Saturday, September 3, 2016

SAH UMNO MENGAMALKAN POLITIK WANG KATA TS RAIS YATIM
         Sudah terang lagi bersuluh. Bukan pihak pembangkang kata. Bukan orang Cina kata. Bukan DAP kata. Tapi orang ‘kuat UMNO’ sendiri yang kata. Dan Tan Sri Rais Yatim bukannya calang-calan tokoh dalam UMNO. Orang lama. Orang berpengalaman yang fikirannya sentiasa didengar. Fikirannya amat tajam dan berkemungkinan juga dengan tindakan ahli UMNO yang memalukan seluruh ahli UMNO ini akan membuat beliau ‘membakar jambatan’ sekali lagi. Mungkin.
         Malaysiakini, 2 September 2016 melaporkan, “ Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberikan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
            Katanya, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang di label negatif sebahagian besar rakyat sekarang, lapor Astro Awani."Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh."Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.
            Yang menghairankan aku pula ialah,
·      Tidak banyak pula komen dan ulasan daripada anggota masyarakat berkaitan dengan kenyataan TS Rais Yatim ini. Agaknya masyarakat dah bosan dengan tindakan yang sebegini. ‘Lantaklah…buatlah apa yang kau suka nak buat…’Agaknya begitu kata ramai orang di Malaysia.
·      Dari mana datangnya wang yang sebegitu banyak untuk dibelanjakan. Setahu aku dan melalui pemerhatian aku, peranan kebanyakan pemimpin/ ahli UMNO hanya ‘bercakap dan bersembang’ sahaja. Berceramah sana dan berceramah sini. Jarang sangat aku melihat pemimpin dan ahli UMNO yang betul-betul berjuang untuk bangsa dan negara. Mungkin aku belum berjumpa lagi agaknya….
·      Oleh kerana tidak ada komen-komen dari mereka, semacam hampir keseluruhan kepimpinan UMNO menyambut baik saranan memberikan imbuhan kepada ahli UMNO berkenaan. Maknanya itulah merupakan amalan biasa kepimpinan UMNO seluruh negara. Memalukan….
         Orang putih kata, ‘ you scratch may back and I’ll scratch yours…”

abuhassanadam
3 September 2016





No comments:

Post a Comment