PAS TEMPANG TANPA DATO’ HARUN DIN
Tidak
dapat dielakkan bahawa PAS akan ‘tempang’ tanpa Dato Harun Din. Mahu tak mahu
kepimpinan PAS terpaksa mengakui keadaan ini. Ini bukan soal ‘patah tumbuh
hilang berganti’. Tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan PAS kini yang dapat
menggantikan peranan yang dimainkan oleh Dato Harun Din. Ini merupakan
cakap-cakap yang berlegar dikalangan ahli PAS kini.
Pemergian
TG Nik Aziz dirasakan kehilangannya oleh ahli PAS tetapi ada ‘lapik-liang’nya
ia itu Dato Harun Din. Antara kedua-dua tokoh yang telah meninggalkan kita ini,
tidak banyak perbezaan antara satu dengan yang lain, malah boleh bertukar ganti
antara satu dengan yang lain. Tetapi pemergian Dato Harun Din tidak ada
penggantinya. Dato Ahmad Yaakub yang kini memangku tugas berkenaan ibarat ‘jauh
panggang dari api’.
Ramai
yang mengatakan tidak ada tokoh yang boleh menggantikan Dato Harun Din yang
disegani oleh pihak kawan dan lawan. Dan kesan daripada pemergian tokoh yang
disayangi ini ialah akan kelihatan penghijrahan beramai-ramai ahli PAS keluar
daripada parti berkenaan. Apatah lagi apabila Amanah sudah sedia menunggu
kedatangan golongan ‘imigran’ yang semacam menunggu masa dan ketika untuk
‘berhijrah’.
Tidak
ada kuasa yang dapat menahan fenomena berkenaan kecuali menyediakan seberapa
banyak ‘dedak’ sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO untuk menyekat ahlinya
meninggalkan parti berkenaan secara beramai-ramai. Dapatkah kepimpinan PAS
melakukan apa yang dilakukan oleh UMNO. Ini persoalan yang perlu difikirkan oleh
kepimpinan PAS.
Persoalan
yang dihadapi oleh PAS kini adalah juga merupakan persoalan ‘pull’ and ‘push factor’.
Pemergian Dato Harun Din adalah antara ‘push factor’ yang menolak ahli PAS
meninggalkan parti berkenaan, yang mana ramai yang merasakan bahawa kepimpinan
PAS kini tidak diyakini oleh kebanyakan ahli untuk membawa perjuangan PAS
menempuh Kurun ke 21.
Ramai
yang merasakan bahawa kepimpinan PAS kini adalah merupakan kepimpinan ‘cara
lama’, cara lapuk. Ini disuarakan oleh golongan muda yang mahukan satu
perubahan drastik, satu perubahan kepimpinan mengikut arus zaman. PAS
sepatutnya mengorak langkah dan kreatif dalam melayarkan ‘bahtera’ PAS mengikut
acuan Kurun ke 21. Apa yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz dulu, ia itu
dengan mengembelingkan tenaga professional dan ulamak adalah merupakan acuan
yang amat sesuai. Tetapi dengan kegolojohan setengah kepimpinan yang tidak
dapat memikirkan tentang rentak dan gaya kepimpinan Kurun ke 21 telah
menyebabkan PAS ketinggalan zaman.
Untuk
menambah kekacauan dalam kepimpinan PAS, kelihatan pula ‘kekacauan’ dalam
tindak tanduk pemimpin PAS yang sudah tidak ketahuan hala tuju parti berkenaan.
Rakyat sedang ‘membaca’ langkah kepimpinan PAS dan sedang memerhati juga
‘sepak-terajang’ kepimpinan PAS.
Kepimpinan
PAS kini semacam dalam keadaan ‘dilemma’ dan ‘kacau-kena’ (loghat Perak)…
Agaknya ler…
abuhassanadam
18 September 2016
No comments:
Post a Comment