RAKYAT MASIH WARAS
TIDAK AKAN BERTINDAK MENJATUHKAN KERAJAAN
TIDAK AKAN BERTINDAK MENJATUHKAN KERAJAAN
Tan Sri Norian Mai bekas Ketua Polis Negara berkata,
“I believe in
the police capability (if there are attempts to overthrow the government). I am
confident that Malaysians are rational and this would not happen,”. However, he
said, if the protesters go against the law and such a protest is deemed a
threat to the nation, then proper action should be taken.’ Malaysiakini – 30
Disember 2013.
Aku amat
setuju dengan pendapat yang dikemukakan.
Akhbar dan media pro kerjaan beberapa hari terakhir ini ‘menuduh’
bahawa perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember 2013 adalah sebagai
perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan sedangkan ‘sudah berbuih’ mulut pihak
‘penganjur’ yang mengatakan bahawa perjhimpunan ini adalah merupakan pernyataan
rakyat menyatakan tentangan mereka terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga
barang.
Blog-blog pro UMNO juga kata begitu, ia itu perhImpunan untuk
menumbangkan kerajaan. Pertubuhan-pertubuhan yang sentiasa ‘cari makan’ dengan
isu–isu yang sebegini juga kata begitu seolah-olah mereka lupa bahawa
peserta-peserta yang akan menyertai perhimpunan ini adalah terdiri dari
golongan bijak pandai yang bukan mudah untuk diperbodohkan.
Sekiranya peserta perhimpunan melanggar peraturan dan merosakkan
harta benda awam, maka sudah sewajarnya pihak polis mengambil tindakan yang
sewajarnya sebagaimana yang disuarakan oleh bekas Ketua Polis Negara itu. Dan
tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu menghalang dan menuduh perkara-perkara
yang bukan-bukan berkaitan dengan perhimpunan itu.
Menyatakan sesuatu yang tidak kena yang dilakukan oleh kerajaan
dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah amat digalakkan. Dengan
lain perkataan penunjuk perasaan adalah
digalakan kecualilah negara Malaysia yang tercinta ini sudah ‘meletakkan
jawatan’ sebagai sebuaH negara yang mengamalkan demokrasi. Kecualilah pemimpin
negara ini bersifat diktator yang melarang dan menghalang sebarang penentangan
terhadap tindakan kerajaan yang dirasakan tidak kena oleh rakyat.
Aku sememangnya tidak suka diadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan.
Dan aku yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang juga tidak bersetuju dengan
perhimpunan yang diadakan seperti mana yang akan diadakan pada malam 31
Disember 2013. Tetapi setelah aku fikir dan telek, apakah lagi cara lain yang
boleh dilakukan oleh anak muda-anak muda ini bagi melahirkan rasa tidak puas
hati mereka terhadap tindakan kerajaan yang menaikkan sewenang-wenangnya harga
barang dan mengurangkan subsidi tol. Walaupun mereka juga sedar bahawa tidak
banyak perubahan yang akan berlaku
ekoran daripada tindakan mereka itu, sekuarng-kurangnya mereka dapat
menyedarkan kerajaan bahawa rakyat (sebahagian besar) tertekan dengan kenaikan
demikian.
Pada anggapan mereka ( anggapan ramai rakyat Malaysia juga) bahawa
kenaikan yang melampau itu tidak sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan kerana
amat membebankan rakyat seluruhnya yang juga termasuk pihak polis, tentera dan
blogger yang menentang perhimpunan itu.
Pemimpin-pemimpin kerajaan seharusnya memberikan penjelasan yang
terperinci dengan hujah-hujah yang konkrit untuk meyakinkan rakyat tentang
pelaksanaan cukai dan pengurangan subsidi ini. Ada penjelasan diberikan melalui
radio dan tv. Tetapi soalnya ‘one way traffic’. Satu haluan dan tidak dibenarkan
bersoal jawab. Dan para ahli panel yang dijemput untuk menyertai sebarang forum
pula adalah terdiri dari mereka yang ‘menyebelahi’ pihak kerajaan. Tidak ada
perbahasan…..
Keadaan seperti ini yang aku rasa menyebabkan rakyat terbanyak tidak
berpuas hati. DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia sentiasa mengatakan yang
pentadbiran yang dijalankan ada lah telus. Transparent kata orang putih. Dan
apa kata sekiranya isu yang berkaitan dengan kenaikan barang ini dibahaskan di
beberapa peringkat. Rakyat pastinya amat gembira sekiranya diadakan perbahasan
antara YB Khairy Jamaluddin dan YB Rafizi Ramli berkenaan dengan isu ini.
Anak-anak muda yang akan turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember ini pasti
akan membatalkan rancangan mereka untuk berhimpun dan tentunya akan terpaku
didepan kaca TV mengikuti perbahasan demikian.
Setelah diadakan pertemuan antara dua jaguh muda, rakyat pastinya
mahu melihat pula pertembungan tokoh wanita pula antara YB Nurulizzah Anwar
dengan DS Shahrizat. Rakyat pastinya mahu mendengar hujah-hujah pro dan kons.
Jangan fikir bahawa rakyat akan setuju dengan YB Nurulizzah, semata-mata beliau
seorang pembangkang. Rakyat bukan bodoh lagi. Rakyat mahu mendengar hujah-hujah
dan rasional. Rakyat akan sokong kenaikan cukai ini sekiranya diberikan
penjelasan yang sejelas-jelasnya dan seikhlas-ikhlasnya. Jangan berbohong dan
cuba menipu.
Kemuncak keadaan tentulah rakyat mahu mendengar hujah DS Najib
selaku Perdana Menteri Malaysia mengapa perlunya cukai dinaikkan. Disamping itu
tetulah pembahasnya ialah DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang. Rakyat
mahu melihat keadaan sebegini di Malaysia yang dikatakan bahawa kita sedang
keluar dari ‘kepompong’ Dunia Ketiga.
Sekiranya keadaan sebegini dapat dicetuskan pasti Perhimpunan yang
bakal diadakan di Dataran Merdeka akan terbatal dengan sendirinya dan
sebaliknya anak-anak muda akan merayakan
sambutan tahun baru 2014.
abuhassanadam
Sudah kembali berada di negara tercinta, MALAYSIA
30 DISEMBER 2013
No comments:
Post a Comment