Wednesday, December 4, 2013

PISA – KEDUDUKAN MALAYSIA AMAT MEMBIMBANGKAN


PISA – KEDUDUKAN MALAYSIA AMAT MEMBIMBANGKAN

PISA  (Program for International Student Assessment )adalah ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 16 tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for Economic Coperation and Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan.

Dan negara United Kingdom agak terkebelakang dari segi pencapaian mereka dalam ujian PISA ini. Gagal untuk menduduki kedudukan nombor 20 teratas. Ini yang menyebabakan BBC London ‘riuh-rendah’ memaparkan berita yang agak ‘sedih’ ini memandangkan bahawa UK adalah sebuah negara yang terkehadapan dan seluruh dunia memandang UK sebagai sebuah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Sehinggakan menteri pendidikannya Michael Gove amat bimbang memandangkan bahawa kedudukan yang luntur ini telah mula berlaku semenjak tahun 1990an lagi.

Yang paling ‘merunsingkan’ mereka agaknya ialah kecemerlangan dalam bidang pendidikan ini telah ‘berhijrah’ ke Timur, sekiranya diukur dari segi pencapaian dalam ujian PISA  ini.  Sumber OECD dapat memberikan gambaran sedemikian.


READING TOP 10

·                 1. Shanghai 570
·                 2. Hong Kong 545
·                 3. Singapore 542
·                 4. Japan 538
·                 5. South Korea 536
·                 6. Finland 524
·                 7. Ireland 523
·                 8. Taiwan 523
·                 9. Canada 523
·                 10. Poland 518

MATHS TOP 10

·                 1. Shanghai 613
·                 2. Singapore 573
·                 3. Hong Kong 561
·                 4. Taiwan 560
·                 5. South Korea 554
·                 6. Macau-China 538
·                 7. Japan 536
·                 8. Lichtenstein 535
·                 9. Switzerland 531
·                 10. Netherlands 523

Source: OECD

SCIENCE TOP 10

·                 1. Shanghai 580
·                 2. Hong Kong 555
·                 3. Singapore 551
·                 4. Japan 547
·                 5. Finland 545
·                 6. Estonia 541
·                 7. South Korea 538
·                 8. Vietnam 528
·                 9. Poland 526
·                 10. Canada 525
Source: OECD
Jelas menunjukkan bahawa negara-negara Asia seperti Shanghai, Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan telah begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan. Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang mundur termasuklah Malaysia. Maknanya negara kita terkebelakang lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat yang ke 20 teratas.

Secara kebetulan pula, Persidangan Agung UMNO sedang berjalan di Kuala Lumpur sekarang. Amat sesuai sekiranya isu ini diperkata dan dibincangkan dalam isu pendidikan. Para perwakilan UMNO seharusnya sedar tentang nasib bangsa ( Melayu terutamanya) sekiranya keadaan sebegini tidak ditangani. Dan PAU ini inilah merupakan medan yang paling sesuai untuk membincangkannya.

Berbagai ‘blueprint’ telah bentangkan untuk memajukan pelajaran negara kita dan berbilion ringgit dibelanjakan untuk memajukan pendidikan negara ini tetapi mengapa keadaan kita masih mundur berbanding dengan negara-negara jiran yang lain. Berbanding dengan Vietnam sekali pun kita masih mundur. Jangankan kita mahu menandingi negara-negara China, Hong Kong, Singapore, Jepun dan lain-lain.

Perwakilan UMNO harus sedar dan peka tentang keadaan ini. Seharusnya isu pendidikan menjadi isu utama untuk dibincangkan dalam PAU kali ini apatah lagi apabila memandangkan yang PRU 13 telah berlalu. Ketepikanlah dulu buat sementara hal-hal yang tidak sepenting hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan ini.

Sekiranya perwakilan UMNO betul-betul sayangkan bangsa Melayu, inilah medan yang amat sesuai untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran anak Melayu.

abuhasssanadam
London
4 Disember 2013

1 comment:

  1. Hi Saudara Adam,

    Thanks for your "prihatin" about our nation affair even u r not in M'sia.

    But what sadden me is until today, most of the Umnoputra still uttering rubbish in the PAU just good in banish/condemn other fellow M'sian. Didn't they know that M'sia is belong to all RACES REGARDLESS THEIR RELIGIOUS...... ?

    ReplyDelete