Monday, December 26, 2022

 BEKERJA DENGAN ANWAR

Memang sukar untuk ikut cara PM Anwar Ibrahim buat kerja - atau untuk melakukan sesuatu tindakan. Silap-silap boleh 'lari malam' kerana tidak tahan tekanan. Beliau amat bertimbang rasa terhadap para pekerjanya tetapi caranya melakukan tugas adalah dalam keadaan yang 'luar biasa'. Namun bekerja 'dengan' atau 'dibawah' Anwar Ibrahim amat menyeronokkan. Amat mencabar. Dan sekiranya ada yang mengatakan bekerja dengan Anwar Ibrahim sesuatu yang 'memboringkan' maka sipolan demikian memang tidak boleh bekerja dengan siapa pun yang ingin memajukan negara.

Antara tindakan awal PM Anwar ialah merundingkan bantuan kepada penanam padi melalui bantuan yang akan diberikann oleh TS Syed Mokhtar. Itulah cara Anwar Ibrahim melakukan tugas. Pantas dan tangkas. Dia tak menunjuk-nunjuk tetapi berkemungkinan satu 'nikmat' baginya dapat melakukan tugas sedemikian dengan menolong rakyat yang dipimpinnya. Itu merupakan hobinya.

YB Tuan Haji Mat Sabu mungkin 'tersentak' terkejut apabila PM Anwar meminta beliau mengumumkan harga ayam pada keesokan harinya sedangkan pada ketika itu YB Mat Sabu masih 'terpinga-pinga' tentang kementerian yang dipikulnya. Aku pasti beliau 'tak tidur' pada. malam penyediaan langkah-langkah awal untuk menurunkan harga ayam. Dan mungkin juga PM Anwar tersenyum sinis bersama DS Dr Wan Azizah mengenangkan 'anak buahnya' yang sedang 'mengelupur' mengenangkan 'nasib' yang menimpa, berada dibawah pengawasan Anwar Ibrahim.

Namun begitu, bagi sesiapa sahaja yang kini berada dibawah pimpinan PM Anwar Ibrahim sepatutnya merasa syukur kerana tidak mudah dapat diterima oleh seorang yang berkeliber sedemkina rupa. Bagi seseorang yang baru jadi menteri misalnya, pasti mereka merasakan bahang yang akan diterima dengan berbagai dugaaan dan asakan yang amat sukar dilalui tetapi amat bahagia setelah dapat dibereskan. 

Masih dapat diperhatikan bahawa tidak ramai yang memahami tentang bagaimana untuk 'bekerja' dengan. Anwar Ibrahim. Ramai juga antara para Menteri dan Timbalan Menteri yang masih 'terkial-kial' mencari jalan yang sesuai untuk 'membantu' Anwar Ibrahim dalam menjalankan tugas negara. Tidak mudah. PM Anwar sememangnya mahukan 'pekerja'nya berada dihadapannya dan bukan berada dibelakangnya. 'Lead'. Dan berfikiran secara kritikal.Beliau mahukan cadangan dan fikiran yang kritikal dan tidak hanya menjadi pak turut.

Era Anwar Ibrahim merupakan era zaman baru yang penuh cabaran apatah lagi negara kita Malaysia semacam baru 'bangun' dari tidur yang diulit mimpi yang panjang. Tugas PM Anwar dan rakan-rakannya memang berat tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kelihatan berat kerana diganggu-gugat oleh 'anasir-anasir'  yang berusaha untuk menggagalkan Kerajaan Perpaduan. Tak cukup dengan anasir sedemikian ditambah pula dengan usaha yang tidak berhenti dari Tun Mahathir yang sentiasa menggugat perjalanan PM Anwar.

Namun usaha Tun Mahathir itu hanya seperti usaha 'Anjing menyalak bukit'.

abuhassanadam

27 Disember 2022


MAHATHIR - ANWAR : PERTEMUAN BERSEJARAH

 MAHATHIR - ANWAR : PERTEMUAN BERSEJARAH

Aku masih ingat peristiwa  bersejarah pada malam itu, peristiwa yang amat penting yang juga menentukan keadaan politik dan sosial pada hari ini. Malangnya aku lupa tarikh pertemuan itu berlaku. Tetapi yang jelasnya ia merupakann satu peristiwa penting, kisah sejarah seorang anak muda berjaya 'dipujuk' atau dengan rela hati menyertai UMNO  sebuah pertubuhan yang amat sukar disertai oleh anak muda pada ketika itu. Dan dengan keyakinan yang diberikan oleh Dr Mahathir kepada Saudara Anwar Ibrahim ( mungkin!) telah menyebabkan beliau rela menjadi ahli UMNO walaupun UMNO merupakan ' darah daging ) keluarganya. Kedua-dua orang tuanya merupakan pejuang UMNO yang kental.

