PUNCA BERLAKUNYA REVOLUSI PERANCIS DISEBABKAN OLEH MARIE ANTOINETTE
Apabila tiba di Paris, ibu negara Perancis, fikiran
aku terus teringatkan Cikgu Shanmugam, guru sejarah yang mengajar aku mengenai
French Revolution ketika berada di Tingkatan Tiga beberapa puluh tahun yang
lampau. Aku masih terbayang-bayang bagaimana Cikgu Shanmugam berdiri dihadapan
kelas dengan buku teks di tangan dan menyampaikan ‘ceramah’nya.
Begitulah caranya guru sejarah zaman dulu-dulu
menyampaikan matapelajaran Sejarah kepada pelajar-pelajar. ‘Boring’ betul.
Ditambah pula dengan ‘ajaran’ supaya mengingati tarikh-tarikh yang penting.
Misalnya tarikh berlakunya Revolusi Perancis. 1789. Macam nak ‘pecah kepala’
mengingati tarikh-tarikh berkenaan. Dengan sebab itulah ramai pelajar-pelajar
membenci matapelajaran ini. Mungkin sekarang tidak begitu lagi agaknya.
Apa yang aku dengar bahawa peristiwa Revolusi
Perancis atau French Revolution
ini tidak lagi dipelajari oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Tidak ada
dalam sukatan pelajaran Sejarah di Malaysia. Mengapa tidak diadakan, tidak pula
aku tahu sebabnya. Yang aku dengar ‘tidak ada dalam sukatan pelajaran’. Dulu
ada dimasukkan, sekarang sudah tiada.
Bagi aku Revolusi Perancis adalah suatu peristiwa
yang amat penting untuk dipelajarai oleh pelajar-pelajar bagi seluruh dunia. Ia
bukan sahaja penting untuk pelajar di Perancis tetapi kepada semua pelajar
seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Revolusi Perancis merupakan ‘watershed’
atau garis pemisah yang membahagikan ‘sejarah sebelumnya’ dan ‘sejarah
selepasnya’.
Revolusi Perancislah yang memperkenalkan dan
mempraktikkan pemerintahan ala demokrasi sebenar yang mana sebelum itu adalah
diperintah oleh Raja berkuasa mutlak. Revolusi Perancislah yang memperkenalkan
pemerintahan rakyat dimana nasib rakyat ditentukan oleh rakyat sendiri dan
bukan ditentukan oleh pemerintahan Raja berkuasa mutlak. Dan saat itulah
merupakan permulaan rakyat ‘berani’ menentang pemerintah sekiranya apa yang
dilakukan oleh pemerintah itu bertentangan dengan kehendak rakyat. Dalam
sejarah orang Melayu pernah ada ungkapan yang berbunyi, “ Raja adil raja
disembah dan raja zalim raja disanggah’
Ungkapan “ Raja adil raja disembah dan raja zalim
raja disanggah’ itulah yang merupakan initisari peristiwa Revolusi Perancis
itu. Cikgu Shanmugam tak kata begitu. Dan seingat aku Cikgu Shanmugam tidak
juga menghuraikan dan menganalisis secara lanjut kesan Revolusi Perancis ke
atas kehidupan manusia hari ini dilihat di sudut politik, sosialnya. Cikgu
Shanmugam hanya membaca dari buku teks sahaja. Yang disebut secara panjang
lebar ialah tentang sebab-sebab berlakunya Revolusi Perancis itu.
Yang aku ingat sampai hari ini bahawa punca yang
menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat menentang Raja Perancis itu adalah
disebabkan oleh ‘perangai’ Raja Louis XV1 dan perangai mengada-ngada
(tergedik-gedik kata anak muda sekarang) isterinya Marie Antoinette. Disamping
itu yang menyebabkan rakyat bangun memberontak yang mencetuskan Revolusi
Perancis itu adalah disebabkan kesusahan yang dialami oleh rakyat ekoran
daripada cukai yang tinggi dan berbagai-bagai yang dikenakan oleh pemerintah
yang menyebabkan rakyat hilang sabar dan bangun menentang.
Cikgu Shanmugam banyak ‘bercerita’ mengenai perangai
Marie Antoinette yang dianggapnya merupakan punca sebenarnya berlakunya Revolusi
Perancis itu. Rakyat begitu meluat dan benci akan perangai yang ditunjukkan
oleh Marie Antoinette. Beliau sebenarnya berasal dari Austria dan berkahwin
dengan Raja Louis XVI ketika berumur 14 tahun. Mengikut ceritanya beliau hanya
mementingkan tentang kecantikan diri dan tidak langsung ambll kisah tentang
rakyat. Baginda hanya mementingkan emas dan berliannya sahaja tanpa
mempedulikan samada rakyat makan atau tidak. Dan mengikut ceritanya setiap
malam penghuni istana akan bersuka ria, berpesta-pestaan tanpa mempedulikan
rakyat.
Aku petik satu perenggan dari Wikipedia yang
menceritakan tentang perangai Marie Antoinette ini,
‘Initially charmed by her personality and
beauty, the French people generally came to dislike her, accusing
"L'Autrichienne" (meaning the
Austrian (woman)) of being profligate,
promiscuous,[2] and
of harboring sympathies for France's enemies, particularly Austria, her country
of origin.[3] The Diamond Necklace incident damaged her reputation further,
although she was completely innocent in this affair. She later became known as Madame Déficitbecause of her
lavish spendings during famine times.’
Untuk meringkaskan
cerita, ekoran dari keadaan sebeginilah yang menyebabkan berlakunya Revolusi
Perancis itu. Rakyat sudah tidak dapat lagi menahan kesabaran dan kemarahan
ekoran dari tindakan pemerintah Louis XVI mengenakan cukai yang berbagai-bagai
yang menyebabkan kekurangan bahan makanan dan akhirnya meletuslah apa yang
dinamakan Revolusi Perancis.
Dipendekkan
cerita juga ekoran daripada kebangkitan itu Raja Louis XVI dan isterinya Marie
Antoinette dijatuhkan hukuman mati oleh rakyat menggunakan guillotine ( kepala
mereka dipenggal) pada 16 Oktober 1793.
Kesan-kesan
daripada peristiwa itu terlalu besar kepada dunia. Dengan sebab itulah aku
katakan tadi anak-anak di Malaysia agak ketinggalan dari segi menimba ilmu
kerana tidak didedahkan dengan peristiwa Revolusi Perancis ini.
abuhassanadam
Paris
17 Disember 2013
No comments:
Post a Comment