BETULKAH MELAYU KINI TIDAK MENGENANG BUDI?
Ada yang bertanya aku betulkah Melayu Kurun ke 21 sudah tidak
mengenang budi?
Aku jawab “ YA” jikalau orang yang berbudi itu tidak ikhlas. Kalau
orang yang berbudi itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu yang menyebabkan dia
sangggup berbudi. Bak kata orang tua-tua, “ ada udang disebalik batu’. Dalam
cerita “ Madu Tiga’ arahan P. Ramlee, aku tertarik dengan satu dialog yang
diucapkan oleh ‘ ayah ‘ kepada seniwati Sarimah yang memuji-memuja Haron (
P.Ramlee ) dengan kata-katanya, “ baik…..ada makna tu…… ( lebih kurang
begitulah).
Tujuan Haron berbudi
( tidak mengambil sewa rumah untuk beberapa bulan ) adalah kerana Haron sudah
berminat kepada ‘Sarimah ‘ dan bercadang hendak memperisterikannya. Isteri
ketiga. Pemberian dan perbuatan yang sedemikian yang orang Melayu tidak boleh
terima. Memang orang Melayu tidak mengenang budi jika diukur dari segi tindakan
sedemikian.
Namun demikian orang Melayulah yang masih tebal dengan sikap
mengenang budinya sekiranya budi yang dihulurkan itu ikhlas, dari hati yang
suci, ‘ tidak ada udang disebalik batu’, tidak mempunyai hasrat dan niat yang
terselindung , tidak mengarapkan balasan kepada budi yang dihulurkan. Jikalau
begitu keadaannya budi yang diberikan itu akan dikenangnya sampai mati. Itulah
orang Melayu tulin. Pantun Melayu ada mengatakan,
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti’
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
Aku kerap kali pulang ke kampung. Bercuti ataupun apabila ada
majlis khenduri atau kematian di kampung. Sedaya upaya aku cuba balik kampung.
Kalau aku balik berkereta, pasti apabila aku pulang dari kampung akan
dibekalkan dengan barang-barang hasil kampung – pisang, jantung pisang,
sayuran-sayuran kampung yang lain. Yang aku nak cerita ialah tentang ‘perangai’
pelik orang kampung aku. Bukanlah semua. Ramai yang bersikap demikian.
Mereka tidak memberitahu aku identiti sipemberi sayur-sayuran atau
buah-buahan. Mereka menyembunyikan dentiti mereka. Mereka tidak mahu aku tahu
yang si anu memberi atau si polan yang memberi durian. Kadang –kadang aku tak
sedar yang buah-buahan seperti rambutan atau durian sudah berada ditepi kereta
aku. Aku faham yang buah-buahan itu untuk diberikan kepada aku untuk dibawa
pulang. Aku faham kerana sememangnya begitu ‘perangai’ kawan-kawan rapat aku di
kampung itu.Aku boleh agak siapa yang memberinya. Aku tidak mengucapkan terima
kasih dengan serta merta.
Kemesraan yang terjalinlah ialah apabila aku membelikan mereka
‘satay’ dan menghantarkan ke rumah mereka yang kebiasaannya tiga atau empat
bulan kemudian. Bila aku pulang ke kamung. Bila aku menghantarkan pemberian aku
itu ke rumah mereka aku akan iringkan dengan kata-kata, “ harga durian dan
rambutan lebih mahal dari harga satay ni…’. Pastinya akan diikuti dengan
deraian ketawa. Sehingga sekarang masih ada lagi kawan-kawanku di kampung yang
bersikap sedemikian.
Aku akan mengenang budi kawan-kawan ku ini samapi ke liang lahat.
Sebab pemberiannya disampaikan dengan ikhlas. Agama ada mengajar kita bahawa
sekiranya tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu yang tangan kanan
yang memberi. Agaknya ajaran itulah yang diamalkan oleh kebanyakan orang
kampung ku. Tidak dihebahkannya pemberiannya. Tidak pula dia memberitahu ‘
seluruh alam’ yang dia yang memberikan durian berkenaan.
Berbeza benar dengan keadaan yang ada sekarang. Setiap pemberian
mesti dihebahkan. Walaupun pemberian itu tidak sebesar mana. Perlu disiarkan
dalam akhbar. Perlu diceritakan melalui radio. Dan jikalau boleh ditunjukkan peristiwa
penyerahan pemberian itu melalui TV supaya dapat ditonton oleh manusia ‘
seentero dunia’. Mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya, si anu atau sipolan yang memberikan sumbangan
itu.
Pemberian sebeginilah yang dikatakan tidak ikhlas. Ada mempunyai
motif-motif tertentu. Walaupun ‘ sudah berbuih mulut’ si pemberi mengatakan
yang pemberiannya itu iikhlas, namun orang masih boleh menilai yang pemberian
itu tidak ikhlas. Maka selagi itulah segala pemberian itu adalah ibarat ‘
mencurah air ke daun keladi’. Tidak akan dikenang. Malah akan mendapt cemuhan
dan cerca. Akan diperkatakan mengenai pemberian seseorang yang tidak ikhlas.
Dan kesannya tidak sampai ke mana.
Apabila orang Melayu bersikap demikian akan di labelkan pula yang
orang Melayu tidak mengenag budi……
Orang Melayu masih tebal dengan sifat mengenang budinya walaupun
sudah lama tinggal dibandar. Ada yang mengatakan orang Melayu bandar sudah
tidak pandai mengenang budi. Bukan semua. Masih ramai yang tahu mengenang budi
orang lain. Yang tidak tahu mengenang budi boleh ditakrifkan sebagai sudah ‘
murtad’ dan ‘ sudah meletakkan jawatan’ sebagai orang Melayu. Kebiasaanya manusia yang bernama Melayu tahu
mengenang budi orang.
Kerana orang Melayu terlampau berbudilah, hampir tergadai ‘body’.
Kerana orang Melayu terlampau berbudilah samapai sekarang negara
ini menjadi ‘ syurga’ yang dinikmati oleh orang luar.
Kerana orang Melayu berbudi bahasalah kadang-kadang orang yang
menumpang negara kita bersikap biadap dengan orang Melayu itu sendiri walaupun
kadang-kadang tidak sampai setahun menumpang tinggal di negara ini.
Oleh kerana orang Melayu terlampau berbudi bahasalah menyebabkan
ramai orang asing diberikan taraf kerakyatan di negara ini dengan senang.
Abuhassanadam
15 Februari 2013
No comments:
Post a Comment