Itulah permulaan sejarah hidupnya bersama UMNO. Atau mungkin lebih tepat lagi sejarah perjuangannya bersama Dr. Mahathir - samada sejarah duka dan suka. Sejarah 'memikat' Saudara Anwar Ibrahim itu berlaku pada tahun 1982, ia itu ketika Malaysia berada diambang mengadakann pilihanraya. Dan Saudara Anwar telah ditawarkan untuk bertanding di Permatang Pauh menentang seorang calon PAs dan kemenangan telah memihak kepada Saudara Anwar yang bertanding atas tiket Barisan Nasional ( UMNO ).

Itu juga bermakna bermulanya keintiman hubungan Mahathir-Anwar. Tidak ada siapa yang boleh menyangkakan keintiman itu 'hancur berkecai' pada tahun 1999 apabila Mahathir 'sampai hati'  menggugurkan Anwar dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan alasan-alasan yang meragukan. Ekoran daripada peristiwa itulah Anwar telah direhatkan buat sementara waktu di penjara Sungai Buluh.

Sebagai pejuang, Anwar meneruskan perjuangannya dengan dibantu dan disokong oleh rakyat terbanyak yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya. Sokongan kepada perjuangan Anwar sebenarnya tidak pernah luntur dan jemu pun tidak. Anwar dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir dan terbukti janji hanya tinggal janji. Dr. Mahathir mungkir janji. Dengan 'verdict' nya yang mengatakan bahwa seolah-olah Anwar  tidak layak menjadi Perdana Menteri, telah memberikan kefahaman kepada rakyat Malaysia bahawa sememangnya Dr Mahathir tidak mahu Anwar jadi Perdana Menteri. Justeru beliau seringkali mengelak dan berdalih apabila persoalan sebegini diajukan kepadanya.

Kata-kata dan 'nasihat' Dr. Mahathir kini telahh dipandang sepi oleh rakyat terbanyak dan Dr Mahahir harus dan perlu sedar bahawa kata-kata dan nasihatnya amat tidak dipedulikan. Begitulah keadaannya apabila sudah sampai masa dan ketikanya seseorang itu tidak dipedulikan. Biar apa pun yang dikatakannya, pasti dipandang sepi oleh rakyat terbanyak.

Free Malaysia Today melaporkan bahawa " Former Umno Supreme Council member Nazri Aziz said Mahathir’s opinion “counts for nothing”, based on his performance in the last general election.“Not only did he lose when he stood in Langkawi but he also lost his deposit alongside other members of the party (Pejuang) he led,” said Nazri.

He said this meant Mahathir no longer “commanded” the rakyat’s respect, so Anwar should be given a chance to lead the country.“Anwar is now free to do what is good for the country, and we should allow him to do that,” he said.

Biarkanlah Dr Mahathir terus melalak kerana, '  takkan runtuh bukit kerana salakan anjing'.

abuhassanadam

26 Disember 2022


Saturday, December 24, 2022

FTNAH...FITNAH...

 FTNAH...FITNAH

Fitnah...fitnah... dan tabur fitnah. Apakah ini merupakan satu kepuasan pihak pembangkang (PN dan PAS) dan boleh menyebabkan mereka tidur lena ataupun telah mendatangkan jijik di mata segelintir rakyat Malaysia yang sudah agak jemu dan bosan melihat tindakan golongan ini. Dan yang menyedihkan adalah yang masih 'bermain politik' sebegini adalah terdiri daripada golongan yang sebangsa dengan aku. Melayu. Sudah..sudah lah..

Jikalau 'demokrasi' yang diimpikan, maka PRU 15 telah menunaikann janjinya, meletakkan kemenangan kepada yang hak untuk menang. Rakyat sendiri yang telah membuat keputusan dengan waras dan bijak. Dan PRU15 itu telah berjalan dalam suasana yang amat tenang dan kesannya telah meletakkan parti yang menang di tempat yang sewajarnya. Sepatutnya tidaklah timbul persoalan lagi yang boleh mengeruhkan keadaan di negara ini.

Dan sekiranya tidak puas hati dengan keputusan PRU15 maka sewajarnyalah golongan yang tidak puas hati dengan keputusan rakyat itu menunggu dengan sabar PRU 16, yang moga-moga rakyat akan membuat perhitungan sekali lagi. Dan mungkin pada ketika itu nanti rakyat sudah berubah haluan dan mahu negara ini ditadbir oleh parti PN dan PAS. Mungkin! Dan pada ketika itu nanti boleh kepimpinan ulama mendabik dada mengatakan inilah cara kepimpinan dan pentadbiran yang perlu dilakukan oleh sebuah pentadbiran yang maju yang dapat 'menewaskan' kepimpinan yang berlaku di negara-negara  lain di Asia Tenggara.

