Sunday, September 4, 2016

TERLALU KENYANG DENGAN ‘DEDAK’ AGAKNYA

            Seluruh dunia, riuh rendah mengatakan wang negara kita Malaysia kena ‘curi’. Bila sebut wang negara bermakna duit rakyat Malaysia lah. Ini termasuk jugalah duit aku, walaupun tak banyak sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Hampir seluruh dunia semacam berusaha untuk ‘menolong’ rakyat Malaysia mendapatkan wang itu semula. Sehingga kini semacam tidak ada usaha bersungguh dari pihak kepimpinan negara untuk mendapatkan wang kita. Malah Amerika pula yang bersungguh untuk membantu kita. Pelik…

            Tetapi yang anihnya,
·      Pemimpin negara kita semacam tidak peduli tentang kehilangan wang milik negara kita. Semacam buat tak tahu. Dan tidak pula nampak usaha bersungguh untuk mendapatkan kembali wang ‘titik peluh’ rakyat Malaysia.
·      Ada pula pemimpin negara kita yang menuduh negara luar seperti Amerika yang berusaha menolong kita mendapatkan kembali wang berkenaan dituduh pula ingin mencampuri urusan negara kita.
·      Rakyat Malaysia yang tengin, bodoh, tongong semacam tidak peduli pula wangnya telah ‘disamun’ dan ‘dirompak’ oleh ‘pagar/pegar yang dipertanggungjawabkan menjaga padi’
·      Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga amanah negara semacam tidak peduli apa yang berlaku. ‘Nohin’ kata orang Perak. Sudah pun diberitahu dan dijeritkan di telinga mereka bahawa wang kita kena rompak, tetapi mereka masih mengatakan, ‘ tidak ada apa yang berlaku..’

            Agaknya ramai pemimpin kita dan pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam ‘mencuri’ wang negara kita. Agaknya lah. Aku berperasaan demikian kerana semacam tidak ada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Mungkin agaknya mereka terlalu ‘kenyang’

            Macam ayam kekenyangan setelah makan terlalu banyak dedak. Agaknya lah.

abuhassanadam
4 September 2016


            

3 comments:

  1. Pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan terlalu kenyang dengan DEDAK tidak tau lagi untuk berbuat apa2..dah bisu dan pekak. Rintihan rakyat tidak dipedulikan ibarat ayam daging jatuh dari lori...terpingga2 tidak tahu nak lari kemana. Nak berlari nak terbang tak reti kerana selama ini kerjanya duduk dan makan dedak..

    ReplyDelete