TEORI GOEBBELS DAN KEYAKINAN MELAYU
Joseph Goebbels, Menteri propaganda Adolf Hitler dalam zaman
pemerintahan Nazi di negara Jerman pada suatu ketika dahulu pernah berkata
bahawa, “If you repeat a lie often
enough, it becomes the truth”. Maknanya kalau kita berbohong dan kita ulangi
pembohongan itu beberap kali, nescaya lambat laun akan dipercayai juga akhirnya
( oleh siapa yang mendengarnya)
Aku tak tahu samada
ramai yang cuba mengamalkan teori Goebbels ini. Memandangkan ‘trend’ dalam
negara kita kini seolah-olah teori Goebbels ini sudah menjadi semacam ‘
ayat-ayat suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad’. Masing-masing cuba
mengguna-pakai dalam amalan setiap hari. Para pemimpin negara cuba meyakinkan
rakyat dengan mengulani
hujjah-hujjah yang serupa pada setiap masa agar rakyat yakin apa yang
dicakapkan.
Tahun 1998 berlaku
peristiwa hitam dalam sejarah negara ( bagi aku le). Saudara Anwar Ibrahim
dituduh melakukan liwat disamping berbagai-bagai tuduhan lain. Pihak tertentu
menggunakan berbagai-bagai cara untuk meyakinkan rakyat bahawa Saudara Anwar
ada melakukan perkara terkutuk itu. Dan berkemungkinan besar juga pihak
propaganda kerajaan mengguna-pakai
teori Joseph Goebbels ini dalam usaha perang saraf itu.
Namun begitu teori
Joseph Goebbels ‘ tewas’ apabila berhadapan dengan falsafah Melayu.
“ Aku tak percaya…”
“ Jikalau aku kata tak percaya….tak percaya la……”
“ Berapa kali aku nak kata aku tak percaya….tak percaya la..”
“ Jikalau kerat empat pun …aku tak percaya”
Berapa kali pun disogokkan dengan cerita karut itu pada masyarakat
Malaysia, pada orang Melayu khususnya ‘jawapan’ yang diberikan oleh masyarakat
Melayu ialah tetap sama. Kalau dia kata dia tak percaya, dia akan kata tak percaya ' sampai kiamat' le.
“ Aku tak percaya…”
“ Jikalau aku kata tak percaya….tak percaya la……”
“ Berapa kali aku nak kata aku tak percaya….tak percaya la..”
“ Jikalau kerat empat pun …aku tak percaya”
Inilah sifat orang Melayu yang telah diwarisinya turun temurun.
Teori Goebbels Nampak semacam ‘ tak lut’ apabila berhadapan dengan teori dan
falsafah Melayu.Aku sengaja memilih isu ini kerana kewujudan keadaan sekeliling
yang menghairankan aku dan ramai orang. Semenjak tahun 1998 lagi, tidak
habis-habis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Walaupun beliau
dijatuhi hukuman bersalah dan dikenakan penjara beberapa tahun, namun masyarakat
masih tidak mempercayai yang dia ada melakukan perkara-perkara yang dituduh.
Maknanya masyarakat masih tidak percaya kepada tuduhan-tuduhan itu walaupun
hakim mengatakan beliau bersalah.
Hakim mengatakan bersalah tetapi masyarakat umum merasakan beliau
tidak bersalah. Ini ialah persoalan persepsi. Aku mengatakan begitu kerana
sambutan terhadap Saudara Anwar Ibrahim seolah-olah tidak berubah. Malah
semakin bertambah. Ketika beliau berada di penjara, tidak putus-putus orang
ramai pergi melawat keluarganya dan apabila beliau dibebaskan dari penjara,
lautan manusia hadhir di rumahnya untuk menyambut kepulangannya.
Maknanya masyarakat ‘menentang’ keputusan hakim yang mengatakann
dia bersalah.
Maknanya masyarakat menganggap Saudara Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Maknanya teori Goebbels tidak berkesan kepada masyarakat Malaysia
dan masyarakat Melayu khususnya. Orang Melayu tidak ambil peduli tentang
beberapa kempen yang dijalankan untuk memburuk-burukkan beliau.
Seolah-olah teori Joseph Goebbels terus menerus diguna-pakai
walaupun nampak jelas tidak berkesan. Dalam kempen untuk memburukkkan Saudara
Anwar kini, berbagai tuduhan dan tohmahan dilimparkan. Aku tidak pasti samada
tuduhan atau tohmahan itu betul atau tidak. Namun yang dapat aku pastikan ialah
masyarakat tidak percaya kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.
Mungkin juga ada yang percaya. Tak ramai. Jikalau ada yang percaya
pun aku pasti, jauh disudut hatinya tidak juga begitu yakin dengan tuduhan dan
tohmahan yang dilemparkan. Seorang kawan aku yang ‘ terpaksa’ mempercayai
segala tuduhan dan tohmahan terhadap Saudara Anwar terpaksa mengaku juga
akhirnya bahawa sebenarnya dia juga tidak mempercayai fitnah berkenaan. Dia
mengaku bersalah membuat tuduhan sedemikian disebabkan ‘terpaksa’.
Aku pernah menghadhir satu ceramah dimana Saudara Anwar berucap.
Aku tahu Saudara Anwar memang hebat ketika menyampaikan ucapan. Tapi
persoalannya ialah apakah rakyat masih mahu lagi mendengar ucapannya setelah
ditohmah dengan berbagai tohmahan oleh siaran TV dan akhbar-akhbar milik
kerajaan.
Apa yang menghairankan aku ialah sambutan yang diberikan oleh
rakyat dari berbilang kaum terhadap Saudara Anwar Ibrahim memang luar biasa.
Lautan manusia hadhir mendengar ucapannya. Mereka datang bukan dibayar. Bukan
disediakan nasi bungkus. Tidak disediakan bas-bas untuk membawa mereka pergi
dan balik. Tidak dibekalkan wang saku. Rakyat datang untuk mendengar ucapan
Saudara Anwar Ibrahim.
Maknanya falsafah dan
pegangan orang Melayu itu amat berkesan dalam suasana masyarakat Malaysia.
Orang Melayu khususnya tetap mengatakan
“ Aku tak percaya…”
“ Jikalau aku kata tak percaya….tak percaya la……”
“ Berapa kali aku nak kata aku tak percaya….tak percaya la..”
“ Jikalau kerat empat pun …aku tak percaya”
Maknanya teori Jospeh Goebbels tidak sesuai dan tidak berkesan
dipraktikkan di Malaysia. Mungkin…….
Abuhassanadam
27 Februari 2013
No comments:
Post a Comment