Kini kelihatan pihak pembangkang sentiasa mengganggu usaha memulih dan memajukan negara sebagaimana yang sedang dilakukan oleh PM Anwar Ibrahim. Sokong saja lah. Mengapa pihak pembangkang perlu mengganggu gugat usaha murni untuk memajukan negara. Ramai yang merasakan bahawa jika dilihat dari prestasi yang disumbangkan oleh PM Anwar Ibrahim setakat ini merasakan apa yang dilakukannya seperti 'jauh panggang dari api'jika dibandingkan hasrat yang hendak dilakukan oleh PN/PAS. Tidak akan terdaya kepimpinan pembangkan melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. Dan belum lagi tercetus tentang hasrat yang hendak dijelmakan oleh mereka. Mungkin ada hasrat untuk mengganti kereta baru sekiranya kembali berkuasa.

Telah terbukti dengan jelas bahawa kepimpinan TS Muhyiddin dan DS Ismail Sabri sebelum ini boleh dikirakan 'gagal' yang menyebabkan negara melalui zaman yang amat suram dan kelam. Dengan sebab itulah rakyat merasakan perlu kepada perubahan yang amat drastik. Rakyat sudah tidak tahan berada di bawah pentadbiran yang agak 'memalukan' itu. Di merata-rata tanah air pada ketika itu kedengaran sungutan dan cemuhan memperkatakan tentang kepimpinan negara pada ketika itu.

Bayangkan sebuah negara yang pada suatu waktu merupakan seekor 'singa' yang begitu maju dalam berbagai lapangan telah menjadi sebuah negara yang amat ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Apakah kepimpinan negara ketika itu hanya pura-pura tidak mengetahui tentang terkebelakangnya negara ini. Itu pun ada usaha untuk 'merebut' kembali kepimpinan negara ini dengan cara yang tidak direstui rakyat.

Sudah, sudahlah.. Bagilah peluang kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PM Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara ini.

abuhassanadam

24 Disember 2022



Friday, December 23, 2022

MENGHADAPI CABARAN TAHUN 1950AN

 MENGHADAPI CABARAN TAHUN 1950AN

Sepertimana yang selalu aku nyatakan bahawa dalam tahun-tahun 1950an, aku masih disekolah rendah - Darjah Dua (1952). Justeru aku merasa terpanggil dan amat berasa bertanggungjawab utnuk menceritakan pengalaman aku ketika mengharungi zaman itu. Penuh dengan cabaran tetapi tidak terasa bahawa sebenarnya ketika mengharungi satu keadaan yang cukup mencabar. Tentulah tidak terfikir pada ketika itu yang aku boleh berjaya 'meredah' cabaran sedemikian. Dan begitu jugalah dengan rakan-rakan sebaya yang lain mengalami nasib yang sama seperti aku. Budak kampung.

Merujuk kepada falsafah Pak Pandir  ( dari cerita Pa' Pandir ) bahawa ' aku bukan keseorangan yang mengalami nasib sedemikian' sebenarnya sekiranya direnungkan kembali zaman itu dan bagaimana boleh mengharunginya tentulah amat 'menakutkan'. Dan yang terus 'membanggakan' hati dan perasaan ini ialah bagaimana boleh berjaya 'menempuh' hidup yang penuh cabaran itu. Dan tidak semudah sebagaimana yang difikirkan untuk anak-anak zaman itu berjaya melepasi berbagai 'sekatan' kehidupan untuk terus berjaya. Terlalu getir cabaran yang kami hadapi. Mungkin jika diperhalusi, agak sukar untuk dipercayai yang anak-anak zaman itu ( yang berjaya ke Menara Gading) boleh sampai ke tahap itu. Syukur saja lah.

Terlalu banyak kisah persekolahan pada zaman itu untuk dikisahkan. Terlalu banyak dan terlalu banyak cabaran yang perlu diepani. Yang paling 'menakutkan' adalah anak-anak berhadapan dengan para ibu bapa yang tidak berminat menghantar anak ke sekolah. Aku tergolong dalam kategori yang amat bernasib baik disebabkan kedua ibu bapa aku sememangnya bersemangat untuk memberi pelajaran kepada aku. Aku dan adik aku (Latipah) amat bernasib baik kerana mendapat dorongan yang luar biasa dari kedua-dua arwah ibu dan bapa. Alfatihah untuk kedua-duanya.

Tentulah tidak ramai ibu bapa di kampung (khususnya Kampungku) yang bersemangat untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka pada ketika itu. Jikalau pun mereka dihantar ke sekolah, namun layanan yang diberikan oleh ibu bapa mereka tidaklah sebagaimana yang sepatutnya. Agak tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa pakaian mereka tidak bersih, jauh sekali diseterika (cap ayam menggunakan arang). Mereka datang ke sekolah tanpa buku dan pensil ( yang kerapkali meminjam pensil aku). Mungkin ramai antara mereka yang datang ke sekolah tanpa mendapat alas perut ( walaupun sekeping roti atau sebiji pisang ). Banyak lagi contoh-contoh yang hendak aku huraikan, tetapi sekadar cukup begitu.

