KETIKA MAHATHIR-ANWAR ‘BERPENCAK’, PEMIMPIN UMNO KINI
MASIH BERHINGUS
Sebenarnya
sejarah lama berulang. Tahun 1981, rakyat Malaysia melonjak gembira apabila
Saudara Anwar Ibrahim bersetuju untk bekerjsama dengan Dr Mahathir dengan
menyertai UMNO. Dan bermulalah sejarah gemilang bangsa Melayu yang merupakan
tonggak bangsa Malaysia apabila muncul gandingan Mahathir-Anwar yang
berteungkus lumus memikrkan tentang kemajuan bangsa.
Mereka
berjuang untuk memajukan bangsa dan bukan untuk mengkayakan diri sepertimana
yang dilakukan oleh setengah pemimpin negara ketika ini. Mereka berjuang untuk
meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai satu negara dan bangsa yang
diharapkan akan disegani oleh negara di dunia. Malaysia telah pun diiktiraf
sebagi salah sebuah negara ‘tigers’ di Asia pada ketika itu, hasil usaha yang
diterajui oleh mereka.
Negara
Malaysia dihormati oleh negara asing ketika itu dan bukan seperti kini kita
sentiasa diherdik dan dipandang hina oleh negara luar. Dr. Mahathir ‘walking
tall’ apabila muncul di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapaikan
ucapan. Bukan sahaja negara-negara Afrika dan Asia yang menghormati kita pada
ketika itu, malah seluruh negara dunia memandang Malaysia sebagai sebuah neara
yang seharusnya dihormati.
Kehadiran
perwakilan Malaysia di UNESCO bukan sekadar untuk ‘memanas punggung’ seperti
yang berlaku kini tetapi Saudara Anwar Ibrahim telah untuk menjadi Presiden
UNESO pada tahun I992 menewaskan pencabarnya, bekasa Timbalan Perdana Menteri
Australia.
Anak
Malaysia yang berada di luar negara begitu bangga menjadi rakyat Malaysia bukan
seperti keadaan kini dimana kita terpaksa ‘menyembunyikan’ diri untuk
berhadapan dengan rakan-rakan dari negara asing. Kejayaan yang dicapai pada
ketika itu adalah ‘sumbangan’ dua orang tokoh ini ia itu Dr Mahathir dan
Saudara Anwar Ibrahim.
Mungkinkah
sejarah akan berulang? Rakyat Malaysia dari semua bangsa dan keturunan sedang
mendoakan agar keadaan sedemikian terjadi.
abuhassanadam
6 September 2016
Insyaallah agar keadaan sedemikian akan terjadi
ReplyDelete