamping buku lain yang berjodl “ MALAYSIA PIMPINAN MAHATHIR’ Dan buku
yang akhir sekali aku tilis ialah “ MENEBUS MARWAH’.
Kedua-dua tokoh ini, Dr. Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim
sentiasa dalam ingatan ku . Memang aku terpanggil untuk menulis semula mengenai
kedua tokoh ini, walaupun masing-masing dalam gelanggang yang berlainan. Dan
apbila muncul isu berkaitan dengan pemberian kad pengenalan di Sabah yang
menurut Dr. Mahathir membabitkan juga Saudara Anwar Ibrahim, aku merasa cukup
sedih dengan kenyataan Dr. Mahahthir itu. Sebab Dr. Mahathir hanya menuduh dan
tidak dapat mengemukakan bukti. Sekiranya disertakan dengan bukti mungkin akan
menyebabkan aku berfikir semula.
Sekali lagi aku tak pandai nak berkata-kata dengan keadaan yang
wujud sekarang. Cuma yang dapat
aku lahirkan ialah ‘ Aku amat kecewa”.
Abuhassanadam
1 Februari 2013
Saya pun amat kecewa, Tun
ReplyDeleteSelamat menulis.
ReplyDeleteBloger: tiubbocor.blogspot.acom / drrajieehadi.blogspot.com