Nasib anak Melayu di sekolah Melayu pada zaman pemerintahan British memanglah amat menyedihkan. Sememangnya tidak ada 'masa hadapan' bagi lepasan sekolah Melayu (Darjah Tujuh). Ada bagi yang 'bergeliga' otak saja dan pelajar-pelajar ini berpeluang melanjutkan ilmu perguruan di SITC ( Sultan Idris Training College, Tanjung Malim). Hanya untuk satu atau dua orang). Kebanyakan anak Melayu pada ketika itu akan tercicir di tengah jalan dan jadilah mereka sebagai petani mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.

Aku agak bernasib baik kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris  (SMC 1 - Special Malay Class - 1 ) di Government Englsih School Padang Assam sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Kangsar. Aku dapat bayangkan sekiranyalah aku tidak dapat memasuki sekolah Inggeris, aku tak tahu apalah aku akan jadi menempuh cabaran yang mendatang. Mungkinlah aku dapat memaskki SITC dan jadi guru. Mungkin! Jikalau tidak maka aku akan mengikut jejak langkah ibu dan bapa aku menjadi penoreh getah dan bersawah padi. Mungkin. Begitulah nasib rakan-rakan aku yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris.

Takut aku memikirkan keadaan sekiranya aku tidak berpeluang melanjutkan pelajaran. Cukuplah hanya sekadar bersyukur kepada Tuhan.

abuhassanadam

23 Disember 2022

Thursday, December 22, 2022

ANWAR ISYTIHAR 'PERANG' MERAKYATKAN EKONOMI MALAYSIA

 ANWAR ISYTIHAR 'PERANG' - MERAKYATKAN EKONOMI MALAYSIA

YAB Saudara Anwar Ibrahim telah merasmikan program pertama, dimana beliau telah bertemu dengan penjaja dan peniaga kecil di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama wakil-wakil serta peniaga kecil dan badan-badan koperasi hari ini. Pesanan beliau kepada pihak yang berwajib adalah agar menjaga dan memelihara serta memberi ruang yang secukupnya kapada Penjaja dan Peniaga. Tugas sedemkian dipertanggungjawab kepada semua kementerian. Dan semua kementerian selayaknya memberikan kerjasama. Beliau juga menyentuh tentang kegiatan ejen -ejen yang mencari peluang mendapat untung dengan cara menjadi orang tengah dalam urusan untuk mendapatkan lesen perniagaan. Kegiatann sebegini harus diberhentikan serta merta, katanya.

Jikalau anak muda lahir dalam Kurun ke 21, dann. tidak mengenal Saudara Anwar Ibrahim dari dekat mereka tidak tahu bahawa itulah sebenarnya perjuangan Anwar Ibrahim, ia itu berjuang untuk golongan tertindas dan perjuangan membela rakyat miskin luar bandar dan juga dalam bandar. Dengan berdasaskan perjuangan demikian jugalah beliau terpaksa merengkok dalam tahanan di penjara Taiping buat beberapa ketika ekoran daripada kegiatannya mengetuai tunjuk perasaan di Baling yang menghadapi keadaan kemiskinan yang begitu sukar ketia itu - tahun 1974.

Apabila beliau menaiki takhta menjadi Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, ramai 'rakan-rakan' lama yang merasakan bahawa  sudah sampai masanya impian dan harapan yang terpendam semenjak awal tahun-tahun 1970an akan tercapai. Para pejunag yang menganggotai PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu University Malaya), PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malysia) dan kemudiannya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ) mula bingkas bersama 'bingkasnya'  Anwar Ibrahim di persada perjuangan membela nasib rakyat  (khususnya golongan miskin).

Sebenarnya golongan di atas ( para mahasiswa dan mahasitua ketika itu - tahun-tahun 1970an) sentiasa memendam rasa melihatkan keadaan negara yang 'kucar-kacir' dan tidak sempurna dibawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin dan DS Ismail Sabri sebelum ini. Ramai juga para 'pejuang' tidak sempat melihat 'sepak terajang' Anwar Ibrahim ketika menjadi peneraju negara ini sebagai mana yang diharapkan oleh mereka kerana mereka telah lebih awal menemui pencipta sebelum dapat bersama 'merayakan' apa yang diperjuangkan oleh mereka dan apa juga yang diharapkan oleh mereka. Dan apa yang akan dilakukan oleh Saudara Anwar dalam memenuhi aspirasi negara tercinta.

Ramai yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terpaksa menunggu selama 24 tahun untuk merealisasikan cita-cita dan harapan dan baru dapat menjadi Perdana Menteri. Maknanya mereka menggunakan titik tolaknya pada tahun 1998. Rasanya tidak begitu. Bagi aku perjuangan beliau lebih awal dari itu disebabkan apa yang diperjuangkannya sudah sebati dengan kehidupannya. The conscience of the majority - slogan perjuangan yang selalu diucapkan.

