DEBAT SYARAT
DEMOKRASI
Mahu tak mahu aku fikir perdebatan bagi siapa sahaja yang ingin
bertanding dalam pilihanraya yang ke 13 mesti diadakan. Tidak kiralah di
peringkat parlimen atau peringkat negeri. Samada nak jadi Perdana Menteri atau
pun nak jadi Menteri Besar. mesti berdebat dulu. Mesti mengeluarkan pendapat
tentang cara mana seseorang itu nak menjalankan pentadbirannya nanti.
Rakyat kena dengar. Adakan perdebatan itu di Dewan Orang Ramai di
kampung-kampung ataupun adakan perdebatan di Dewan Bandaran kalau di bandar.
Dan untuk peringkat pusat adakan di dewan-dewan besar secara terus menerus.
Live. Supaya rakyat boleh dengar. Supaya rakyat boleh tahu dan faham ke mana
arah tuju yang hendak dibawa. Bukan ‘one-way’ traffic. Beri peluang kepada
semua untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.
Masanya telah sampai supaya rakyat kita jangan diperbodohkan lagi.
Rakyat Malaysia kini sudah celik. Bukan saja celik huruf tetapi sudah celik
komputer. Celik Internet. Celik Facebook dan tweeter. Sudah tidak ramai rakyat
Malaysia yang buta huruf. Mungkin ada saki baki yang sedemikian. Tidak ramai.
Kita harus berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi dan membukakan
peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menikmati segala peluang yang
diberi.
Namun begitu, pihak kerajaan seolah-olah masih menyampaikan
maklumat secara ‘one-way’ traffic. Maksudnya hanya pemimpin pihak kerajaan
sahaja yang dapat menyalurkan pandangan mereka melalui saluran maklumat yang
disediakan oleh kerajaan. Maklumat dari pemimpin kerajaan seolah-olah dipaksa
dan disogokkan kepada rakyat walaupun mereka tahu ada dan ramai rakyat yang
tidak mahu menerima sogokkan itu. Maknanya para pemimpin sedemikian seolah-olah
berada dalam keadaan syok sendiri. Mereka tentu tahu atau pura-pura tak tahu
bahawa rakyat tidak akan menerima bulat-bulat apa yang disarankan oleh mereka.
Pihak kerajaan perlu sedar bahawa masyarakat Malaysia Kurun ke 21
adalah masyarakat yang hampir-hampir sama dengan masyarakat yang ada di Amerika
Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun yang ada di Jepun. Masyarakat
terpelajar. Cuba kita menungkan. Semenjak terlaksananya Dasar Ekonomi Baru (
1970) sudah berapa ratus ribu agaknya kerajaan menghantar pelajar untuk belajar
di pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Mungkin sudah mencapai
angka million. Dan kini berapa ratus pusat pengajian tinggi awam dan swasta
yang ada di Malaysia.
Maknanya golongan terpelajar yang ada di Malaysia meningkat saban
tahun. Dan kalau dulu kita sentiasa memperkecilkan kebolehan anak-anak kampung,
kini anak-anak kampunglah yang memenuhi bandar Kuala Lumpur. Mereka adalah
golongan yang celik segala-galanya. Mereka mengikuti perkembangan zaman. Mereka
tahu apa yang berlaku disekeliling mereka dan juga diluar negara.
Yang anihnya ‘treatment’ yang diberikan oleh kerajaan adalah sama
dengan ‘ teatment’ ketika Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.
Mungkinlah ada sedikit perubahan. Terlalu sedikit. Cara pemimpin kita
menghebahkan dasar-dasar kerajaan tidak jauh bezanya dengan cara yang
disampaikan oleh pemimpin terdahulu. Seolah-olah pemimpin kini tidak sedar dan
tidak peka dengan perubahan radikal yang berlaku.
Dengan sebab itulah aku menyarankan dan menyeru sangat-sangat agar
‘treatment’ yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan seharusnya bersesuaian dengan
keadaan perkembangan semasa. Tak usahlah bercakap mengenai penyediaan jalan
raya, lampu letrik, bekalan air lagi. Itu modal yang sudah basi. Orang dengar.
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Serupalah juga dengan cara menakutkan
rakyat dengan isu ‘Zaman Jepun’ atau “ Zaman Komunis”. Tak lut dah. Begitu juga
dengan cuba menakutkan rakyat
dengan ‘Persitiwa 13 Mei”. Aku rasa juga dah tak lut dah. Sebab rakyat sekarang
lebih suka kepada perdamaian daripada permusuhan ( kaum ).
‘Perbalahan’ atau ‘ peperangan’ atau ‘pertembungan’ yang mereka
idamkan ialah pertembungan fikiran. Menguji kepintaran melalui perdebatan.
Dengan cara itu rakyat akan mengiktiraf kebolehan sesorang pemimpin yang akan
memimpin mereka untuk menembusi
Kurun ke 21. Meletakkan negara di persada dunia global dan bukan berada
‘dibawah tempurung’ lagi.
Langkah yang diambil oleh pihak yang menganjurkan debat untuk
pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu bagi seluruh pelajar
dunia adalah satu langkah yang patut dipuji. Dan kesediaan DS Najib untuk
merasmikan acara perdebatan merupakan langkah yang menunjukkan Perdana Menteri
kita sememangnya merestui dengan bersungguh-sungguh acara demikian. Dan tidak
timbul isu yang mengatakan bahawa debat bukanlah merupakan amalan budaya di
Malaysia.
Rakyat terbanyak mahu keadaan sedemikian diamalkan secara meluas
di Malaysia. Bukan sahaja diamalkan di pusat pengajian tinggi, malah boleh
diamalkan juga di luar pusat pengajian tinggi. Dan amat bertepatan sekiranya
budaya debat ini dimulakan bersempena dengan PRU 13 yang akan diadakan tidak
lama lagi..
Debat boleh di adakan. Jikalau tidak dapat dijalankan di peringkat
kampung atau daerah pada permulaanya, eloklah dimulakan di peringkat bandar
atau peingkat pusat. Ada disarankan agar diadakan perdebatan antara calon-calon
yang hendak bertanding dalam PRU 13 di kawasan Lembah Pantai. Itu sebagai
permulaan. Dan selepas itu bolehlah diadakan di kawasan lain di Wilayah
persekutuan, di negeri-negeri yang lain seterusnya. Dan kemuncaknya tentulah
perdebatan antara pemimpin tertinggai pihak kerajaan dan pembangkang.
Kegiatan sedemikian adalah merupakan kegiatan yang sihat, sesuai,
menepati aspirasi rakyat kini dan merupakan amalan rakyat negara maju yang akan
menempuh arus globalisasi dengan jayanya.
Semoga dapat direalisasikan. Insyallah.
Abuhassanadam
25 Februari 2013
Hello Saudara Pakar, salam kepada saudara dan keluarga. Tahniah, usaha blog ini bagus sekali. Bagaimana pandangan saudara dengan projek IC di Sabah dan negeri-negeri yang lain? Pada pendapat saya ("bukan pakar tetapi yang ada pen parker") kedua pemimpin ini adalah dari zaman berlainan. MM dari kurun yang telah berlepas dan DSAI untuk abad ke-21. Malaysia akan lebih demokratik, maju dan mewah lagi tanpa UMNO baru-BN yang tidak lagi relevan.
ReplyDeleteDI mana saudara sekarang? Saya dan Lian di Pulau Pinang sekarang. Harap boleh berjumpa minum teh tarik dan meneruskan perbincangan lagi. (Leong Yong Pak; leongyp2007@gmail.com)