DS
NAJIB TIDAK BERSALAH
Maksud aku bukan DS Najib seorang saja yang bersalah
dalam banyak hal yang membabitkan kenaikan berbagai jenis cukai yang aku rasa
betul-betuk membebankan rakyat. Dari jauh aku dapat tahu melalui kawan dan
rakan dan melalui blog-blog yang menjelaskan tentang berbagai ‘tekanan’ yang
dikenakan oleh kerajaan terutama yang membabitkan kenaikan harga elektrik dan
toll yang bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Terasa macam takut dan
bimbang pulak aku untuk pulang ke Malaysia, mendengar berita yang menggerunkan
itu.
Aku teringat peribahasa Melayu, ‘hujan emas di negeri
orang hujan batu di negeri sendiri’.
Di England kini tidaklah berlaku hujan emas tetapi
aku dapat rasakan tentang kurangnya ‘tekanan’ yang diberikan oleh kerajaan di
negara ini ke atas rakyatnya. Sekurang-kurangnya tidak ada jalan raya yang
dikenakan toll sewenang-wenangnya sebagaimana yang dikenakan oleh kerajaan
negara kita. Hanya ada sebatang lebuhraya yang bertoll ia itu Birmingham North
Relief Road yang dibuka pada tahun 2003 yang bertujuan untuk mengurangkan
kesesakan di Lebuhraya M6 melalui Birmingham dan Black Country yang dikatakan
tidak menampung lalu lintas yang betrtambah dari 72,000 kepada 180,000 sehari
pada tahun 1980.
Selama empat tahun ( 1994 sehingga 1998) aku ‘ke hulu
dan ke hilir’ melalui lebuhraya di United Kingdom tidak pula terdapat sebarang
lebuh raya yang bertoll samada di England, Wales atau Scotland. Dan sekiranya
‘jalan tidak bertol’ itu dianggap sebagai ‘hujan emas’ di negeri orang, maka memang
tepatlah.
Namun aku akan balik juga ke negara aku Malaysia
tidak lama lagi walaupun sedang ‘hujan batu’……
Berbalik membincangkan persoalan tentang kenaikan cukai. Banyak perkara
yang ‘menendang’ benak kepala aku. Walau apa pun alasannya, DS Najib sebagai
Perdana Menteri tetap dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas kenaikan
berbagai jenis cukai itu disebabkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Namun
yang menghairankan aku ialah apakah
menteri-menteri yang menganggotai kabinet kerajaan Malaysia kesemuanya
sudah ‘bisu’ dan boleh ‘memejamkan mata’ dan ‘memekakkan telinga’ apabila isu
yang membabitkan rakyat sebegini penting dibincangkan dalam kabinet. Pastinya
beragai laporan disediakan sebelum keputusan diambil. Dan tentunya para menteri
yang hadir di kabinet bukan semata-mata untuk datang dan meluluskan apa saja
yang ditulis dalam kertas kabinet. Tak mungkin!.....
Atau apakah para menteri kita datang ke mesyuarat
kabinet pada setiap hari Rabu itu semata-mata untuk melengkapkan syarat supaya
hadir dalam mesyuarat kabinet. Apakah begitu? Ataupun apakah tidak langsung
mereka membaca kertas kabinet yang disediakan untuk dibincangkan. Mungkinkah
para menteri kita tidak mengikuti kursus ‘speed reading’ untuk membolehkan
mereka membaca kertas kabinet dengan pantas dan yang berbagai-bagai itu. Atau
pun mungkinkah ada para menteri kita tidak dapat menghayati dan menghazamkan
apa yang ditulis dalam kertas kabinet berkenaan.
Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Dan yang paling
menyedihkan aku ialah apakah tidak ada seorang menteri kabinet pun yang berani
menyuarakan pendapat menentang segala tindak tanduk untuk menaikkan cukai itu.
Apakah para menteri kita tidak ‘terasa’ dan tidak simpati dengan penderitaan
yang akan dialami oleh rakyat negara ini, khususnya yang berpendaatan rendah
kesan daripada berbagai jenis cukai yang dikenakan itu. Apakah para menteri
kita tidak ada langsung perasaan ‘empathy’ kepada rakyat hasil daripada
tindakan mereka itu?
Apakah tidak ada langsung pegawai-pegawai ‘yang
berbagai tugas’ di Pejabat Perdana Menteri berani menyuarakan pendapat
menentang cadangan menaikkan cukai ini. Apakah semua mereka itu sudah menjadi
‘Yes men’. Setahu aku tugas para pegawai di pejabat menteri samada Setiausaha
Politik ke, Setiausaha Sulit ke, Setiausaha Akhbar ke, Pegawai Pegawai Khas ke
adalah untuk menasihati Perdana Menteri dan bukan hanya untuk menjadi
‘pengikut’ setia yang membabi buta kepada Perdana Menteri.
Dan aku yakin sememangnya itulah peranan yang
diperlukan oleh seorang Perdana Menteri atau Menteri-Menteri lain kepada
pegawai-pegawainya, ia itu untuk menasihati mereka dalam apa juga isu dan
cadangan yang hendak dikemukakan kepada rakyat. Adalah menjadi tugas para
pegawai itu untuk memberikan nasihat secara jujur dan ikhlas ( walaupu pahit
untuk diterima) kepada Perdana Menteri.
Kini dapat aku perhatikan bahawa seolah-olah
‘semua’nya diam membisu samada para Menteri kabinet ataupun pegawai-pegawai di
Jabatan Perdana Menteri ataupun pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bergaji
puluhan ribu ringgit sebulan hasil daripada wang rakyat yang dikenakan cukai
itu. Semuanya diam membisu. Seolah-olah kesemuanya takut. Seolah-olah semuanya
hanya mementingkan ‘periuk nasi’ agar tidak ‘dimasuk pasir’. Ternampak semacam
begitu……
Untuk tambah menyedihkan aku lagi ialah kesepian yang
ditunjukkan oleh pihak media. Ada akhbar-akhbar tertentu dan TV yang langsung
semacam tidak berani untuk menyuarakan pandangan mereka tentang kesulitan yang
dideritai oleh rakyat akibat dari cukai yang dkenakan itu. Langsung tidak ada
berita yang menyuarakan hasrat rakyat, membayangkan penderitaan yang dideritai
oleh rakyat. Senya dan sunyi. Apakah pada pandangan pihak media kesemua
tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu betul belaka? Mungkin mereka
beranggapan begitu….
Ke manalah negara hendak dibawa……
abuhassanadam
London
20 Disember 2013
No comments:
Post a Comment