Kepada anak muda yang belum mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, eloklah dibuat kajian yang mendalam. Sebenarnya bangsa kita tidak ketinggalan juga memiliki seorang pejuang dan wira yang sentiasa berjuang untuk negara. dan bangsanya Jikalau Filipina ada meimliki Jose Rizalnya, Indonesia memiliki Soekarnonya, Africa dengan Mandelanya, maka Malaysia juga memiliki Anwar Ibrahim. Anak muda yang lahir pada kurun ke 21, jangan terlepas pandang tentang hal ini.

Wira-wira yang sedang anda puja dan puji itu sebenarnya tidak sehebat Anwar Ibrahim..

abuhassanadam

22 Disember 2022

Wednesday, December 21, 2022

ANTARA DUA 'DARJAT'

 ANTARA DUA 'DARJAT'

Aku perhalusi dan diperhatikan persidangan parlimen yang baru diadakan tempoh hari memberikan satu gambaran ia itu parlimen yang ada sekarang terbahagia kepada dua 'darjat'. Memanglah antara dua kumpulan ia itu kumpulan kerajaan dan pembangkang. Tetapi jika dibandingkann dengan keadaan parlimen di England misalnya perbezaan antara kumpulan penykong kerajaan dan pembangkang memperlihatkan perbezaan yang ketara. Maksudnya ialah yang pihak kerajaan bersungguh benar berhasrat untuk membawa kemajuan kepada negara sedangkan pihak pembangkang PN/PAS masih berlegar ditakuk lama dengan cara dan sikap yang semacam tidak mahu berubah. Masih mahu mengamalkan politik ala 'kedai kopi'.

Apa tidaknya.

Perhatian awal ialah apabila TS Muhyiddin Yasin dan Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak menampakan langsung mereka berminat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada parlimen . Senyap dan diam seribu bahasa. Dan tugas sebagai Ketua Pembangkang diserahkan kepada orang lain yang lebih 'junior'. Tentulah mengandungi seribu makna yang boleh ditafsirkan. Sepatutnya samada TS Muhyiddin Yasin atau Tuan Guru Haji Hadi Awang yang memikul peranan sedemikian. Dengan sebab itulah ramai yang mengatakan atau 'menempelak' mengatakan kemungkinan yang TS Muhyiddin hanya berminat untuk menjadi Perdana Menteri.

Lagak dan tindakan mereka ke arah untuk memegang semula tampuk pemerintahan negara jelas dan. tidak perlu berselindung lagi. Dengan sebab itu jugalah YAB Saudara Anwar Ibrahim bersungguh benar mencadangkan diadakan persidangan parlimen ini untuk mendapatkan keabsahan daripada anggota parlimen, mendapat 'anggukan' daripada anggota parlimen walaupun sudah mendapat persetujuan daripada YDP Agung. Pernah pada peringkat awal pelantikan YAB Saudara Anwar sebagai Perdana Menteri telah tidak dipersetujui oleh TS Muhyiddin Yasin yang menyebabkan rakyat Malaysia 'terpinga-pinga' dengan tindakan sedemikian dan seolah-olah TS Muhyiddin tidak peduli akan 'derita' rakyat ekoran daripada tindakannya itu.

Syukur pada Allah maka akhirnya YAB Saudara Anwar telah disahkan, mendapat keabsahan dari Parlimen dengan majoriti yang besar melalui 'voice vote'. dan pihak pembangkang tidak pula mencadangkan melalui 'Bloc vote'. Tak kena juga. Pihak pembangkang cuba pula memainkan 'isu' berkenaan, mempersoalkan tentang jumlah yang diperolehi oleh YAB Saudara Anwar. Tidak puas hati lagi.

Serba tak kena.

Pada mulanya PN / PAS mempersoalkan bagaimana YAB Saudara Anwar boleh dilantik menjadi Perdana Menteri sedangkan jumlah yang menyokong beliau tidak mencukupi berbanding dengan yang diperolehi oleh TS Muhyiddin. Mereka persoalkan 'the constitutionality of the memorandum of understanding (MoU) signed by parties in the unity government as well as the rationale of having a vote of confidence'. Rationale mengadakan 'vote of confidence' pula dipersoalkan.Dan apabila sudah semakin jelas yang mereka 'tewas' dalam apa juga 'pertandingan' diajukan pula isu 'voice vote' dan 'blockvote'

Yang sebenarya golongan ini, ia itu puak pembangkang masih mahu berada di takuk lama berbanding dengan pihak Kerajaan Perpaduan yang sudah semacam tidak sabar-sabar mahu memajukan negara. Sudah cukup-cukup malu bangsa kita di mata rakan-rakan negara di Asia Tenggara yang mereka sudah begitu jauh di hadapan kita sedangkan pada tahun-tahun 1990an mereka berada di belakang kita.

