BERKHIDMAT UNTUK NEGARA…BETUL KER??
Ini
soalan biasa. Selalu disebut-sebut. Dah ‘mangli’ kata orang Utara. Setiap surat
rasmi kerajaan mesti ada tertulis ‘Berkhidmat Untuk Negara’.
Dengan
berbagai perkembangan dalam negara kini, mulalah rakyat mempersoalkan benar
tidaknya kenyataan demikian. Mengikut berita samada dari dalam atau luar negara
kepimpinan negara telah ‘merompak’ berbillion ringgit wang rakyat. Seluruh
dunia sudah heboh tetapi Peguam Negara Malaysia kata takada apa-apa yang
berlaku. Tentulah rakyat ‘pening’ kepala memikirkannya.
Baru-baru
ini heboh pula kisah SPRM ‘mengamuk’ (kononnya!) mendakwa beberapa pegawai
tinggi kerajaan (yang mendapat gelaran dari Sultan) melakukan kegiatan rasuah
melibatkan wang rakyat berjumlah jutaan ringgit. Ada beberapa orang tokoh yang
terlibat. Yang kita tahu hanya beberapa orang tokoh yang terlibat. Bagaimana
pula dengan ‘tokoh-tokoh’ yang tidak dapat dikesan?
Mungkin
ratusan ribu jumlahnya pegawai kerajaan yang terlibat dengan perbuatan terkutuk
begini. Bila disebut pegawai kerajaan termasuklah Perdana Menteri,
Menteri-Menteri, Menteri Besar dan sampailah ke budak-budak pejabat yang
mendokong tugas kononnya ‘berkhidmat untuk negara’. Mungkinlah slogan itu hanya
merupakan perhiasan surat-surat rasmi yang dihantar kepada para pelanggan.
Ada
kawan-kawan yang mengatakan bahawa rasuah sudah merupakan budaya dan cara hidup
di Malaysia. Dan ‘dedak’ sudah merupakan perkataan yang lumrah dipakai
dikalangan pegawai kerajaan. Kononnya jikalau tidak diberikan ‘dedak’ maka akan
lambatlah segala urusan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan atau pihak
Menteri. Perkataan ‘dedak’ telah menggantikan perkataan ‘minyak pelincir’.
Kononnya
dikalangan negara-negara ASEAN kini, Malaysia sudah menduduki tempat teratas
dari segi kegiatan rasuah mengalahkan Indonesia, Thailand, Filipina. Jikalau
dulu negara-negara berkenaanlah yang ‘berlumba-lumba’ antara satu dengan yang
lain, maka kini kononnya mereka sudah ‘mengaku kalah’ dengan Malaysia, terutama
setelah berita mengenai IMDB tersebar ke selruruh dunia. Itu persepsi setengah
orang. Mungkin betul atau tidak. Belum lah ada kajian yang terperinci dilakukan
bagi menentukan kesahihannya. Memandangkan kepada kegiatan yang begitu rancak
kini yang dilakukan ada kemungkinan juga tohmahan itu betul. Entahlah.
Yang
menghairankan aku pula kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai kerajaan yang
beragama Islam. Yang kena tangkap oleh SPRM hampir semuanya beragama Islam. Dan
aku yakin golongan yang ramai yang melakukan rasuah dari kalangan pegawai
kerajaan tentunya orang Melayu yang beragama Islam.
Yang
terus menghairankan aku lagi ialah segala ajaran agama sudah tidak berkesan
lagi untuk membendung kegiatan rasuah. Nampaknya para ulamak dan guru agama
tidak berjaya dan ajaran mereka tidak dapat mengubah sikap para pegawai
kerajaan kita. Mungkin agaknya para ulamak yang mengajar di pejabat-pejabat
kerajaan tidak langsung menyentuh tentang isu yang membabitkan rasuah.
Kebanyakan ulamak amat berminat untuk menyentuh hal yang berkaitan dengan seks dan
kahwin empat (ikut Nabi konon!).
Semacam
takut benar para ulamak di negara ini menyentuh isu rasuah dan penyelwengan
sedangkan isu sedemikianlah yang amat ditekankan oleh Nabi Muhammad dan
Khalifah-khalifah selepasnya. Aku pun tak tahu mengapa…..
abuhassanadam
18 September 2016
No comments:
Post a Comment