Apakah kita tidak merasa malu mengenangkan  dalam masa empat tahun telah berlaku pertukaran tiga Perdana Menteri dan kesan akhirnya dapat kita lihat bahawa  'tidak ke mana pun' hala tuju negara. Tak tahu ke mana negara hendak dituju. Yang nampak jelas ialah, ramai pemimpin politik yang kelihatan begitu 'makmur' setelah mendapat jawatan-jawatan penting. Dengan sebab itulah agaknya ramai yang 'bermati-matian' untuk merebut jawatan dalam politik., sehinggakan semacam ada tokoh-tokoh yang mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sudah cukup lah.

abuhassanadam

21 Disember 2022










PETALING JAYA: The Dewan Rakyat convenes for the first time since the 15th general election led to Malaysia’s first hung Parliament after no single coalition or party winning a simple majority to form the government.

-At his first press conference, Anwar declared that one of the first orders of parliamentary business would be to test his majority, built on support from several coalitions, minor parties and independents.

- Electoral reform group Bersih had welcomed Anwar’s move to prove his majority in the Dewan Rakyat as it would set a precedent following the Sheraton Move of 2020, which led to the fall of the PH government after 22 months in Putrajaya.


- Bersih chairman Thomas Fann said a confirmatory vote of confidence would put to rest any doubt people may have on the legitimacy of Anwar’s new government.

Political analyst Awang Azman Pawi of Universiti Malaya said the prime minister was likely to win the confidence vote as his appointment had been endorsed by the Yang di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers.

- MPs backing his unity government were unlikely to turn against the King’s decision, he said.

- Anwar has since said he enjoys close to two thirds majority support in the lower house, and on Friday he appeared to have cemented his support with the signing of a memorandum of understanding between parties in the government.


Tuesday, December 20, 2022

BAH (BANJIR) ALANG BAHAK


WAKTU DULU-DULU

(Siri 6 )

Aku sambung semula usahaku yang terhenti pada suatu ketika dulu) ia itu menulis sesuatu yang berbentuk sejarah sosial ia itu kehidupan dan peristiwa yang telah berlaku yang tidak dialami oleh anak-anak zaman ini. Apa yang aku cerita itu adalah benar belaka. Ada peristiwa sejarah lampau telah aku ceritakan dalam episod yang lepas, namun aku merasa semacam tidak lengkap apa yang telah aku tulis sebelum ini.

Dirasakan coretan ini amat berguna kepada anak muda Padang Rengas untuk lebih mengenali 'kampung kita' dalam ertikata sebenarnya.

Aku mohon kepada pembaca coretan aku ini untuk menokok tambah apa yang tidak lengkap tentang apa yang aku tulis demi untuk 'anak-anak' kita mengetahui dan memahami keadaan 'zaman itu' ( zaman kita dulu) untuk mereka memikirkan tentang zman ini (zaman mereka).

Silakan terus membaca dan menghayati apa yang tertera. 

 BAH (BANJIR) ALANG BAHAK

Dinamakan 'Bah Alang Bahak' kerana terdapat peristiwa yang menyedihkan di kampung Keroh Hilir ( kampung aku) di mana Toki Alang Bahak telah meninggal kerana lemas ketika mengharungi banjir besar di bendangnya. Orang kampung tidak tahu bagaimana dia boleh lemas sedangkan kematiannya hanya berlaku dibendang dia sahaja. 

Aku masih teringat tentang Bah Alang Bahak itu. Memang bah besar. Maknanya ramai orang kampung aku yang hidup ketika itu tidak dapat melupakan Bah Alang Bahak. Tahun 1966. Orang kampung aku dan masyarakat Kuala Kangsar juga sentiasa menghubungkan tarikh 1946, 1966, 1986 dan seterusnya. Melalui pengamatan mereka bah besar biasanya berlaku tiap-tiap dua puluh tahun. Dan apabila disebut sebagai bah besar atau banjir besar yang berlaku bah itu tentulah di Sungai Perak. Tumpuannya tentulah di Kuala Kangsar.

Kegiatan di kampung yang boleh dimanfaatkan ketika banjir  ialah memancing ikan Keli. Entah mengapa ikan Keli  suka sungguh berkeliaran ketika banjir di sungai. Semacam pestalah budak kampung selepas berlaku hujan lebat yang diikuti dengan banjir. Masing-masing keluar dengan joran ditangan masing-masing untuk memancing ikan Keli.

Ketika banjir besar tahun 1966, aku sudah menjadi 'orang muda' tang-tang. Dah jadi cikgu. Dah ada scooter. Dan tentulah dah boleh ke mana saja dengan scooter. Dengan sebab itulah aku dapat merasakan pengalaman melihat bah besar tahun 1966 dekat Kuala Kangsar. Mungkin anak-anak zaman ini tidak percaya sekiranya aku katakan bahawa air Sungai Perak melimpah sampai ke Kampung Talang, lebih kurang tiga kilometer dari pekan Kuala Kangsar.

Aku berpeluang melihat jam besar di tengah pekan Kuala Kangsar itu tenggelam. Muka jam sudah tidak kelihatan ketika banjir besar tahun 1966. Bukit Chandan dan istana masih ada disebabkan terletak di atas tanah tinggi. Pekan Kuala Kangsar sudah tidak kelihatan lagi. Mengambil masa yang agak lama untuk menunggu airnya surut.

Suatu hal yang agak pelik bagi aku ialah banjir sebegitu tidak pula berlaku setiap tahun. Ada berlaku banjir  tetapi tidak pula banjir besar seperti yang berlaku ketika ini - di Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain. Kini kerap benar kita mendengar suasana banjir. Hairan juga. Di Kuala Lumpur banjir bukan lagi sesuatu fenomena yang luar biasa.

Apakah dunia ni nak kiamat ?

abuhassanadam

20 Disember 2022



DI PARLIMEN MASIH SEPERTI CIRCUS

DI PARLIMEN MASIH SEPERTI CIRCUS

Melihatkan kepada prestasi ahli parlimen dalam mengemukakan hujjah dalam perbahasan mereka semacam tidak ada 'finesse' . Finesse refers to the skill and cleverness someone shows in the way they deal with a situation or problem. Fineness refers to a thing's quality ...' Nampaknya tidak banayak berbeza dengan keadaan parlimen sebelumnya. Sepatutnya di parlimenlah anak-anak pelajar mengambil contoh  tentang bagaimana mengemukakan hujjah dan cara berpidato. Dimana lagi? 

Malangnya keadaan sedemikian tidak berlaku bersandarkan persidangan parlimen yang berlangsung selama dua hari. Hari ini dan semalam. Bukanlah tidak ada langsung ahli parlimen yang boleh dicontohi ketika melakukan perbahasan. Apa yang dilakukan oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim tetap menjadi ikutan dan pujian. Begitu juga dengan prestasi YB Johari Ghani dan YB Rafizi Ramli. Boleh dibanggakan. Dan anak-anak yang menonton rancangan ini di rumah pastinya mendapat 'ilmu' tentang cara-cara mengemukakan hujjah. Syabas. Sekurang-kurangnya ada juga contoh yang boleh diikuti oleh para pelajar terutama yang berminat dalam lapangan politik.

Parlimen semalam membahaskan tentang Usul undi percaya mengenai keabsahan Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim. Diadakan semata-mata untuk mententeramkan keadaan. Masih terdengar suara-suara sumbang yang 'menyakit hati' mempersoalakn tentang keabsahan kerajaan yang wujud walaupun telah dijelaskan bahawa, kerajaan yang wujud bukan kerajaan haram dan direstui oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Atas alasan itulah dibenarkann diperbahaskan keabsahan kerajaan Perpaduan yang dirangka. Mereka masih semacam tidak mahu memperakukan keabsahan walaupun telah dibincang dan diperhalusi di Parlimen. Jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang seolah-olah sengaja mahu menggagalkan usaha murni ini. Bersandarkan kepada hujjah -hujjah yang dikemukakan oleh mereka jelas menunjukkan bahawa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengggagalkan usaha ini walaupun tidak dinyatakan dengan jelas.

Dan seolah-olah usaha untuk memajukan negara ini hanya terletak dibahu pemimpin Kerajaan Perpaduan. Pihak pembangkang seolah-olah memejamkan sebelah mata dalam usaha untuk memajukan negara. Terlalu sedikit penglibatan mereka dalam memberikan pendapat dan pandangan berkaitan dengan usaha memajukan negara. Apakah mungkin tidak cukup ilmu untuk membahaskan perkara yang kompleks ataupun sudah mendapat arahan agar tidak campurtangan dalam urusan Kerajaan Perpaduan.

Dan yang paling malang sekali ialah sikap dan tindakan Ketua Pembangkang yang tidak habis-habis menimbulkan isu seks yang sepatutnya tidak diperkata dan ditiimbulkan oleh beliau yang berperanan sebagai ketua pembangkang. Memberikan satu gambaran rendah akhlak seorang pemimpin yang diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang. Sekurang-kurangnya beliau harus berusaha untuk meletakkan diri di tempat yang mulia dan bukan berbicara tentang isu yang remeh tatkala membincangkan perkara serious demi kepentingan negara.

Sebagai kesimpulan biar aku petik untaian sajak dari Dato Usman Awang seperti di bawah;

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

abuhassanadam

20 Disember 2022



Sunday, December 18, 2022

sekiranya ramai ahli PN yang menyokong usul berkenaan?

SEKIRANYA RAMAI AHLI PN MENYOKONG USUL 

Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin akan menjadi perhatian kerana pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan YAB Saudara Anwar sebagai perdana menteri ke-10. Anwar dilaporkan berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Keputusan berasaskan musyawarah dan permuafakatan yg dibuat secara telus dan terbuka oleh kepimpinan yang dipilih rakyat untuk kepentingan dan agenda bersama negara bukanlah permulaan kepada Diktatorship tetapi permulaan Malaysia Baru Yang Demokratik kata seorang penganalisa politik.

ASHRAF WAJDI selaku Ketua Pemuda UMNO merasa hairan!

Pelik kenapa PN takut sangat dengan MOU Parti-Parti Gabungan yang bentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia? Takut tak boleh beli Ahli-Ahli Parlimen dan buat Langkah Sheraton kali ke-2 ke? Yang penting Kerajaan insyaAllah stabil untuk fokus pacu ekonomi dan sejahterakan rakyat 5 tahun.

Dua orang Perdana Menteri Malaysia sebelum YAB Saudara Anwar Ibrahim boleh disifatkan sebagai tokoh bebal yang selalu 'merengek-merengek' seperti kanak-kecil yang kelaparan susu. Atau dalam peribahasa Inggeris dikatakan sebagai 'sour grapes'. Apa tidaknya, diperhatikann semua perkara yang dilakukan oleh pentadbiran kini ( dibawah YAB Saudara Anwar Ibrahim semuanya tidak kena belaka. Semuanya tak betul. Seolah-olah apa yang dilakukan oleh mereka semuanya betul belaka.

TS Muhyiddin Yassin pernah jadi Perdana Menteri dan pernah 'takut' menghadapi keadaan dimana yang beliau mungkin disingkirkan. Namun beliau tidak melakukan apa yang seperti dilakukan oleh YAB Saudara Anwar tetapi mengisytiharkan Dharurat untuk 'mententeramkan'keadaaan negara. Apakah itu bukan diktator namanya? Dan sekiranya ditinjau dan diperhalusi pentadbiran TS Muhyiddin Yassin ataupun zaman pentadbiran DS Ismail Sabri, jarang sangat mereka mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kepada rakyat dasar-dasar yang mahu dilakukan oleh mereka. Dan rakyat merasakan pada ketika itu, mereka dalam suatu pemerintahan semacam 'kuku besi'. Apakah mereka tidak sedar tentang apa yang telah mereka lakukan. Dan apakah para pengikutnya (yang sentiasa menyokong secara melulu) tidak sedar tentang apa yang dilakukan oleh 'Boss' mereka.

Dengan tertandatangannya perjanjian kerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah dituduh oleh TS Muhyiddin bahawaYAB Saudara Anwar semacam tidak yakin dapat sokongan di Parlimen.“Kalau parti nak ambil tindakan disiplin itu soal lain, tak adalah sampai dia harus berhenti dan kosongkan kerusi. Saya lihat macam perdana menteri tak berapa yakin untuk teruskan usul undi percaya ini,” katanya kepada.

Lima gabungan politik utama iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Warisan, yang membentuk kerajaan perpaduan menandatangani perjanjian itu bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi. Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.

Apabila ada ahli-ahli parlimen pembangkang yang terus menerus menentang usaha pihak kerajaan untuk memajukan negara, sedangkan mereka mendapat undi rakyat dalam PRU15 untuk memajukan negara maka sudah sampai masanya rakyat mengambil perhatian tentang hal sebegini. Apakah. rakyat terbanyak merasakan apa yang dilakukan oleh puak-puak ini wajar.

Jelas menunjukkan hasrat ahli-ahli parlimen dari parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan untuk menegakkan sebuah negara yang betul-betul utuh. Aku petik apa yang dihasratkan,"

    "Point 4(a) of the MOA states the intention of the five parties involved - Pakatan Harapan, BN, GPS, GRS and Warisan - to support the prime minister on confidence, supply and any other procedures that may constitutionally affect his legitimacy.

Point 4(b) further states that their intention to ensure each of their 144 parliamentarians combined to vote accordingly and their failure, reluctance or carelessness in doing so would be tantamount to their resignation or ceasing to be party members, hence facing the consequence of seat vacation under the anti-hopping law, Article 49A of the Federal Constitution"

TS Muhyiddin telah mengadakan perbincangan dan bermesyuarat mengenai ahli partinya dalam Perikatan Nasional untuk membincangkan hal sedemikian. Menurut katanya beliau telah mendapatkan pandangan daripada peguam, apa yang telah disebutkan sebagai MoU yang kalau Ahli Parlimen tidak sokong usul tersebut (adakah kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen akan terhenti atau dikosongkan?

Muyiddin berkata walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan sama ada menyokong atau sebaliknya tidak boleh dipaksa. Dan bagaimana pula sekiranya sebahagian besar ahli PN menyokong usul tersebut. Dan jangan diperkecilkan kemampuan YAB Saudara Anwar menarik minat 'orang disebelah sana' untuk 'melompat' ke sebelah sini berdasarkan karisma yang dimiliki oleh DSAI.

Apa yang  akan dilakukan oleh TS Muhyiddin Yasin sekiranya ramai ahli PN yang menyokong usul berkenaan?

Beliau mengatakan bahawa  tindakan yang boleh diambil terhadap Ahli Parlimen PN yang menyokong usul berkenaan adalah tindakan disiplin oleh parti dan bukannya diberhentikan atau kosongkan kerusi Ahli Parliman yang disandang.

abuhassanadam

19 Disember 2022